CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setahun Menganggur -Bakal Doktor Sedih Kilang Tak Terima Bekerja Sebab Ada Ijazah Perubatan

4-1-2021 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12318| Komen: 119

Setahun dua bulan bergelar 'doktor menganggur' adalah satu tempoh mencabar bagi graduan perubatan universiti tempatan.

Pelbagai pekerjaan dilakukan graduan yang mahu dikenali sebagai Dr Farah, 26, bagi meneruskan kelangsungan hidup.


Sepanjang tempoh itu, Dr Farah pernah menjadi guru tabika, pembantu penyelidik dan kakitangan klinik kesuburan secara sambilan.

Malah, permohonan kerja di sebuah kilang pernah ditolak hanya semata-mata dia pemegang ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan.


Gsmbar Hiasan, Foto: Career Cube
Namun, penantian Dr Farah berakhir apabila ditawarkan menjalani latihan perubatan housemanship di sebuah hospital kerajaan di Perak pada Oktober lalu.


Dr Farah berkata, dia tidak dapat mengelak daripada berasa tertekan sepanjang tempoh menjadi doktor menganggur.

"Lebih-lebih lagi apabila kerap diajukan soalan bila akan dapat pekerjaan.

"Seperti graduan lain, saya juga mahu cepat mendapat kerja (latihan perubatan) selepas tujuh tahun bertungkus-lumus belajar perubatan.

"Tetapi apa yang berlaku tidak seperti diharapkan dan perlu menanti dengan penuh kesabaran," katanya.

Menurut Dr Farah, bukan dia saja, malah ramai rakan-rakan dalam bidang perubatan mendapat nasib yang sama.

"Saya juga sedih kerana tidak dapat membantu kewangan keluarga memandangkan gaji yang diterima kecil, sekadar cukup untuk menampung keperluan diri.

"Saya tidak terkecuali terkesan akibat pandemik Covid-19 apabila turut kehilangan pekerjaan sambilan itu lalu pulang ke kampung halaman.

"Sepanjang lapan bulan bekerja (guru Tabika, pembantu penyelidik dan kakitangan klinik kesuburan secara sambilan), ia banyak membantu saya mempelajari mengenai kehidupan sama ada dalam bidang perubatan serta bukan perubatan.

"Semua pengalaman ini sangat berguna untuk masa depan," katanya.

Dr Farah berkata, sokongan keluarga terutamanya ibu bapa membantunya melalui tempoh itu secara positif.

Katanya, walaupun baru dua bulan menjalani latihan perubatan, ia satu peluang untuk mencapai cita-cita menjadi pakar psikiatri atau kesihatan awam kelak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jas7512 4-1-2021 04:17 PM
Zaman i dulu2..susah nak msk course medic tapi xde pula yg nganggur bila tamat...skrg  ni..adik my friend yg dpt 1a spm pun blh lepas masuk course medic tapi dia buat medic kat indonesia lah...maybe kn tgk blk lambakan student medic ni mmg btl2 qualified utk admission ke camna sbb doc ni melibatkan nyawa org...
Quote airmineral 4-1-2021 04:23 PM
kt hospital asik la kata xcukup staff
dlm masa yg sama lambakan student medik xdpt tpt posting pon berlmbak2
so apa isu sbnrnya?
Quote salmon-suki 4-1-2021 04:28 PM
Doc y betul2 berkelayakan dan cemerlang ai think senang je dpt placement...sbb negara mmg nak doctor n nurses skrg kan..y sipi2 lulus tu maybe terpaksa pk seploh ribu kali jgk kot..sbb berkaitan nyawa manusia..kalau ai,ai pn xnk consult doctor y ntah ape2,nak2 doc sejenis emo..dah kau pilih jalan nak jd doctor,hadap laa cabaran..
Quote Skuau 4-1-2021 04:29 PM
airmineral replied at 4-1-2021 04:23 PM
kt hospital asik la kata xcukup staff
dlm masa yg sama lambakan student medik xdpt tpt posting pon  ...

gomen(hospital) xde duit nk 'amik & byr' depa...agaknya la.......depa pon bukan nya boleh 'buka kedai tepi jalan' cam jual burger,bakso camtu.....meme payah nau la....
Quote sarahmirza 4-1-2021 04:37 PM
Doktor cari kerja kat kilang pakai degree perubatan memang la tak dapat....
Quote mikasa 4-1-2021 04:41 PM
sarahmirza replied at 4-1-2021 04:37 PM
Doktor cari kerja kat kilang pakai degree perubatan memang la tak dapat....

