Zizi Kirana kata dia tak mahu bertunang kerana takut dengan ujian dan dugaan yang bakal ditempuhi pada fasa berkenaan. Katanya pengalam rakan-rakan yang gagal dalam hubungan membuatkan dia lebih selesa untuk terus bernikah.
"Ada kenalan saya yang sedang membilang hari untuk berkahwin tapi putus kerana ada hasutan-hasutan dan godaan menakutkan daripada orang sekeliling. "Sebab itulah orang kata nak bertunang senyap-senyap sahaja, tunjuk gambar bila dah selesai semuanya. Kita faham sebagai orang dikenali semua orang nak tahu apa kita lakukan tetapi kena sedar dugaan itu sentiasa ada!" katanya kepada mStar. Dalam masa yang sama, penyanyi ini sentiasa meminta pandangan ibunya mengenai jodoh agar tidak tersalah memlih lelaki.
|
LadyCarefree replied at 30-12-2020 12:05 AM
Perli lopak ke apa?
Kurex replied at 29-12-2020 05:51 PM
Walhal dekat luar, ketara sungguh garisan penuaan dekat paras wajah zizi kirana
ADVERTISEMENT