CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Rasa Langsung Dipergunakan Chiwan Atau Achok" - Cik B

28-12-2020 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12098| Komen: 91

Mengungguli tempat pertama dalam Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS 2) pada minggu kedua, Cik B menafikan dirinya dipergunakan oleh dua ahli kumpulannya iaitu Chiwan dan Achok bagi meraih undian tinggi untuk persembahan kumpulan mereka, ABC.



Kredit foto: IG Cik B

Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, tiada istilah dipergunakan kerana dia juga ingin cuba menunjukkan bakatnya di hadapan penonton menerusi program secara langsung.

"Saya tahu ramai orang cakap nak tengok kumpulan ABC sebab saya. Saya tak rasa langsung dipergunakan Chiwan atau Achok, sebaliknya kami saling tolong satu sama lain.

"Cumanya, nama saya sekarang tengah trending... itu yang menyebabkan kumpulan ABC ditunggu peminat.

"Saya memang dah lama kenal dengan mereka, kalau saya tidak bersama Chiwan dan Achok dengan kumpulan mana lagi yang saya nak masuk?" katanya kepada mStar.



Kredit foto: IG Chiwan_Chilok

Pada persembahan minggu kedua itu, ABC mengumpul markah tertinggi menerusi sketsa Cik B meniru aksi dan gaya ibunya, usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

Mengulas mengenai persembahan itu, Cik B mengatakan ia adalah satu perkara yang sukar untuk meniru gaya ibunya yang sememangnya dikenali umum.

"Sebenarnya susah saya nak jadi mama sebab saya tak gedik, mama gedik.

"Jadi saya gunakan gerakan tangan yang mama selalu buat untuk timbulkan lawak itu selain bercakap dalam bahasa Kelantan (yang jadi identiti mama).



"Saya rasa tak susah untuk saya melawak dan saya hanya jadi diri sendiri sahaja di atas pentas.

"Mungkin orang gelak tengok saya sebab dari cara percakapan saya (yang spontan)," katanya.



Selain melibatkan diri dalam bidang lawak, Cik B baru sahaja keluar dengan single pertama berjudul Tolonglah yang dilancarkan di laman YouTube baru-baru ini.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 28-12-2020 01:22 PM
kesiannnn.. umur bdk2 lagi, dikerah jadi badut..
Quote royaldanish 28-12-2020 01:24 PM
bila nak buat IF cikB?

Quote Kurex 28-12-2020 01:26 PM
Kalau kau bukan anak vida, dgn keadaan kau yg gemuk bunjut, takde pun orang pandang kau.....
Quote cmf_premierleag 28-12-2020 01:26 PM
"Saya memang dah lama kenal dengan mereka, kalau saya tidak bersama Chiwan dan Achok dengan kumpulan mana lagi yang saya nak masuk?"

dik, in the 1st place, ko takyah masuk pun rancangan ni lgsg......sbb ko dah la mmg x lawak.pi la habiskan stadi tu dulu..tau la mak ko kaya...tp kalo ko kaya tp bodoh takde ilmu, takde sapa nak respek ko dik
kecuali acik2 kepam muka penuh merkuri yg sakan beli kosmetik timbang kilo je yg puja2 ko hanya sbb ko berduit.
Quote dua_chzy 28-12-2020 01:28 PM
Akak sapot cik B. Where were you at 15? Were you able to make yer own money at that age?
Quote minime88 28-12-2020 01:33 PM
Edited by minime88 at 23-12-2021 10:06 PM


delete..........

Quote jackreacher 28-12-2020 01:37 PM
Cik b best. You go girl.
Quote dua_chzy 28-12-2020 01:38 PM
minime88 replied at 28-12-2020 01:33 PM
this is true also lah. satu i salute, dia berani.

Sebab akak ni work with kids, so akak mudah la kot appreciate hapa bebudak macam cik B ni buat.
Quote Miss.H 28-12-2020 01:44 PM
Aku tgok MLS 2 sebab cik B je.
Quote kakigebang 28-12-2020 01:47 PM
best la cik Bjgn prdulikan ramai org yg dengki dgn krmewahan cik B. mmg ramai orgtnggu sstu nk thk cik B..walau rsmso org dengki ramsi lahi yg posiyig dn dokong cikB.yg dengki dgn vik B dan dato Vida ni krbysksannye mkcik2bawang menopos yg jenis dok berkumpul pastu cari bahan buat modal mngumpat, tak pandsi jaga makan pskai laki
Quote rayray28 28-12-2020 01:51 PM
dua_chzy replied at 28-12-2020 01:38 PM
Sebab akak ni work with kids, so akak mudah la kot appreciate hapa bebudak macam cik B ni buat.

setuju..nampak dia xde nk melaghooo keje melepak x tentu pasal habiskan duit dgn kwn2..maybe xde kwn sgt pn..kwn sek je dia ada..anyway dia matang juga kalau bercakap
Quote otai_g 28-12-2020 01:54 PM
Tp bgs gak dia ada. Selamba sound mamat klate sebiji yg nak try jd pak tiri dia.

Iqbal ke apa nama dia.
Quote dua_chzy 28-12-2020 01:55 PM
Edited by dua_chzy at 28-12-2020 02:01 PM
rayray28 replied at 28-12-2020 01:51 PM
setuju..nampak dia xde nk melaghooo keje melepak x tentu pasal habiskan duit dgn kwn2..maybe xde k ...


Yeap. Cik B bila bercakap jauh lagi teratur dari mak dia yang bekas cikgu tu. Ekceli sheol hada ciri2 budak pandai. Tengok pilihan lagu dan lirik (yang sheol nyanyi) tu pun tahu.

[youtube]owAtobkqNKo[/youtube]
Quote Redmyvi 28-12-2020 02:02 PM
Cik B better la lg dari little miss khan tu..
Quote Lengkong 28-12-2020 02:04 PM
Cik B ..biar lah Cik B buat apa yg dia suka benda yang elok kan.



Quote Lengkong 28-12-2020 02:06 PM
Suka tengok Cik B


Quote haznor 28-12-2020 02:07 PM
Redmyvi replied at 28-12-2020 02:02 PM
Cik B better la lg dari little miss khan tu..

Betul. Nampak la usaha dia cari duit, tanpa kontroversi. Umur baru 15 tahun kot.
Quote nazzse 28-12-2020 02:12 PM
Walaupun kena paksa dek mak dia, bagus cikB ikut je cakap mak dia... Rajin cari duit wlpun anak org kaya & baru 15 tahun, confident level tinggi.
Quote slyfynx 28-12-2020 02:13 PM
Pe mende la semua nk sokong sgt die ni?
Dgn harapan dpt sebahagian harta ke.
X paham aku.

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.051395 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top