Orang ramai berhak membuat pilihan sama ada mahu terus memakan daging import atau sebaliknya, bergantung kepada keyakinan masing-masing. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta mufti sudah memberi kenyataan dan pandangan masing-masing serta ia dibahaskan di Dewan Negara.
"Sebahagian (daging halal) telah disahkan semalam (Selasa) oleh KPDNHEP dan jawapan itu sudah boleh kita ambil kira. "Jadi pandangan yang dikemukakan samahah-samahah, lebih kepada untuk ikhtiar atau pun mengambil jalan berhati-hati. "Tetapi, apabila disahkan sebahagian daripada pihak berwajib yang menyertai dan membuat kajian dan telah masuk dalam Parlimen semalam melalui Dewan Negara, dan ada usul khas yang dijawab dengan tuntas oleh Timbalan Menteri KPDNHEP Datuk Rosol Wahid, ia memberi jawapan yang melegakan kita semua.
"Bagaimanapun, sekiranya masih was-was, mereka perlu menghindarkan apa yang menjadi keraguan kepada apa yang tidak menjadi keraguan. Saya berdoa kepada Allah SWT supaya isu ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya," katanya. Zulkifli berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim yang menyarankan orang ramai supaya menggunakan kuasa pengguna dengan tidak memakan daging import khususnya lembu buat sementara waktu sehingga keyakinan mengenai status halal daging terbabit diperakui sepenuhnya. Menurut Zulkifli, Jakim sudah mengeluarkan pelan tindakan bagi menangani isu keraguan status halal daging import seterusnya menambah baik kelemahan yang ada selain merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu pengurusan halal. Beliau berkata, Bahagian Pengurusan Halal dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia juga akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian serta agensi berkaitan selain pengimport dan pengedar daging pada awal bulan depan. Sumber: Harian Metro |
dodolgemok replied at 30-12-2020 02:57 PM
Wow! Ni kalau mujahat yg buat kenyataan sebegini, mesti walauncai dh bertempik melalak berguling2 de ...
pasa replied at 30-12-2020 03:01 PM
apa yg mat sabu cakap ko pun nak berguling2 siap campak microphon hahaha.
mujahid tu dah siang2 ...
dodolgemok replied at 30-12-2020 02:57 PM
Wow! Ni kalau mujahat yg buat kenyataan sebegini, mesti walauncai dh bertempik melalak berguling2 de ...
Skuau replied at 30-12-2020 03:05 PM
kenapa mesti 'orang lain'???.Kenapa dol & the gang tak mulakan dan buat.selesai.
Reymz replied at 30-12-2020 04:10 PM
Isu sekarang label halal itu sendiri yang telah terbukti ada penipuan.
EvieWanKenobi replied at 30-12-2020 02:48 PM
betul lah tu.. buat keputusan sendiri..
settle masalah..
dodolgemok replied at 30-12-2020 03:04 PM
Bagus menteri ugama buat kenyataan lepas tangan sebegini, awal2 dh cakap "Lantak lah kau org yakin ...
pyropura replied at 30-12-2020 04:50 PM
KALAU TAKUT DAGING BEKU TAK HALAL, PEGI BEKUKAN DAGING SENDIRI
(dah lama tak dengau kata2 hikmat ...
dodolgemok replied at 30-12-2020 02:57 PM
Wow! Ni kalau mujahat yg buat kenyataan sebegini, mesti walauncai dh bertempik melalak berguling2 de ...
ADVERTISEMENT