CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kartel Daging Yang Haram Termakan, Bagaimana?

28-12-2020 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4654| Komen: 30

Umat Islam dinasihatkan supaya tidak panik dan bimbang jika tidak mengetahui bahawa daging yang dimakan adalah dari sumber haram di sisi agama.


Kredit foto: FB Ahmad Dusuki


Pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata, beliau sedar isu kartel daging menjadi kebimbangan masyarakat ketika ini namun Islam mempunyai penyelesaian terhadap isu tersebut.

Katanya, dalam Islam terdapat satu konsep yang digelar umum al-balwa.

“Dalam isu daging yang tular ketika ini, kalau kita sudah makan dan tak tahu halal atau haram, tapi dah masuk tubuh badan, ia dipanggil umum al-balwa iaitu satu benda yang sudah lepas, yang tak perlu lagi untuk kita cari dan cungkil lagi.

“Tapi kalau tahu daging itu haram, jangan makan kerana Rasulullah pesan mana-mana daging tumbuh dari sumber haram, maka neraka yang sesuai untuk mereka, kalau yang dah lepas tak jadi masalah,” katanya menerusi sebuah akaun media sosial baru-baru ini.


Beliau bagaimanapun menasihatkan umat Islam supaya bertaubat jika termakan daging haram.

“Kita diajar untuk istighfar dan bertaubat kepada Allah, ada sesetengah ulama yang baca ayat al-Quran untuk menjadikan benda yang haram neutral balik, banyakkan baca zikir dan sebagainya,” katanya.


Loading FB Post...

Terdahulu, sebuah kartel didapati menyeludup daging sejuk beku dari negara asing dengan membungkus semula daging itu menggunakan logo halal dan menjualnya dalam pasaran tempatan di seluruh negara.

Kegiatan itu akhirnya terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor yang diketuai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cumikucingku 28-12-2020 05:56 PM
Semoga yg jadi darah daging tu halal...

Dah tu kat mane tempat yg betul2 bole beli daging?

Quote Tinot7 28-12-2020 06:16 PM
skang ni yg ada cop logo halal, ok ke tak?

“Tapi kalau tahu daging itu haram, jangan makan kerana Rasulullah pesan mana-mana daging tumbuh dari sumber haram, maka neraka yang sesuai untuk mereka, kalau yang dah lepas tak jadi masalah,” katanya menerusi sebuah akaun media sosial baru-baru ini.
Quote Artemesiaa 28-12-2020 06:25 PM
Cumikucingku replied at 28-12-2020 05:56 PM
Semoga yg jadi darah daging tu halal...

Dah tu kat mane tempat yg betul2 bole beli daging?

Kalau teringin nak makan daging pergi pasar beli daging segar walau harga agak tinggi sedikit berbanding daging beku.
Quote Supersirap 28-12-2020 06:45 PM
Lepas ni sudah boleh beli daging di pasar tani
Quote mbhcsf 28-12-2020 07:55 PM
tak pe, depa tanggung la esok , depa la kena.

tak pe


yg i takut prions ...
Quote axl_bach 28-12-2020 08:03 PM
Benda TERmakan, bkn sengaja makan pun.....

Dan kalau daging kuda or kangaru yg dimakan tu disembelih secara sah maka halal jer mkn....

Dubuk pun halal dimakan inikan kangaru
Quote c===8 28-12-2020 08:08 PM
Semuga tokey2 daging haiwan lokal tak naikkan harga sesuka hati
Quote Cumikucingku 28-12-2020 09:02 PM
Artemesiaa replied at 28-12-2020 06:25 PM
Kalau teringin nak makan daging pergi pasar beli daging segar walau harga agak tinggi sedikit berb ...

Tq sis...

Cuma kekadang kite beli brg2 keperluan semua senang dlm 1 pasaraya je.... tp dah ade kes gini mmg xbeli dah daging di pasaraya,..

Pastu pulak baru ni ade kecoh juga pasaraya kat sini syam xsembelih sempurna sbb xputus urat ke mcm mane ntah... sudahnya beli ikan je la...
Quote star_karat 28-12-2020 09:27 PM
NSK belakang rumah aku ni jangan cakap daging beku. Daging tak beku ,ayam semua mcm lain mcm  jer. Tengok dah was2.  Supervisor2 NSK semua ah soh2, jantan2 cina muka mcm gangster. Selalu nampak staff budak2 melayu kena marah ngan ah soh2 ni.
NSK ngan Giant senyap jer dlm  kes ni.
Quote Firenzza 28-12-2020 09:34 PM
Daging wagyu menate dh check halal lum?
Quote lkick2113 28-12-2020 09:41 PM
Ni sama lah Macam hukum makan pisang berbaja taik Babi kan sahibus sahabas @Maideen.
Quote Belibis 28-12-2020 09:51 PM
mbhcsf: tak pe, depa tanggung la esok , depa la kena.tak peyg i takut prions ...

Hukum dimaafkan..tapi effect hati jadi kelam,susah nak terima nasihat agama.tu yang ramai tak peka terhadap agama sendiri.
Quote RatuDunia94 28-12-2020 09:58 PM
Cumikucingku replied at 28-12-2020 05:56 PM
Semoga yg jadi darah daging tu halal...

Dah tu kat mane tempat yg betul2 bole beli daging?

Kena start bela lembu.. tunggu sampai dewasa baru sembelih.. pasti halal.
Quote KIM.K 28-12-2020 11:03 PM
Belibis replied at 28-12-2020 09:51 PM
Hukum dimaafkan..tapi effect hati jadi kelam,susah nak terima nasihat agama.tu yang ramai tak peka ...

Lagi2 makan bangkai..macam org zaman batu. Tu perangai gelojoh, energy rendah
Quote FOTHER-MUCKER 28-12-2020 11:14 PM
Sedangkan orang islamTERmakan  daging babi pun tiada masalah ini kan pula daging lembu kerbau kuda kangaroo!
Quote green~tea 28-12-2020 11:26 PM
Firenzza replied at 28-12-2020 09:34 PM
Daging wagyu menate dh check halal lum?

Those sourced from japan like kobe beef, ada halal slaughter house... i percaya je dgn keluhuran dan integrity japanese.... as compared to jakim
Quote green~tea 28-12-2020 11:28 PM
RatuDunia94 replied at 28-12-2020 09:58 PM
Kena start bela lembu.. tunggu sampai dewasa baru sembelih.. pasti halal.

Moh kita start bisnes ternak lembu pulak.... currently penternakan lembu dan kambing mmg higher demand as compared to supply....

Jgn ternak ayam, kerna supply dah bertahun2 melebihi demand dan harga dikawal melalui cartel semata sbb tu rega ayam tak jatuh walau supply berlebihan
Quote Normabaru 29-12-2020 03:03 AM
Mmg la ter itu dimaafkn.. Kisah skrg adalah.. Siapa punya kerja durjana ni??? Nak lapah daging2 tu bg dia makan plak smpi muntahhhhh
Quote ketum 29-12-2020 05:27 PM
Cumikucingku: Semoga yg jadi darah daging tu halal... Dah tu kat mane tempat yg betul2 bole beli daging?

Apa punya soalan daaa

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.247103 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top