Lamaran adalah satu konsep ringkas di mana lelaki bertanya jika seseorang wanita itu ingin menjadi isterinya dan wanita memberikan jawapan ya atau tidak. Namun, banyak pasangan zaman sekarang ingin saat itu menjadi sesuatu yang istimewa dan dapat dikenang sampai bila-bila dengan melakukan pelbagai gimik seperti membawa pasangan ke lokasi cantik, menyediakan kejutan dengan menyorokkan cincin atau menyediakan dekorasi romantik.
Bagaimanapun, tindakan sebegini kadangkala menjadi keterlaluan apabila seseorang itu terlalu taksub untuk melakukan lamaran paling istimewa dan bermakna sehingga gagal memikirkan perkara asas seperti keselamatan. Itulah yang berlaku kepada pasangan dari Austria ini apabila mereka melakukan lamaran di atas gunung. Lamaran romantik mereka walau bagaimanapun berakhir dengan buruk apabila wanita itu terjatuh dari tebing setinggi 650 kaki selepas menerima lamaran teman lelakinya.
Kerana terlalu teruja, wanita berusia 32 tahun itu tergelincir dan terjunam 650 kaki dari tebing gunung Falkert yang pasangan itu daki pada hari sebelumnya. Mujur wanita tersebut terselamat dari insiden itu berikutan salji tebal yang mengurangkan impak kejatuhannya. Pasangannya dilaporkan cuba memaut tangan wanita terbabit sebelum dia juga terjatuh setinggi 50 kaki, namun berjaya bertahan di tepi tebing. Kedua-dua mereka berjaya diselamatkan setelah wanita itu ditemukan seorang pejalan kaki yang menghubungi ambulans. Manakala, tunangnya yang tersangkut di tepi pula diselamatkan helikopter. Sumber: Himpunan Cerita Lawak |
prettyuglybabe replied at 4-1-2021 11:33 AM
nasib baik bukan melayu
ADVERTISEMENT