CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seekor Tuna Indonesia Laku Dijual Lebih RM6k Di Jepun

7-1-2021 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2245| Komen: 5

Seekor ikan tuna Indonesia berjaya dijual pada harga 160,000 yen (kira-kira RM6,247) di pasar segar Sapporo Hokkaido di sini, Selasa lalu.

Tribun News melaporkan peniaga di pasar berkenaan mendakwa berlaku kenaikan harga berbanding tahun lalu.



Gambar hiasan
Kredit foto: AFP

"Harganya bagus namun lebih murah berbanding tahun lalu mungkin kerana pengaruh Covid-19 yang menular di Jepun," kata Tsutsui, seorang peniaga ikan di pasar itu.

Jualan ikan disebut Hatsuseri dan tuna segar bermula kelmarin selepas pembukaan pasar di Sapporo itu.

Tahun ini, acara lelongan tuna dijalankan dengan mengikuti prosedur kesihatan dan jumlah peserta dihadkan.

Mereka yang hadir ke acara di pasar itu dikehendaki menggunakan pelitup muka, melakukan sanitasi dan menjaga jarak dengan satu sama lain.

Tuna dengan harga tertinggi adalah tuna mebachi dari Indonesia dengan berat 73 kilogram (kg) yang dijual dengan harga 2,200 yen (kira-kira RM86) setiap kg.


Berbanding tuna yang mencecah harga tertinggi pada awal tahun lalu, harga setiap kilogram ikan itu dikatakan turun sekitar 800 yen (kira-kira RM31.20).

Penurunan harga itu berikutan permintaan tuna yang berkurangan pada akhir tahun dan tahun baru akibat Covid-19.

"Sempena tahun ini, saya berharap kita semua dapat kembali menjalani kehidupan harian dengan lebih baik dan semangat kebersamaan," kata Datuk Bandar Sapporo, Katsuhiro Akimoto dalam ucapannya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 7-1-2021 10:48 AM
Bangga la puak2 indo bila dpt tau pasal hal ni. Berkah pak joko, indo dapat tuna termahal gituh.
Quote angelofish 7-1-2021 12:48 PM
ikan tuna tu ikan tongkol@ kayu kan? ai like
Quote syaz_lina 7-1-2021 12:54 PM
Mmg fresh n lemak berkrim tuna hokkaido ni.iol mkn kat morning market hakodate. Cuma ada ke tuna yg hidup kat perairan indon ni, ke aku yg duduk bwh tempurung
Quote Ninjanunu 7-1-2021 05:10 PM
Wow sedapnya
Quote jalfa 7-1-2021 05:13 PM
Wow siap ada lelongan lagi..indon mendunia

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.033602 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top