Panas!!! Kuarters penjawat awam di Presint 5, Putrajaya menjadi tempat simpanan air ketum. Sebanyak 61 botol berisi air ketum berisipadu 91.5 liter ditemui di dalam tong ais berwarna oren dan disorok di dalam bilik saluran gas. Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Putrajaya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam.
"Setibanya di lokasi, kita menemui satu tong oren dan didalamnya mengandungi 61 botol plastik lutsinar 1.5 liter yang setiap satunya diisi dengan cecair yang disyaki air ketum. "Nilai anggaran kesemua air ketum itu RM1,525 dan tiada tangkapan dibuat di tempat kejadian. Siasatan lanjut sedang dijalankan,??? kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali memetik laporan Bernama. Meninjau ke ruang komen, rata-rata wargamaya menyifatkan air ketum kelihatan seperti air tebu. Sebelum ini air ketum digunakan secara tradisional sebagai alternatif untuk mengubati penyakit tertentu. Namun, ia disalahgunakan penagih dadah kerana mengandungi bahan psikoaktif mitragynine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria yang boleh menyebabkan ketagihan. Mitragynine ini adalah bahan psikotropik yang dikawal di Malaysia dan disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-Bahan Psikotropik), Akta Racun 1952. Justeru, menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik tersebut. Jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952, iaitu tidak melebihi RM10,000 atau empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Pihak berkuasa sebenarnya telah beberapa kali mengeluarkan amaran atas dakwaan dan tuntutan perubatan yang tidak tepat mengenai khasiat perubatan ketum. Malah, Majlis Fatwa Kebangsaan dan para mufti telah pun mengeluarkan hukum bahawa ketum adalah haram. - CARI |
sapeka: Bagus sgt ke air ketum ni?
ketum replied at 30-12-2020 05:05 PM
Ayaq ketum lani lg masalah dari dadah. kalu dah setat kena ketagih kalu tak kena jd org paling pema ...
Supersirap replied at 30-12-2020 06:17 PM
Teringin nak minum air tebu madu
ADVERTISEMENT