CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jepun Ada Tandas Awam Dinding Lut Sinar, Malaysia Bila Lagi?

3-1-2021 10:15 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5108| Komen: 23

Foto oleh Satoshi Nagare, The Nippon Foundation



Jepun dan kemajuan teknologinya yang sudah jauh kedepan berbanding negara-negara lain memang sudah tidak dapat disangkal lagi. Terbaru, Jepun memperkenalkan tandas awam yang menggunakan pintu dan dinding kaca lut sinar.

Memetik rancaktv, tandas awam yang menggunakan kaca lut sinar ataupun transparent bertujuan untuk mengubah stereotaip bahawa tandas awam adalah kotor, sekali gus membaiki reputasi terhadap kebersihan tandas awam di negara itu.

Walau bagaimanapun, pengguna tandas ini tidak perlu gusar ketika melakukan "urusan" kerana sebaik saja pengguna masuk ke dalam tandas itu, dinding dan pintu kaca itu menjadi legap apabila ia ditutup dan dikunci.


Teknologi canggih ini merupakan satu lagi ciptaan canggih tandas di Jepun, bagi siapa yang pernah pergi ke negara matahari terbit itu, tahulah betapa moden tandas di situ.

Orang yang nak guna tandas itu boleh memilih tandas mana yang mereka mahu gunakan dengan hanya melihat dari luar.

Tandas itu dibina atas sebahagian daripada usaha Projek Tandas Yayasan Nippon di Tokyo dan diletakkan di sebuah taman di bandar Shibuya.

Dinding kaca pada tandas itu dicipta oleh arkitek tersohor yang memenangi anugerah Pritzker, Shigeru Ban.

Pada waktu malam, tandas itu akan dicantikkan dengan lampu yang menarik untuk kelihatan lebih menarik.

Foto oleh Satoshi Nagare, The Nippon Foundation

Cuma ada satu yang dirisaukan, bagaimana pula jika tiba-tiba terputus bekalan eletrik dan ketika itu ada pengguna sedang menggunakan tandas tersebut. Adakah dinding tandas tetap legap atau kembali berubah menjadi transparent sedangkan pengguna masih sibuk dengan "urusan" dan bersangka tidak dilihat orang ramai? - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 3-1-2021 10:21 AM
Pernah pakai public toilet see through gini.... tp bila kita masuk tu, dia auto lock and kabutkan dinding ... tak see through pun... tp i laa debar nak pakai.. tak tenang je rasa hahahahhha
Quote Artemesiaa 3-1-2021 10:25 AM
Thread dah lama ada
Quote rastaf 3-1-2021 10:26 AM
tak payah lah..kang lalu tepi tandas nampak taik terapung tak flush
Quote ChildrenOfBodom 3-1-2021 10:51 AM
knowing that most of malaysian still has 3rd world mentality,  tak payah la bawak mai teknologi2 moden canggih manggih lagi2 untuk pengguna awam kat sini..

tak sampai seminggu nanti rosak habis,,buat malu ja..  peghakkk...
Quote kelapaparut 3-1-2021 10:53 AM
nak berak mcm mane, xkluar taik la kalu org dok perati ramai2
Quote Tinot7 3-1-2021 10:56 AM
Difahamkan bahawa glass tu opaque dan tenaga letrik diperlukan utk menjadikannya see through. Maka takde masalah kalau takde letrik.

Cuma ada satu yang dirisaukan, bagaimana pula jika tiba-tiba terputus bekalan eletrik dan ketika itu ada pengguna sedang menggunakan tandas tersebut. Adakah dinding tandas tetap legap atau kembali berubah menjadi transparent sedangkan pengguna masih sibuk dengan "urusan" dan bersangka tidak dilihat orang ramai? -CARI
Quote Tinot7 3-1-2021 11:00 AM
kelapaparut replied at 3-1-2021 10:53 AM
nak berak mcm mane, xkluar taik la kalu org dok perati ramai2

Org tak nampak kalau pintu dikunci..
Tapi kalau nak fefeeling diperhatikan, toksah kunci pintu..

Haha
[youtube]NT-WT5PL7Dg[/youtube]
Quote kelapaparut 3-1-2021 11:06 AM
Tinot7 replied at 3-1-2021 11:00 AM
Org tak nampak kalau pintu dikunci..
Tapi kalau nak fefeeling diperhatikan, toksah kunci pintu..
...

tp tetap ade feeling spt diperhatikan, berak pun rase cemas2 je, taik pun kluar separuh je, sampai lupe nak cebok,ye la berdebar2 perasaan
Quote Zazama 3-1-2021 11:12 AM
Tandas cenggini, tengok je boleh. Guna jangan ye!
Quote gigahertz 3-1-2021 11:13 AM
ChildrenOfBodom replied at 3-1-2021 02:51 AM
knowing that most of malaysian still has 3rd world mentality,  tak payah la bawak mai teknologi2 mod ...

Nanti perogol siap sedia tunggu
Depan pintu.
Quote Tinot7 3-1-2021 11:22 AM
kelapaparut replied at 3-1-2021 11:06 AM
tp tetap ade feeling spt diperhatikan, berak pun rase cemas2 je, taik pun kluar separuh je, sampai ...

Kat jepon tu glass terus kelam.
Nak fefeeling diperhatikan mcm ni:

[youtube]P4t3oeXxXGk[/youtube]

[youtube]qe0Ck1o9Dw8[/youtube]

[youtube]EfwK85A5juc[/youtube]
Quote wnwa05 3-1-2021 11:36 AM
ChildrenOfBodom replied at 3-1-2021 10:51 AM
knowing that most of malaysian still has 3rd world mentality,  tak payah la bawak mai teknologi2 mod ...


ko pasti ke rakyat origin yang suka buat kotor sedangkan kita ada hampir 3 juta warga asing



Quote wnwa05 3-1-2021 11:37 AM

pada aku tak perlu pun dinding canggih macam tu cukuplah setiap tandas dibekalkan teknologi auto detect siapa tak flush tahi pintu tak kan terbuka.

Quote ChildrenOfBodom 3-1-2021 11:39 AM
wnwa05 replied at 3-1-2021 11:36 AM
ko pasti ke rakyat origin yang suka buat kotor sedangkan kita ada hampir 3 juta warga asing


...

pati2 celaka mai kat negara dunia ketiga ikut perangai penduduk dunia ketiga laa
kalau depa pi negara maju boleh pulak depa beradab

Quote damsel_fiji 3-1-2021 12:12 PM
Edited by damsel_fiji at 3-1-2021 12:13 PM

tak payah la nak compare dgn malaysia..org malaysia ni buang sampah elok2..pam tandas pun xreti lagi nak compare dgn jepun?? dgn thailand pun mcm dah ketinggalan dah dari segi mentalitinya dekkk
Quote SecretLuv 3-1-2021 12:33 PM
wnwa05 replied at 3-1-2021 11:37 AM
pada aku tak perlu pun dinding canggih macam tu cukuplah setiap tandas dibekalkan teknologi auto d ...

Ni aku setuju haha
Quote SecretLuv 3-1-2021 12:34 PM
Risau je kot2 masa tengah pakai tu dinding dia tiba2 boleh nampak
Quote TomyamPuteh 3-1-2021 02:17 PM
Penah ikut rombongan kawin sepupu aku dkt kelantan. Rumah isteri dia tu mmg kg btul la. Bilik air xde bumbung. Msk je trus rasa mcm ada org dok perhati dr atas. Smpai ke sudah aku tahan kencing
Quote Pamelaloba 3-1-2021 03:44 PM
Terbantut niat nak membuang

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.050796 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top