Adam Izzy mendedahkan bahawa tidak seorang pun penyanyi rap dihubunginya memberi sebarang respons untuk berkolaborasi dengannya. Memetik mStar, dia yang pernah menceburi dunia pengacaraan, alih suara iklan radio dan menjadi penyampai radio Hitz FM kini membabitkan diri dalam bidang nyanyian. Tampil dengan single kedua berjudul Menanti bersama Mimi Fly, Adam menjelaskan liriknya berdasarkan kisah percintaannya dengan tunangnya, Melissa. "Lagu ini merupakan lagu Melayu pertama sepenuhnya saya tulis sendiri. Memang dicipta berdasarkan kisah cinta saya dengan tunang selama 12 tahun. "Tapi ada ketika itu, kami berpisah selama setahun. Jadi, lagu ini saya masukkan semua emosi saya sepanjang tempoh kami berpisah itu. Tunang saya yang minta putus dan dia pernah kata kami tak kan bersama lagi.
"Mungkin ketika itu kami masih muda dan berpisah bukan sebab tak sayang sebalik banyak benda yang perlu belajar. Judul lagu itu sendiri menunjukkan yang saya menantikan dia selama setahun," ujarnya kepada mStar. Katanya, lagu yang dilancarkan di saluran YouTube pada 19 November lalu sepatutnya dilancarkan lebih awal. Ia ditunda ekoran pandemik Covid-19. Dedahnya, dia bekerjasama dengan Mimi selepas Yonnyboii, Sonaone dan Altimet tidak membalas emel yang dikirimnya. "Sebenarnya sebelum saya jumpa Mimi, boleh katakan saya emel semua penyanyi rap yang ada dalam Malaysia antaranya Yonnyboii, Sonaone dan Altimet tapi tak ada seorang pun yang balas. "Kebetulan, kawan saya ada kenalan dengan Mimi dan dia terdengar lagu itu, terus rasa suka. Jadi, bila dia nak bekerjasama dengan saya untuk lagu ini memang saya terus setuju," ujarnya. - CARI |
dua_chzy replied at 3-1-2021 01:14 PM
Sedap juga lagu heols. Teruskan berkarya. Akak tak suka bila ummah perlekeh retis baru yang mahu cu ...
Themilo replied at 3-1-2021 02:04 PM
eh berani matinya kau sebut nama sekor-sekor.. next time, kau sendiri yang kena menonjol, baru la ra ...
ADVERTISEMENT