CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Firdhaus Farmizi, Penyanyi Melayu 'Trending' Di China

4-1-2021 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5175| Komen: 12

Dia bukan keturunan Cina, malah dilahirkan anak jati Melayu. Namun, siapa sangka kelebihan penyanyi baharu, Firdhaus Farmizi, 22, menguasai bahasa Mandarin melakar sejarah tanpa diduga.


Firdhaus menjadi penyanyi baharu dan anak Melayu pertama yang menempa kejayaan apabila single nyanyian serta ciptaannya berjudul Gulf of Alaska tular menerusi aplikasi TikTok China, Douyin dengan meraih 170 juta tontonan.

Malah, salah satu lirik video yang dimuat naik dalam YouTube mencapai 1.5 juta tontonan. Single Gulf of Alaska yang dimuatkan dalam album EP, The Letter dilancarkan pada awal November lalu.

Jejaka kelahiran Kulai, Johor itu berkata, dia mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin dengan baik.

Foto: Berita Harian



"Saya mendapat pendidikan awal di sekolah tadika Cina, seterusnya meneruskan pelajaran di sekolah jenis kebangsaan Cina. Saya akui, memiliki ramai rakan berbangsa Cina, berbanding Melayu.

"Bagaimanapun, saya tetap anak Melayu dan masih boleh berbahasa kebangsaan dengan baik. Nak nyanyi dalam bahasa Melayu pun saya mampu.

"Cuma, secara kebetulan, persekitaran dan pengikut dalam media sosial ramai di kalangan bangsa Cina, jadi saya lebih fokus menyanyikan lagu Mandarin supaya mereka lebih memahami apa yang disampaikan," katanya kepada BH Online.

Firdhaus berkata, dia sering disalah sangka pemuda Cina disebabkan pergaulan dan persekitarannya sering bersama rakan bangsa itu.

"Memang ramai anggap saya orang Cina kerana fasih berbahasa bangsa berkenaan.

"Saya berasal daripada 100 peratus keturunan Melayu. Cuma, ibu bapa memilih menghantar saya ke sekolah Cina sejak kecil lagi," katanya.

Baginya, bahasa dan muzik bersifat universal. Perjuangannya dalam dunia seni juga baru bermula dan bernafas.

"Kalau ikutkan, saya mula aktif dalam aplikasi TikTok ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan pada Mac, tahun lalu. Saya bermula dengan melakukan lagu saduran dalam Instagram (IG) dan TikTok.

"Tidak dinafikan, melihat dalam IG mungkin ramai akan menyangka saya pemuda Cina. Saya tak pernah berniat membelakangi bahasa ibunda, tetapi saya hanya mahu berkongsi kebolehan yang ada.

"Secara jujur, saya tak sangka single Gulf of Alaska boleh tular di China. Peringkat awal lagu ini belum disedari ketika saya memuat naik dalam IG. Bagaimanapun, momentumnya meledak tidak lama kemudian.

"Tak disangka, peminat muzik di China mula menyanyi dengan menggunakan aplikasi TikTok Douyin. Daripada situ, ramai mula mengikuti perkembangan saya dalam IG. Alhamdulillah, peminat di Malaysia juga sudah mula menyedari kehadiran saya," katanya.

Jauh di sudut hati, anak tunggal dalam keluarga itu mengharapkan dapat menghasilkan lagu bahasa Melayu pada masa akan mendatang.

"Ada peminat minta saya menterjemahkan single lagu Gulf of Alaska dalam versi bahasa Melayu. Jika ada kesempatan, saya juga mahu merealisasikan perkara ini atau muncul dengan single bahasa Melayu

"Saya meminati Yuna, Faizal Tahir dan Aizat Amdan kerana berbakat sebagai komposer dan penyanyi. Ada peluang saya juga mahu bekerjasama dengan tiga penyanyi hebat ini," katanya.

Menyanyi sejak berusia 12 tahun, Firdhaus menjadikan penyanyi terkenal dari Taiwan, Jay Chou sebagai inspirasi kerana disifatkan cukup versatil.

