CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baru Habis Pantang, Suami Emma Maembong Mahu Anak Lagi

26-12-2020 01:02 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 13786| Komen: 77|Original author: Oleh: Saiful

Emma Maembong berkongsi cerita, katanya kira-kira sebulan selepas bersalin, suaminya sudah mula mahu menambah zuriat.

"Dahulu kalau suami keluar rumah, dia hubungi saya setiap saat bertanyakan itu dan ini terutama ketika saya hamil.


"Suami bertanya keadaan saya di rumah dan macam-macam lagi. Tidak lupa juga hal kandungan ketika saya hamil.

Foto: IG

"Tetapi, sejak kami ada anak, suami sudah tidak pedulikan saya lagi. Anak pula yang ditanyakan. Kalau waktu tidur pun dengar anak merengek atau menangis, suamilah yang resah lain macam.

"Dia mula jadi bimbang dan bertanya keadaan anak. Dalam pada itu, sempat juga beritahu hendak tambah zuriat lagi.



Insya-Allah ada rezeki, kami tidak menolak untuk menambah keturunan," katanya kepada BH Online.

Emma kata dia beruntung kerana memili 19 orang anak saudara yang pernah diasuh dan ini memudahkannya menjaga anak sulung.

Saya tidak canggung memandikan anak dan melakukan pelbagai kerja lain. Saya tidak serabut atau hilang arah memikul tanggungjawab sekarang," tambahnya.


Menurut pelakon ini lagi, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan penyayang.

Macam kebanyakan ibu lain, Emma juga ada membuka akaun IG untuk anaknya.



"Saya tidak melihat akaun IG bagi anak yang baru lahir sebagai sesuatu yang tidak baik. Andai perkara positif yang difikirkan, insya-Allah perkara yang baik akan datang."

Sementara itu Emma kini selektif dalam menerima tawaran berlakon memandangkan dia sudah ada suami dan anak yang perlu dijaga. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vee_zara 26-12-2020 01:06 PM
Emma ni i likeeee. Lepas kawen nampak wangiiii jeee. Beranak la ramai2 selagi umur tu masih muda.. asalkan mampu jaga, beri perhatian secukupnya dan yang penting pulussssss...
Quote kiah_mai_pulak 26-12-2020 01:08 PM
ketahian apa kah innehhh???? saje nk suruh acik2 porum mggelabah teksssss dgn ketahian innehhh ke apa,??
Quote weezerfan 26-12-2020 01:09 PM
Kuat seks ke lakinya ni.bini tgh pntg pon sibuk nk ngeseks
Quote krustykrab 26-12-2020 01:11 PM
Laki dia skg ni membongkakng kt rumah je ke...
Quote slyfynx 26-12-2020 01:14 PM
Chop.
kome main pancut dalam kene cite satu dunia ke?
X paham le
Quote sarah82 26-12-2020 01:19 PM
aku suka betul recliner sofa mcm emma tu duduk...
Quote gideoncross 26-12-2020 01:20 PM
Subliminal message yg mnyatakn sexual drive laki nya mmg kuat lol.
Quote rosmahisham 26-12-2020 02:00 PM
Skrg tgk lakinye x ensem..npk kepam..baru ank sorang..untong la lakinye klu x fly pon simpanan emma byk kot
Quote Nana_Man 26-12-2020 02:14 PM
Yg ni takpe beranak ramai.. baby gabby pun cute sgt.
Quote lattehazelnut 26-12-2020 02:14 PM
Mungkin nak anak dia ada kawan kot..
Eh biarlah rumah tangga org.. bukan dia suro kau jaga anak dia or bayar kos beranak..
Quote Atata 26-12-2020 02:15 PM
Samala mcm Dr sheikh muzappar. Bini baru bersalin dia sebut2 nak anak lagi! eeii tolongla, letih pun x hilang lagi, gila.. Dia ingat bini tu mesin ke nak penuhi target dia beranak ramai tu. Mcm insensitive la, dah la mcm2 komplikasi bininya mengandung, kesian aku tgk. Nampak mmg agak sukar la dr halina tu punya experience kali ni sbb dah berumur. Datang laki tak peduli umur bini, cakap nak tambah lagi Tapi entah la kan, bini dia ok je kot laki ckp gitu. Ke Dr SMS tu bergurau ke apa aku yg sentap..
Quote Fafaaisa 26-12-2020 02:19 PM
Tapi anak dia comel gila....mata tu ya allah cantik nya mata ank mu timoh
Quote MissyMolly 26-12-2020 02:22 PM
Ya ampun.. cutenyer pic ibu n bebi yg serlahkan warna anak mata
Quote buapakperut 26-12-2020 02:47 PM
sevenarnya jaga anak ni susah, tapi dalam ig senyum wangi manjang jeeee hakikatnya...
Quote lavendernovella 26-12-2020 03:08 PM
sarah82: aku suka betul recliner sofa mcm emma tu duduk...


Best sofa tu  pernah try kat ikea..   rege tu tak mampu  , tp kalau ada abislah jadi sofa kekucing jer gamaknya
Quote RatuDunia94 26-12-2020 03:43 PM
buapakperut replied at 26-12-2020 02:47 PM
sevenarnya jaga anak ni susah, tapi dalam ig senyum wangi manjang jeeee hakikatnya...

Sheols ada maid tak? Kalau ada maid x heran nk beranak sepuluh pun.. kalau semua sendiri buat mmg nak menangis tambah2 ada anak kecik lain.
Quote doubleA 26-12-2020 03:48 PM
buapakperut replied at 26-12-2020 02:47 PM
sevenarnya jaga anak ni susah, tapi dalam ig senyum wangi manjang jeeee hakikatnya...

Iya, dan penat letih. Tapi kalau ada maid, maid tolong jaga anak, ada me time sendiri terserah lah. Badan dia. Lagipun emma ni beranak normal jadi selang setahun pun kalau dia mampu, ikut dia la. Baby umur 3-4 bulan ok lagi, nanti smpai umur melasak, demam selesema bagai, mencabar gak
Quote KIM.K 26-12-2020 04:01 PM
Bagus emma tatang anak dia sungguh2

Tapi toklakinya tak pernah angkat anak. Petanda toklaki tak ready dengan semua ini
Jaga-jaga kang semua tenaga mak yg buat
Quote naina 26-12-2020 04:16 PM
Atata replied at 26-12-2020 02:15 PM
Samala mcm Dr sheikh muzappar. Bini baru bersalin dia sebut2 nak anak lagi! eeii tolongla, letih pun ...

Komplikasi apa noks? Dh beranak ek kembar tu. Normal ke operate

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.117320 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top