CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Bangga Mawar Rashid Bersalin Normal, Tiada Bius Dan Tiada Ubat Tahan Sakit

6-1-2021 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16299| Komen: 110

Pada 2 Januari lalu, pelakon Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Mawar Rashid telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Raden Seri Rosabella Cinta.


Dalam pada itu, suaminya Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih mesra dipanggil Raf Yaakob tidak ketinggalan untuk memberi ucapan penghargaan kepada isterinya.

Menerusi sebuah posting di laman sosial Instagram, dia mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa bangga terhadap isterinya yang berusia 26 tahun itu kerana telah berjaya melahirkan bayi mereka secara normal.

Foto: IG

“Mawar Rashid, awak adalah seorang ibu yang kuat. Awak menghadapi kesakitan bersalin dengan begitu baik. Tiada suntikan bius, tiada ubat tahan sakit dan tiada ‘gas ketawa’ (nitrous oksida) digunakan. 100% natural. 


“Awak dah dapat apa yang diingini selama ini. Kelahiran semula jadi, sama seperti sewaktu melahirkan Rafael. Saya sangat bangga dengan awak tau.

“Anje, awak merupakan seorang isteri yang baik kepada saya dan seorang ibu sempurna kepada semua empat Raden saya,” luah Raf Yaakob di ruangan kapsyen.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri tersebut.

Terdahulu, pasangan tersebut berkahwin pada November 2017 dan dikurniakan anak sulung Raden Muhammad Rafael yang kini berusia dua tahun.

Mawar yang juga memenangi trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 lalu turut mempunyai dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela. -CARI

Sumber: Oh My Media

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 6-1-2021 04:30 PM
Sendu sampai xde komen..
Quote doubleA 6-1-2021 04:37 PM
Bagus la mudah mawar bersalin. Tapi tak bermakna yg ambik ubat atau bius tak kuat, setiap org lain situasinya. Apapun tahniah sepasang dah. Curlast nama rajin nak tulis nama anak panjang2 nanti
Quote diss69 6-1-2021 04:38 PM
Tahniah dpt sepasang.. Cmpur yg sebelum ni dh ada 2 psng ank..
Quote EvieWanKenobi 6-1-2021 04:43 PM
berdoa di medsos?
Quote putu 6-1-2021 04:50 PM
Gigihnya bagi nama ank panjang2
Quote fuyupoktek 6-1-2021 04:51 PM
Nama anak dia ohhh so x best
Quote JiEunTak 6-1-2021 04:57 PM
dua2 lakibini kuat drama
Quote Nana_Man 6-1-2021 04:57 PM
Nmpk komen kt fb... mawar je yg bersalin normal. Mak2 lain bertelur..
Quote True-X 6-1-2021 04:57 PM
boleh la.. lepas pantang ko amik maid jaga bagai kan..

cuba pantang sorang2 lepas beranak yg x pakai bius bagai segala tuh.... baru la hebat
Quote mantan 6-1-2021 05:02 PM
apa benda la bersalin tak kena bius pun nak bangga-bangga
Quote lolipopbiru 6-1-2021 05:02 PM
mmg family nama ank pnjg2 ya.

Raden Ahmad Faizal Yaakob
Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid
Raden Ahmad Rayyan  
Raden Seri Raysaa Chanela
Raden Seri Rosabella Cinta.
Quote Suchi 6-1-2021 05:04 PM
Edited by Suchi at 6-1-2021 05:08 PM

Doktor imelda ke yang sambut? Sebab tak silap ada gambar kat fb kan ngn doktor imelda.
Kalau masa mengandung rajin cari ilmu, belajar cemana nak nak meneran dengan betul, teknik pernafasan bagai insya Allah mmg boleh je gentlebirth.
Iols pun tak amik ubat tahan sakit jgn sesekali tahan rasa sakit bersalin tu lepaskan je biarkan je sakit tu datang sbb tau jap lagi baby nak mai. Benda happy so kena rasa seronok bila kontraksi makin kuat makna dah tak lama dah baby nak kuar.
Jgn bazirkan tenaga duk kerut2 or jerit2.Iols penah duk sebelah bilik ngn orang yg terpekik terlolong sampai kena marah kaw2 ngn misi/doktor dahla time tu bulan puasa haruslaa masing2 hilang kesabaran kalau dah patient memekak gitu.
Terkejut iols tetiba patient tu menjerit bising gitu, org lain beranak diam je belaka.
Quote buapakperut 6-1-2021 05:11 PM
gifihnya bermekap
Quote MadameOnion 6-1-2021 05:16 PM
Bini ko jelah hebat
Quote adaakukesah 6-1-2021 05:22 PM
Nama pesen bbnu buat novel
Quote sarah82 6-1-2021 05:25 PM
Aku yg baca.. Aku yg rasa kecut.
Quote azimodin 6-1-2021 05:28 PM
Iouls beranak pon x de bius & painkiller. Iouls mintak tapi doctor cakap bukaan dah besar, iouls pon xde menjerit2, dah kenapa nak epidural. Padahal iouls sejenis yg mereput lama dalam bilik bersalin. Bagi iouls xde beza pon normal with epi, normal xde epi vacuum, forcep, czer bagai - semua sakit
Quote cap_ayam 6-1-2021 05:52 PM
rezeki masing2 la.. semua kena bersyukur, baik normal ke czer ke semua dah ditentukan jalannya.
Quote ilya 6-1-2021 06:19 PM
haha.
binimu sorang kat dunia ni tak bius yer bang

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.043077 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top