CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir Di Slim River, Siap Boleh Menjala Di Taman Permainan Kanak-Kanak

4-1-2021 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2776| Komen: 3

Hujan lebat seharian semalam menyebabkan Taman Tasik YDP di sini, ditenggelami air kira-kira satu meter, hari ini, dekat sini.

Air tasik yang dahulunya lombong melimpah keluar di kawasan taman akibat limpahan air dari Sungai Slim memasuki tasik terbabit.


Tinjuan mendapati penduduk mengambil kesempatan dengan menjala ikan di kawasan taman.

Foto: Harian Metro

Penduduk ,Husni Abdullah, 73, berkata hujan tanpa henti semalam menyebabkan berlaku limpahan air sungai terbabit yang bukan sahaja memasuki Taman Tasik YDP tetapi juga perumahan Taman Slim Permai yang terletak bersebelahan taman itu.

"Banjir kali ini memang luar biasa dan inilah kali pertama saya melihat air tasik ini melimpah sampai di kawasan taman permainan kanak-kanak.


"Terdapat sebuah kereta yang tidak sempat dipindahkan oleh penduduk sudah rosak akibat ditenggelami air. Kini, hampir keseluruhan taman sudah dipenuhi air menyebabkan menjadi tumpuan penduduk menjala ikan," katanya ketika ditemui, dekat sini.

Beliau juga berkata, hasil tangkapan dengan menjala hampir empat kilogram (kg) sudah cukup untuk dijadikan lauk untuk makan tengah hari. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 4-1-2021 01:41 PM
hurm. kotor la pakcik. kan kat taman2 selalu banyak haiwan peliharaan melepas..
Quote Artemesiaa 4-1-2021 01:45 PM
Banyak juga hasil memjaringnya tu jimat duit beli ikan.
Quote clarizsa 4-1-2021 05:26 PM
Untungla dapat menjalaaaa

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.073818 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top