Artis versatil, Sharifah Shahira berdepan pengalaman terkandas akibat banjir di Raub, Pahang namun kini berada dalam keadaan selamat. Shahira yang lebih mesra disapa sebagai Shiera ketika dihubungi Kosmo! memberitahu insiden tersebut berlaku ketika dia bersama beberapa ahli keluarganya sedang bercuti di tanah persendirian miliknya di Ulu Dong, Raub, Pahang. “Alhamdulillah sekarang kami selamat walaupun terkandas, cuma masalahnya bekalan air dan elektrik dah terputus. “Nasib baik semalam sudah pergi ke pasar raya untuk beli bekalan makanan. Harap air banjir ini cepat surut,” katanya sepatutnya dapat pulang ke Kuala Lumpur tetapi perlu bermalam di Raub sehari lagi akibat banjir.
Dalam pada itu, dia turut melahirkan kebimbangan kepada keselamatan anak-anaknya sekiranya banjir tidak surut. “Risau budak-budak, banjir kali ini lain macam. Tadi memang panik tetapi sekarang sudah okey sebab air di sini semakin surut,” ujarnya. Terdahulu, Shiera dalam satu perkongsian memuat naik sebuah video yang memaparkan dia terkandas di atas sebuah jambatan selepas kedua-dua arah jalan keluar ditenggelami banjir. Shiera turut menulis: “Kami dipulaukan, terkepung”. Beberapa jam sebelum itu, penyampai radio Sinar FM berkenaan turut memaparkan situasi air deras di kawasan sekitar kediamannya. Difahamkan, pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad turut berada di sana bersama keluarganya. Sumber : K! ONLINE |
helicornia replied at 4-1-2021 09:12 PM
dia mmg org raub kan. maybe sbb tu ada tanah kt sana. dia sorang je pelakon bole ckp loghat pahang
antiQue replied at 4-1-2021 10:37 PM
Fizz Fairuz pun orang Raub, pekat juga loghat nya.
helicornia replied at 4-1-2021 09:12 PM
dia mmg org raub kan. maybe sbb tu ada tanah kt sana. dia sorang je pelakon bole ckp loghat pahang
yetta2 replied at 4-1-2021 11:08 PM
Bukan dia sorang aje lah. Norkhiriah pun boleh cakap lohgat pahang pekat. Selain fizz fairuz. Hatt ...
Jemahjemah replied at 4-1-2021 11:23 PM
Dr dulu aku curious husband dia anak org kaya mana. Siapa tau
RatuDunia94 replied at 5-1-2021 01:43 AM
Loghat pahang ni mcm mana? Sbb bila dgr org pahang bercakap mcm xde beza sgt dgn bahasa selangor, jo ...
Jemahjemah replied at 4-1-2021 11:23 PM
Dr dulu aku curious husband dia anak org kaya mana. Siapa tau
rosannazmia replied at 4-1-2021 03:22 PM
Bam mat over pon penah kecek pahang berlakon jd org pahang duk felda x silap komeh..boleh lah die ...
ADVERTISEMENT