CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Terpedaya Cinta 'Haji Usman', Kena Tipu Duit RM87,400

24-12-2020 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6155| Komen: 41

Kerana cinta, seorang nenek berusia 60 tahun di sini kerugian RM87,400 diperdaya seorang lelaki yang menyamar kononnya `orang’ Amerika Syarikat (AS).

Kejadian bermula pada Oktober lalu apabila warga emas tersebut berkenalan dengan individu bernama Haji Usman Hamand Rahman menerusi Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek memaklumkan kepada mangsa dia berada di Malaysia.

“Usman memaklumkan akan terus berada di Malaysia selama tiga tahun kerana mempunyai projek dengan syarikat minyak di Terengganu.

“Suspek juga memaklumkan sedang dikuarantin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan mahu meminjam wang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Gambar Hiasan


Mohd. Wazir berkata, suspek memberi alasan memerlukan wang tersebut untuk menanggung kos perbelanjaan lapan orang pekerjanya.

Tambah beliau, bermula 30 November hingga 18 Disember lalu, mangsa memindahkan RM87,400 ke dalam tiga akaun berbeza melalui sembilan transaksi.

“Selepas mendapat wang, suspek masih meminta sebanyak RM13,000 tetapi mangsa curiga dan merasakan dirinya ditipu,” katanya. 

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-CARI

Sumber: Utusan Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 24-12-2020 01:34 PM
Kesian nenek.. harap scammer dibawa ke muka pengadilan
Quote tumpanglalu74 24-12-2020 01:40 PM
Kot nenek ney..  

Bawah masih boleh kembang-kuncop.
Quote Mooverine 24-12-2020 01:41 PM
Risau bila makin ramai warga emas jadi mangsa love scam ni. Berjumpa kat FB, lepas tu terus serious sampai nak kawin. Macam ada satu kes baru-baru ni, nenek tu sanggup naik flight ke KL untuk jumpa boyfie dia yang dia kenal kat FB. Gila ah..
Quote zehra2 24-12-2020 01:44 PM
mak aku kot main cinta FB.. aku bubuh kat rumah org tua.  kat sana ramai je yg sebaya mak.. kot ler nak berjodoh balik

aku sendiri pun tkde FB
Quote Mulan 24-12-2020 01:58 PM
zehra2 replied at 24-12-2020 01:44 PM
mak aku kot main cinta FB.. aku bubuh kat rumah org tua.  kat sana ramai je yg sebaya mak.. kot ler  ...

Maaf akak nk tergelak pula baca awak nk buat camtu... tp itulah kat rmh org tua mesti ada kwn seangkatan utk berteman.

Jaga elok2 naa....pantau xtvt socmed beliau... terlalu byk kes warga emas tertipu skrg. Scammer mmg lahanat takde belas kasihan.
Quote Boomibulat 24-12-2020 02:08 PM
zehra2 replied at 24-12-2020 01:44 PM
mak aku kot main cinta FB.. aku bubuh kat rumah org tua.  kat sana ramai je yg sebaya mak.. kot ler  ...

Bnyk ke harta mak kita tu..?
Quote Belibis 24-12-2020 02:11 PM
zehra2: mak aku kot main cinta FB.. aku bubuh kat rumah org tua.  kat sana ramai je yg sebaya mak.. kot ler nak berjodoh balik aku sendiri pun tkde FB

Pasangan kat umah orang tua mana mak ang minatttt..dia nak org kerja oil and gas kat kemaman nu...ha ha
Quote belacan_gurl 24-12-2020 02:12 PM
Bila baca ramai warga tua kena love scammer nih...rasa cam...emm...dah tua kot....kenapa masih perlukan love dari org lain ...
Quote akuMNdia 24-12-2020 02:13 PM
respect aku kat nenek nih..gigih mencari cinta
aku yg tak berapa nak tua & tak berapa nak muda ni pun dah give up pasal cintan-cintun sbb taknak kena tipu & buang masa.
Quote Punat_button 24-12-2020 02:13 PM
bagus nek!... harap dapat kekalkan kebodohan

Quote Atata 24-12-2020 02:15 PM
zehra2 replied at 24-12-2020 01:44 PM
mak aku kot main cinta FB.. aku bubuh kat rumah org tua.  kat sana ramai je yg sebaya mak.. kot ler  ...

Hahaha..  
Quote sarahmirza 24-12-2020 02:34 PM
Ada juga tetiba dapat request entah dari sesiapa ntah... Gambar profile Melayu, nama Melayu tapi DM in English.. Abaikan je..
Quote ninja9 24-12-2020 02:39 PM
Dengan cinta... orang sangup berkorban berpuluh ribu. Bukan takat seorang dua, ramai ... tengok shj statistik love scam ni.. ... aku nak buat platform yang orang boleh cari cinta sejati lah. kot2 aku jadi mcm mark zuckerber
Quote zuuu 24-12-2020 02:50 PM
87k burn camtu he,bertabahlah nek
Quote husna_amal 24-12-2020 02:51 PM
Lambatnya sedar kena scam nenek ni.
Quote Yunbin 24-12-2020 03:10 PM
Kalau kat tempat keje iolls umo 60 tak nenek lagi..nak yg cainis, masih aktif bekerja
Quote Zeatyisaac 24-12-2020 03:10 PM
Sorry to ask? Camner wartawan dapat citer cenggini? Adalah nenek tersebut yang viralkan atau ada mana2 pihak tunjukkan report tersebut kepada wartawan? I'm curious.
Quote makneng 24-12-2020 04:02 PM
Boomibulat: Bnyk ke harta mak kita tu..?


Dan dan mak kita ek.. Hahahaha...
Quote TravellingBear 24-12-2020 04:17 PM
kemaman & kerteh dah lama bukan o&g hub lagi macam dulu2 zaman kegemilangan o&g

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.411336 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top