CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau 'Kayu' Kenapa Produser Pilih?" -Sophia Barakbah Sedih Dituduh Jual Muka Dan Imej Seksi

4-1-2021 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19471| Komen: 92

Pelakon baharu, Sophia Barakbah mengakui berasa terkilan dengan komen negatif yang mendakwa dia memasuki industri hiburan dengan hanya berbekalkan imej seksi dan rupa paras semata-mata.


Menurut Sophia, 28, jika lakonannya teruk tidak mungkin produser berminat untuk memberi sebarang tawaran, malah kesemua tawaran diterima selepas menghadiri uji bakat.

Foto: IG

"Saya akui sedih juga bila terima komen negatif yang cakap saya berlakon kayu dan teruk. Ada yang komen muka sahaja cantik, tapi berlakon macam apa.

"Saya terpaksa terima (kritikan negatif) dan saya bukan jenis yang akan balas balik sebab kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.

"Tapi bagi saya, lakonan saya tidaklah terlalu 'kayu' seperti yang mereka cakapkan.




"Kalau lakonan saya teruk dan 'kayu', kenapa saya dipilih produser? Semua drama dan filem yang saya berlakon, semua saya pergi uji bakat dahulu dan hanya selepas itu barulah tawaran itu datang kepada saya.

"Saya memang tak pakai kabel untuk dapatkan job," katanya kepada mStar.



Menyedari bakat sering diperkatakan, Sophia yang pernah membintangi filem Miimaland dan Pasal Kau ini bertekad akan terus berusaha menutup mulut orang dengan membuktikan dia mampu menjadi pelakon yang baik suatu hari nanti.

"Saya pun baharu lagi dalam bidang ini, tak sampai dua tahun. Bagi saya masa untuk baiki kelemahan.


"Bagi saya, bakat lakonan boleh diasah dan sebab itu kalau ada peluang saya nak sentiasa masuk kelas agar mutu lakonan dapat dipertingkat sekali gus dapat tutup mulut orang di luar sana.

"Saya sebelum ini pernah masuk kelas lakonan Farah Ahmad dan di masa akan datang saya nak cuba masuk kelas ibu Fauziah Nawi pula," katanya.


Terbaharu, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini tampil dengan drama Hadiah Dari Tuhan yang bersiaran di slot Lestary setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam di TV3.

Selain Sophia, drama bersiri arahan Fairuz Loy itu turut dibintangi Amy Mastura, Izreen Azminda, Elisya Sandha, Riena Diana, Ashraf Muslim dan Syafi Tee. -CARI

Sumber: mStar Online

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 4-1-2021 09:59 AM
Uji bakat malam2 kat hotel 4 bintang ek?
Quote emera 4-1-2021 10:04 AM
Sbb produser tu pun low class jugak mcm kau.
Quote Belibis 4-1-2021 10:10 AM
Kayu ke..batu ke..asalkan muka ko ala korean,ramai jer nak tengok.
Quote Miss.H 4-1-2021 10:17 AM
1st tengok dia berlakon cite pasal kau dekat netflix.

Belakon watak jahat ok kot dia ni sbb nampak muka dia macam sesuatu sangat
Quote Pujangga22 4-1-2021 10:41 AM
Barakbah ni keturunan Syed2 kan..muka chinese..
Quote dua_chzy 4-1-2021 10:49 AM
Lawa sheols. Sesuai pegang watak antagonis lawa with twisted mind.
Quote dudaberhias 4-1-2021 10:50 AM
tapi sheolss cantik... mungkin boleh di maafin macam hun haqeem... padahal hun tu kayu jugak sikit2... ambil masa nak improve sebab malaysia ni bukannya talent dia masuk kelas acting bertahun2 macam negara lain...
Quote akuHavocczz 4-1-2021 10:53 AM
Tak kisah lah kayu ke tak.. Ko ni sape? Tak pernah nampak pun
Quote unguaurora 4-1-2021 10:53 AM
Bg je selalu watak org kg. Biar padan muka dia
Quote follesegal 4-1-2021 10:56 AM
dia ni mix ke? muka mcm chinese, mcm matsalleh pn ada.. muslim ke? iols slalu cnfius dia ni ngn sorg plakon chinese tu daniellsya ap ntah nma nya
Quote aemon 4-1-2021 10:57 AM
sorry le.hannah delisha berganda cantik.tak perlu seksi pun nk kekal relevan
Quote AppropriateNick 4-1-2021 10:57 AM
dua_chzy replied at 4-1-2021 10:49 AM
Lawa sheols. Sesuai pegang watak antagonis lawa with twisted mind.

kan,cantik muka ala2 miss Universe material, we need more, kita tanak rupa2 desa nan permai ye
Quote dua_chzy 4-1-2021 11:00 AM
AppropriateNick replied at 4-1-2021 10:57 AM
kan,cantik muka ala2 miss Universe material, we need more, kita tanak rupa2 desa nan permai ye

Muka body lawa seksi menggoda gini, kalau ai direktor memang ai bagi watak daring la. Abis tu takkan nak soh Mira Filzah pulak ambik watak kangkang2?
Quote tagas 4-1-2021 11:02 AM
https://youtu.be/N0OUkFgah3I

kayu2 pun ligat menari hokey

done bekap syg

my 2nd favorite after hanah delicious
Quote missHaidiD 4-1-2021 11:02 AM
Entah la sophia. Sukati ko la.  Nk berlakon ke nk ber NPD ke.  Sukati ko.   Ko buat perangai bodo2 kontrobersi bkn2 harus la ko dicerca oleh ummah forum. Get ready yachhh!!!
Quote EvieWanKenobi 4-1-2021 11:08 AM
siannya baju terlondeh..
Quote rosannazmia 4-1-2021 11:09 AM
Dia ni ke berlakon ngn hannah n aeiril zafriel dlm ceta org komplen asik2 ceta org kaya tu ek? Cun jgk dak ni.. Kalau ngn hannah leh jd adik beradik tiri lain mak lain bapak
Quote mesmerize 4-1-2021 11:11 AM
tengok dia berlakon tercipta satu ikatan ngan aerill zafrel n hannah delisha.. mmg lawa dia ni ada iras2 hannah delisha masa belum bertudung.. putih gebu n ada aura retis tu.. good luck la dek lama2 polished la tu bakat lakonanan
Quote puanbintang 4-1-2021 11:13 AM
dia ni yang berlakon dalam filem mimaland eh..rasa masa tgk filem tu memang lawo sungguh la perempuan ni walaupun tak tahu sape..gasaklah..

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.086641 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top