Terbaru, seorang pengguna Facebook berkongsi kemalangan menimpa pekerjanya yang parah akibat bertembung dengan kerbau yang berkeliaran di jalan raya. Loading FB Post... Akibatnya, pekerjanya kini mengalami pendarahan dalam kepala dan akan dibedah untuk membuang darah beku.
Perkongsiannya menerusi hantaran itu mengundang rasa tidak puas hati netizen pada pihak berkuasa yang dianggap culas menjalankan tugas serta sikap pemilik haiwan ternakan yang degil tetap membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran. Bila kena batang hidung sendiri baru ada tindakan Tunggu VIP kena baru ada tindakan kot... Nampaknya, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan lebih tegas kepada pemilik haiwan ternakan yang berkeliaran. Keadaan itu telah menjadi satu ancaman kepada pengguna jalan raya di mana telah banyak berlaku kemalangan maut dan serius kepada pengguna jalan raya. Penternak juga perlu lebih prihatin dengan masalah itu sebelum kejadian tidak diingini berlaku. Berapa ramai lagi perlu menjadi mangsa? - CARI
|
shernazz replied at 25-12-2020 10:22 AM
Kalau kena racun..boleh pqnggil wartawan metro
Kat situ boleh tau sapa punya
Hahahaha
azie5zoe replied at 25-12-2020 10:43 AM
Cadangan ini nampak kebernasannya...
shernazz replied at 25-12-2020 11:07 AM
Dolu ada thread dalam ci ni..
Dia ngadu kat wartawan..lembu kena racun
Rupanya lembu dia lepas p ...
syamzana replied at 25-12-2020 12:16 PM
dulu masa abg iols baru2 kerja jd penguatkuasa kene handle kes2 binatang gini lar. bila anto team ta ...
ADVERTISEMENT