Aduhai graduate skrg....dah tentu laa kilang takan ambil kalau bagitau ko lulusan medical tunggu posting...lain laa keje part time mcd atau mana2 fastfood...rugi kilang ambik sebb dah tentu ko takan keje lama situ..sebagus mana ko skalipun. Ko tetap akan berhenti nanti. Buang masa diorg
Quote songhara1226 4-1-2021 04:42 PM
Patutlah saudara I pon pakai degree kulinari mintak nak keje jadi dr kat spital gomen xdpt

Quote eatchoco 4-1-2021 04:45 PM
nk tanya, kenapa kalau nk cerita pasal doktor, kt depan nama pn perlu letak Dr? {:question
Quote AbukRokok 4-1-2021 05:05 PM
strategi kerajaan sepatutnya
benarkan ekonomi berjalan duit masuk
boleh tampung untung tgkatkan kapasiti kesihatan
tambah hospital medan sementara katil
tambah staff kontrak/tetap

u got no money you lost the war
war of attrition
Quote Belibis 4-1-2021 05:06 PM
songhara1226: Patutlah saudara I pon pakai degree kulinari mintak nak keje jadi dr kat spital gomen xdpt

Kenapa tak cuba kementerian pertahanan? Dulu la ,bukan sekarang.
Quote clarizsa 4-1-2021 05:11 PM
Dah jujur sgt tu kenapa
Nak minta keje taraf rendah tu gunala sijil taraf rendah juga
Gegeh pi tunjuk sarjana bagai memangla tak dapat
Duhh
Quote sarahmirza 4-1-2021 05:25 PM
mikasa replied at 4-1-2021 04:41 PM
Aduhai graduate skrg....dah tentu laa kilang takan ambil kalau bagitau ko lulusan medical tunggu p ...

Kan... Takkan la position operator.kilang nak gaji degree...
I masa baru2 grad dulu pernah juga try minta kerja kat kilang... tapi i pakai sijil spm. Tapi sempat kerhmja sehari je, esoknya dapat panggilan interview kerja kelulusan degree. Terus dapat pulak tu.. Hihi
Quote zjen 4-1-2021 05:53 PM
penah jadi kat member iols,   pasal semua adik badik dah kerja kat KL,   kesian org tua kat kampung xde org jaga,   so after abis study nak apply kerja sebagai kerani kat tempat tak jauh dr rumah,   bos ala ala sskjp x berani amik dia pasal malu educate tak setinggi member iols,   padahal belum sebut lagi pasal gaji
Quote matchstick 4-1-2021 05:59 PM
Lepas grad aku penah pegi apply kerja kt kedai buku di ganu sbb nk kerja dkt dgn kmpg je..nk cari kerja engineer kt ganu as a pompuan dgn takde experience payah nye lahai waktu tu. Aku bwk sijil spm je gi kedai buku tu. Yg interview tokey cina. Tokey tu tgk result spm aku dia ckp "mu ni lagi pandai drpd aku. Result spm aku pun tak molek gini. Mu ni ada degree kan..gi cari kije guna degree la. Rugi belajor tinggi2...bla bla" kesimpulannya aku tak dpt kerja situ. Lps tu aku merantau la jgk ke kl ni cari kerja dgn degree aku tu. Alhamdulilllah dpt. Mujur cina tu reject aku. Kalau tak mgkn lama2 aku selesa duk dlm safe zone kerja kt ganu je dan sia-sia kan degree aku
Quote azimodin 4-1-2021 06:09 PM
Sebagai seorang tukang interview pekerja kilang, aku xkan ambik budak ni melainkan untuk jawatan part time. Bukan apa, malas nak buang masa interview & train candidate lain bila dia dapat posting.
Quote wirazam 4-1-2021 06:16 PM
airmineral replied at 4-1-2021 04:23 PM
kt hospital asik la kata xcukup staff
dlm masa yg sama lambakan student medik xdpt tpt posting pon  ...

maybe degree medic dari uni tak diiktiraf
Quote xy_daen 4-1-2021 06:20 PM
airmineral replied at 4-1-2021 04:23 PM
kt hospital asik la kata xcukup staff
dlm masa yg sama lambakan student medik xdpt tpt posting pon  ...

Isunya Menteri Kesihatan bebal..
Quote mikasa 4-1-2021 06:26 PM
wirazam replied at 4-1-2021 06:16 PM
maybe degree medic dari uni tak diiktiraf

Biasanya sapa yang ada bond ngan kerajaan akan diutamakan.
Quote mbhcsf 4-1-2021 06:28 PM
kalau doktor ni minat research , banyak je peluang dia tanya prof prof uni yg ada grant besar besar ...especially RU.

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.124183 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top