CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bila Spesies Degil Nak Juga Harung Banjir, 'RIP' Motor

4-1-2021 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4920| Komen: 22

Meskipun memasuki tahun baru, namun masih terdapat banyak kawasan di Malaysia dilanda bencana banjir gara-gara musim tengkujuh yang berlaku pada setiap tahun. 

Antara negeri dilanda banjir adalah seperti Pahang, Kelantan dan juga sebahagian di kawasan Terengganu. Keadaan ini membuatkan ramai terpaksa berpindah di kawasan yang lebih selamat selain daripada kehilangan harta benda.



Kredit foto: Twitter

Meskipun begitu, berbeza pula dengan sebuah video tular dimuat naik @_emint_ di Twitter yang memaparkan keadaan sebuah motosikal dihanyutkan arus deras air.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan dua lelaki menaiki sebuah motosikal ketika melalui sebatang jalan.

Namun, lain pula jadinya apabila motosikal dinaiki mereka ditolak arus deras sehingga dihanyutkan ke dalam sungai. 

Dalam rakaman itu juga, kedengaran seorang lelaki yang turut memaklumkan bahawa keadaan itu boleh menyebabkan situasi yang berbahaya.




Bagaimanapun, disebabkan kedegilan dua lelaki ini, akhirnya mereka ditimpa masalah dan mengalami kerugian gara-gara motor dihanyutkan. 

“Antara contoh manusia yang degil ketika banjir," kata pemilik akaun Twitter terbabit. 



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 4-1-2021 09:26 AM
Ada satu lg video akak ni redah banjir tp mcm tepi sgt kot. Kereta lalu tepi dia terus akk tu jatuh dlm banjir tu.. Gaya dlm gak air nya
Quote shernazz 4-1-2021 09:47 AM
Depa anggap banjir tu tak bahaya kot sebab tak sampai leher depa..
Quote prettyuglybabe 4-1-2021 09:50 AM
hobi kami mahalkan..
takat motor sebijik apa la sangat..
seratus lagi motor kami boleh beli
Quote nisako 4-1-2021 09:55 AM
mmg bodoh ke? cari nahas je...............
Quote MissVixen 4-1-2021 09:57 AM
Selalu aku tengok video motor degil ni di 9gag. Malaysia pun ada juga yang begik.
Quote renko 4-1-2021 09:58 AM
bahlol abadi
nasib baik xhanyut sekali ikut motor cabuk tu
Quote Belibis 4-1-2021 10:01 AM
Video banjir aku dapat lain pulak gayanya...dua orang pompuan redah air sambil angkat kain sampai nampak montot..{:childlike
Quote pasa 4-1-2021 10:22 AM
tak ketum mesti cap senapang dia bedal dulu.
Quote dudaberhias 4-1-2021 10:41 AM
kesian... iols cuma tertanya apa yang deorang ni fikirkan je masa nak redah tu.... iols air takat atas tumit pun takut nak redah...
Quote ikanmasin 4-1-2021 10:58 AM
nsb baik tak hanyut sekali..dah menyusahkan org lain nak selamatkan ko berdua pl..malu pun iye dah kene viral.padan lah muka.degil sgt
Quote budaktua 4-1-2021 11:01 AM
Belibis replied at 4-1-2021 10:01 AM
Video banjir aku dapat lain pulak gayanya...dua orang pompuan redah air sambil angkat kain sampai na ...

kongsi la kt sini.... tk baik tau..

gelak sorang2...

Quote salimrock 4-1-2021 11:08 AM
dudaberhias replied at 4-1-2021 10:41 AM
kesian... iols cuma tertanya apa yang deorang ni fikirkan je masa nak redah tu.... iols air takat at ...

ala, cetek je ni, air je, bukan api...eh motor , motor aku, ish kalo tak lepas ni aku hanyut sekalio, lepas je la
Quote zarulnazmi 4-1-2021 11:49 AM
kalau ada insurans, boleh cover tak macam tu?
Quote eyansss 4-1-2021 12:12 PM
semalam bas express sani dengan bangga upload video bas dia redah banjir...  bodo kepala bana...  bagi alasan driver expert la, bas berat la, ada electronic system la...  tau tak air ni walau nampak cetek, bahaya dia tak boleh agak...  tayar akan hilang grip kat jalan n bila2 boleh hanyut...  tak kira la berat mana bas tu termasuk dosa bodo korang...  haish...  marah aku dengan kebodohan orang cenggini...
Quote akies 4-1-2021 12:12 PM
Kenapa nak bahayakan diri?
Boleh je kan tunggu kt tepi tu mcm yang lain.
Huhu
Quote eyansss 4-1-2021 12:13 PM
zarulnazmi replied at 4-1-2021 11:49 AM
kalau ada insurans, boleh cover tak macam tu?

tak boleh rasanya sebab salah sendiri walau bencana alam...  yang boleh ni kalau tengah bawak tetiba air terus meluru laju turun dari bukit...
Quote nanies 4-1-2021 01:34 PM
pandai sangat perangai. kot kalo ko hanyut, da menyusahkan bomba pulak nk cari. tak fikir panjang. pandai
Quote Artemesiaa 4-1-2021 01:40 PM
Bila nak tunjuk hebat sekali yang terlihat hanya kurang cerdik macam tu ler jadinya
Quote giyomi 4-1-2021 06:38 PM
bukan degil tapi bodo, nak tunjuk lagak konon diaorg leh harung banjir.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.158448 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top