CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Beli Motosikal, 4 Jam Kira Syiling!

7-1-2021 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2767| Komen: 14

JAKARTA: Sepasang suami isteri berasal dari daerah Banyuwangi membeli sebuah motosikal menggunakan duit syiling seberat 43 kilogram.

Lapor Tribunnews, duit syiling tersebut dikumpul oleh pasangan suami isteri itu sejak 2018.


Ahmad Rasidi memberitahu, dia dah isterinya, Amidah mula menabung duit syiling dalam botol air mineral.


Kredit foto: Kompas

“Kami hanya menyimpan duit syiling bernilai 1,000 rupiah dan selepas empat botol mineral itu penuh, kami tukar tabung ke tempat yang lebih besar termasuk tong air.

“Duit syiling itu diperoleh hasil pelanggan yang datang ke kedai kami,” katanya.

Setelah berfikir masak-masak, Rasidi dan isterinya membuat keputusan untuk membeli motosikal dengan menggunakan duit syiling tersebut.

Katanya, mereka tidak mempunyai wang mencukupi dan menggunakan duit syiling tersebut untuk menampung kos beli motosikal.


Rasidi memberitahu, pekerja kedai motosikal mengambil masa empat jam untuk mengira semua duit syiling yang bernilai 9.4 juta rupiah (RM2,719).

Suami isteri tersebut kemudiannya menambah sedikit lagi wang untuk membeli motosikal yang berharga 21.5 juta rupiah (RM6,214).


Sumber: Utusan

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote libra_gurlz 7-1-2021 11:35 AM
even guna duit syiling, at least dapat jugak beli motor sebijik dari dia dok buat keja curi motor orang...
Quote Belibis 7-1-2021 11:54 AM
Yamaha lagenda 115 dapat kott?? Ysuku tak dapat laa
Quote lattehazelnut 7-1-2021 12:09 PM
Mmg xpercaya bank ke?
Quote pxlbb 7-1-2021 12:14 PM
Jgn la susahkan orang. Tukar je kat bank pastu beli la. {:stress Iols pernah jadi mangsa kena tunggu berapa lama sbb acik depan nak bayar speedmart guna syiling. Dah la 1 kaunter je bukak.
Quote clarizsa 7-1-2021 12:15 PM
Tak reti nak pi bank dulu ke tukar siling tu
Peliknya
Quote c===8 7-1-2021 12:16 PM
saya pun pernah guna duit siling 1 tin milo beso utk tambah deposit beli rumah tahun 1996
Quote uori 7-1-2021 01:29 PM
aku aritu g bali, bawak balik banyak syiling dorang ni. letak dalam tabung. bila bawak keluar dalam 3 bulan lepas tu, syiling ni habis jadi hijau
Quote Redmyvi 7-1-2021 02:55 PM
macam menyusahkan pulak... nak kena kira.. pi bank sng dah ada mesin tlg kirakan.. lg tepat jumlah..
Quote gede-bab 7-1-2021 04:15 PM
uori replied at 7-1-2021 01:29 PM
aku aritu g bali, bawak balik banyak syiling dorang ni. letak dalam tabung. bila bawak keluar dalam  ...

duit syiling tu jadi hulk kot...lama sangat terkurung..
Quote ninja9 7-1-2021 04:19 PM
uori replied at 7-1-2021 01:29 PM
aku aritu g bali, bawak balik banyak syiling dorang ni. letak dalam tabung. bila bawak keluar dalam  ...

kena simpan dalam botol mineral mcm oran ni buat barulah siling tu tak muntah hijau
Quote ninja9 7-1-2021 04:21 PM

aku rasa memang dorang ni tak tahu ada kemudahan kira duit siling dibank. barangkali akaun bank pun tak ada.. tapi andaian sajalah

Quote matseh 7-1-2021 04:25 PM
Kalau harga mcm tu motok demak 80cc pun x dapat kat malaysia ni.
Quote Decaffeinated 7-1-2021 04:36 PM
Memang kat indon ni beli kereta motor kena cash kot. You tuber dorang kemain jakun tengok orang Malaysia hampir semua berkereta. Dorang kena ada rumah dulu. Kereta tu either last atau tak yah mimpi langsung.
Quote Ninjanunu 7-1-2021 05:17 PM
Nak viral punya pasal

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.068945 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top