CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid-19: Doktor Di Mexico Dikejar Ke Hospital Selepas Disuntik Vaksin

3-1-2021 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9785| Komen: 100



Negara tersebut mula mengedarkan vaksin COVID-19 untuk pusingan pertama kepada kakitangan kesihatan pada 24 Disember lalu. - Gambar hiasan



SEORANG pakar perubatan di Mexico dimasukkan ke hospital selepas menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech.

Memetik laporan agensi berita Reuters, doktor wanita berusia 32 tahun tersebut mengalami sawan, kesukaran bernafas dan ruam pada kulit.

Kementerian Kesihatan Mexico mendedahkan pada Jumaat malam, diagnosis awal menunjukkan simptom 'encephalomyelitis', iaitu keradangan otak dan saraf tunjang.


Kementerian turut memaklumkan, doktor berkenaan mempunyai sejarah alahan dan mendakwa tiada bukti dari ujian klinikal bahawa ada yang mengalami radang otak setelah menggunakan vaksin itu.

Bagaimanapun, pengeluar Pfizer BioNTech belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Setakat 3 Januari, Mexico merekodkan lebih 126,507 kes kematian akibat COVID-19.

Negara tersebut mula mengedarkan vaksin COVID-19 untuk pusingan pertama kepada kakitangan kesihatan pada 24 Disember lalu.




Sumber : Astro Awani

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 3-1-2021 12:02 PM
"Heil Hitler!" ape segale umpame "We love Fauci!" zaman sekarang ney.

So Hitler kata pi la korang dok beramai2 kat kem tu, free rental, free food & drinx.. ailebiyu...

Now Fauci kata pi la korang injek ubat yang boleh melawan penyakit berbahaye ney.. ailebiyu..

Any different ke?
Quote noor2 3-1-2021 12:03 PM
Ni yg buat orang takut ni....apa syarat2 penerima vaksin ni sebenarnya...kut orang tu alergi ke...ke semua jenis orang boleh terima...yg berpenyakit mcm mana...
Quote Knowlee 3-1-2021 12:06 PM
Okay, I mmg ada allergy history on certain medicines. So I gak berani la amik vaksin ni. Pernah ada warning dulu kata org yg ada allergy history jgn amik vaksin covid ni.

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/safety/allergic-reaction.html
Quote CARI-HBZ 3-1-2021 12:08 PM
noor2 replied at 3-1-2021 12:03 PM
Ni yg buat orang takut ni....apa syarat2 penerima vaksin ni sebenarnya...kut orang tu alergi ke...ke ...



sepatutnya ada SOP juga untuk yang ada alergik atau penyakit kronik.


Quote noor2 3-1-2021 12:09 PM
CARI-HBZ replied at 3-1-2021 12:08 PM
sepatutnya ada SOP juga untuk yang ada alergik atau penyakit kronik.

Kann....rasanya mmg ada SOP untuk penerima vaksin ni cuma kita x tahu tindak balas badan masing2...
Quote CiliPadiSedap 3-1-2021 12:11 PM
kaka alergic vokuru. so xboleh ambil vaksin
Quote anaktoyol 3-1-2021 12:18 PM
aku ada allergies pada penicilli
... takutnya...!
Quote sikatkutu 3-1-2021 12:21 PM

aku rasa too rushing lah vaksin ni. macam semua cucuk je dulu... kesan kita fix kemudian

ke macam mana?




Quote Tinot7 3-1-2021 12:30 PM
Get well soon.
Patut habaq yg jenis beralergi ada risiko

Kementerian turut memaklumkan, doktor berkenaan mempunyai sejarah alahan dan mendakwa tiada bukti dari ujian klinikal bahawa ada yang mengalami radang otak setelah menggunakan vaksin itu.
Quote airfilterkotor 3-1-2021 12:44 PM
Dari Okt 2020 lagi derang dah maklumkan dlm website, sesapa ada alahan adalah dinasihatkan tidak mengambil suntikan.
Masalahnya, bila dah terjadi baru nak bagitau petugas yang dia rupanya ada sejarah alahan.

Bila tak rajin membaca, habis dipukul keliling.

Acanor nak buek?
Quote airfilterkotor 3-1-2021 12:45 PM
Kompom news ni akan jadik lauk buat anti-vax luar sana.
Quote airfilterkotor 3-1-2021 12:46 PM
Sama jer dgn Tiffany Dover yg pengsan tu, perghhh berkompang satu bumi kawan tu mati kena vaksin covid.
Quote brego 3-1-2021 12:57 PM
Edited by brego at 3-1-2021 01:04 PM
sikatkutu replied at 3-1-2021 12:21 PM
aku rasa too rushing lah vaksin ni. macam semua cucuk je dulu... kesan kita fix kemudian

ke mac ...

memang rushing pun,
itu la concern sebenarnya, lack of clinical test.
tapi lembu2 forum kata itu semua propaganda anti-vaks

takpe, mari kita tengok lembu2 di malaysia,
500,000 orang akan jadi bahan experiment for clinical test pada bulan depan,
vaksin telah pun di sponsor oleh kerajaan UAE.

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas hasrat menyumbang vaksin Covid-19 antara lain bagi tujuan kajian klinikal di Malaysia.


https://www.utusan.com.my/covid- ... ng-vaksin-covid-19/
Quote chinta89 3-1-2021 02:23 PM
Smga penawar ditemui
Quote brego 3-1-2021 03:06 PM
mari kita tengok apa kata "teori konspirasi antivaks" di luar negara.  

sila tengok sebelum kena delete oleh youtube.

[youtube]dIthhmEc-DA[/youtube]

Quote stania83 3-1-2021 03:13 PM
semua jenis vaksin bukan vaksin covid sahaja akan ada tindak balas kpd sesetengah orang. mcam mana nak tau kita ada alahan ke tidak? kena cucuk dulu baru tau/.

vaksin budak budak pon sama, ada yg tek boleh vaksin langsung sbb alahan
Quote Dwdrum 3-1-2021 03:18 PM
Edited by Dwdrum at 2-1-2021 11:21 PM

Lack of clinical trial kata nya... Tapi clinical trial need humans untuk dapat result... Seriap trial ada number yang participate..
Ikut logic anti vac.. Simpan vaccine dalam lab... Redo sampai mampus ke atas animal dan sit atas petri dish for few years till cukup time untuk efficacy dan safel kata nya.. Boleh buat pickles telur simpan for few years... Ini bukan bodoh level lembu... Mungkin lagi bodoh dari babi
Quote airfilterkotor 3-1-2021 03:41 PM
brego replied at 3-1-2021 03:06 PM
mari kita tengok apa kata "teori konspirasi antivaks" di luar negara.  

sila tengok sebelum ken ...

Ini laa video yg cuba dihuraikan oleh pakcik yg maki-maki orang lain sebelum nak gi semayang asar dulu tu.

Tanpa semak pada sumber yg betul, terus lompat dengan keputusan 3150 orang sudaa cacat kekal.

Sesia jer semayang asar pakcik tu.

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.154376 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top