CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Isu Kemalangan Akibat Jalan Rosak -Merak Kayangan Mana Nak Sama Dengan Serangga Di Rumput

29-12-2020 02:53 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 2660| Komen: 7|Original author: Oleh: Natrahn


Masih hangat lagi diperkatakan kisah menteri yang jatuh basikal akibat terlanggar lubang yang mana ianya mendapat reaksi pantas badan berwajib.

Terbaru, seorang aktivis di pertubuhan badan bukan kerajaan, Cancer Survivor Malaysia berkongsi semula kisah suami kepada sahabatnya yang mengalami kemalangan jalan raya pada 2019.

Loading FB Post...


Menurutnya, kemalangan tersebut berlaku apabila mangsa terlanggar bonggol jalan kerana di kawasan tersebut gelap dan tiada lampu jalan.



Akibat kejadian malang itu, mangsa mengalami kecederaan parah. Lihat hantaran asal pada tahun 2019.

Kredit foto: Fb Zuraini Kamal - Hantaran asal pada tahun 2019

Kecederaan parah yang dialami telah menyebabkan mangsa koma dan hilang ingatan. Sejak itu, beliau telah hilang upaya untuk berjalan dan tidak lagi mampu untuk bekerja.



Pihaknya telah memberi bantuan seadanya bagi meringankan beban keluarga ini. Menurutnya lagi, tiada siapa dari pihak berwajib tampil untuk memohon maaf atau memberi bantuan seperti yang berlaku pada menteri baru-baru ini.

Kredit foto: FB Zuraini Kamal

Kisah mangsa ini bukan satu-satunya yang berlaku. Banyak lagi kes kemalangan lain berpunca dari keadaan jalan raya yang tidak sempurna.

Jika tidak tiadalah Azlan Sani Zawawi atau nama popular Lando, ketua kelab motor Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) aktif membuat kerja amal sebagai aktivis hak pengguna jalan raya.

Kredit foto: ProjekMM

Beliau dan rakannya aktif  membantu sistem gerak kerja PBT ke arah yang lebih baik demi kepentingan nyawa pengguna jalan raya.

Begitulah realiti yang terjadi. Merak kayangan mana nak sama dengan serangga yang merayap di rumput. Marhaen terus tertindas kerana tiada siapa peduli. -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rbmy 29-12-2020 03:22 PM
KJ kot.. 45k tu yg semua risau
Quote Normabaru 29-12-2020 03:35 PM
Kaka xphm apesal lampu jln raya kat mesia ni all ditutup sesuka hati.. Kadang tu gelap habis...

Ye paham tengah ada construction reno jln bagai. Tp xkn xde lampu jalan langsung. Berapa ramai kena samun rogol accident sbb jln xde lampu..kesian gils
Quote Megikari 29-12-2020 05:29 PM
Kalau jkr tak bodoh sangat upkan apology masa kj eksiden tu takde la rakyat jelata nak kecam sangat
Quote lattehazelnut 29-12-2020 08:06 PM
Kenapa i nmpak shape lopak tu mcm hmmm..
Tp tu lah kesian rakyat marhain..
kat tempat i pun ada.. masalahnye lubang ni biasa kat tempat blindspot atau kws gelap lampu samar2..
Quote aienul 30-12-2020 12:58 AM
kesiannya {:freak
tak patut pihak berkuasa double standard macam ni
Quote husna_amal 30-12-2020 10:33 AM
Hasil kerja takde kualiti. Memang tak tahan la jalan tar tu. JKR nak pakai kontraktor murah2 lepas tu yang siapkan kerja ni subcon cikai2.
Quote matseh 30-12-2020 12:55 PM
Ramai org masih ingat Malaysia ni Negara Maju.

So what do yu expect. Jalan berturap licin flawless mcm dlm selfie.

Aku guna moto ulang alik kerja.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.055665 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top