Foto: Berita Harian
"Saya akui, Jay Chou memberi saya suntikan semangat untuk saya mengejar cita-cita. Kerana dia jugalah, saya mula menghasilkan karya dan menyanyi.

"Jika ada rezeki, saya nak jumpa Jay Chou secara berdepan. Saya nak ucapkan terima kasih kepadanya, dialah sumber inspirasi hingga saya melakar sejarah ini," katanya yang pernah menyertai pertandingan menulis lagu, The Ultimate Song 2 di 8TV.

Firdhaus berkata, dia tidak pernah menyangka bakat kecil yang dipupuk sejak berusia belasan dihargai.

"Rahsia single Gulf of Alaska mudah diterima kerana penyampaiannya lebih bersahaja dan 'straight forward'.

"Lagu ini diinspirasikan menerusi pengalaman cinta. Ia mengenai seorang wanita yang pernah saya cintai, suatu masa dahulu. Ia bagaikan sepucuk surat yang memuatkan luahan isi hati saya buatnya.

"Saya pernah melihat gambar dalam laman Facebook yang kelihatan mencantumkan laut antara dua negara. Imaginasi saya, dua laut simbolik kepada dua jiwa yang tak dapat bersama.

"Saya percaya karya ini diminati kerana ia mudah difahami, selain emosi saya sampai. Saya harap lebih ramai pendengar, tak kira bangsa boleh menghayati karya dan muzik saya," katanya yang bernaung di bawah naungan syarikat rakaman Malaysia, Loolala Music.

Kata Firdhaus, Loolala Music sedang merencana untuk melebarkan saya perjuangan kerjaya nyanyian ke China.

"Syarikat rakaman merancang membawa saya ke China untuk melebarkan sayap perjuangan. Bagaimanapun, situasi pandemik COVID-19 membataskan untuk merentas negara. Kami kena tunggu wabak ini reda terlebih dahulu," katanya.

Firdhaus muncul dengan EP berjudul The Letter memuatkan empat lagu ciptaannya sendiri, November lalu. Buat kali pertama Firdhaus turut diundang sebagai tetamu program bual bicara Malaysia Hari Ini di TV3 yang dikendalikan Fedtri Yahya, Jumaat lalu. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 4-1-2021 02:26 PM
Mayu nyanyi lagu cina..satu kepelikan ke..? Surprise yer...?

Klo dna tu bongok 10 keturunan ko bongok..

Klo.kokesen nyanyi.lagu melayu..aku ghaser satu mesia public holiday haaaaaaaa hahaha

Klo katak nyanyi lagu melayu..tu kompem jin!!! Kne cari osssstadddd
Quote Kurex 4-1-2021 03:17 PM
Shilalat 0.2
Quote ashcroft86 4-1-2021 06:41 PM
Ok la, dah tu target market heols khuennn. Chaiyokkk!
Quote naynd 4-1-2021 08:58 PM
Okay jugak lagu dia tu sedap I dah dengar hehe
Quote sarah_ary2 4-1-2021 11:07 PM
Iols suka qi li xiang lagu Jay Chou gila gila suka
Quote sleepandream 4-1-2021 11:45 PM
iols dah lama tak layan tiktok...
rasa nak install balik
Quote ahi_mason313 9-3-2021 01:51 PM
tahniah la....x dengar pun lagi
Quote bankerpencen 9-3-2021 02:34 PM
Sedap lagunya. Lirik pun bagus. Pandai budak ni tulis lagu.
Quote caca_eric 9-3-2021 02:43 PM
iols lagi suka dak fatimah
tp dia dah besar lak skrg dah pkai tudung
[youtube]PcAm9ySwxwQ[/youtube]
[youtube]uwIMu8Dcp2k[/youtube]
Quote caca_eric 9-3-2021 02:48 PM
[youtube]OxQLddxnImQ[/youtube]
Quote caca_eric 9-3-2021 02:52 PM
[youtube]TcVQ3TRwulc[/youtube]
lagu slow sgt
Quote caca_eric 9-3-2021 03:04 PM
banyak pujian drp kaum Cina Malaysia di ruangan komen
[youtube]z3-PWnNJxy8[/youtube]

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.208905 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top