Dah banyak kontroversi melibatkan Sharifah Sakinah, namun aktres ini tetap selamba dan menjadi dirinya sendiri. Terbaru di Instagram, Sakinah ada memuat naik gambar wataknya di dalam sebuah drama.
Apa yang menjadi perhatian adalah dia hanya berkemban sambil bergaya dengan memegang rokok. Sudah dijangka, pastinya ruangan komen dipenuhi dengan kecaman netizen yang kurang senang dengan penampilan seksinya. Ada yang memintanya supaya menjaga nama baik agama dan mendoakan agar Sakinah dikurniakan hidayah. Malah ada yang menyatakan mereka menegur bukan disebabkan benci tapi kerana sayang. "Kami menegur bukan kerana benci kami menegur kerana kami sayang pada akak sebab kita ni semua umat Nabi Muhammad SAW dan umat akhir zaman, terpulang pada akak nak terima atau pun tidak yang penting teguran dah keluar dari mulut kami, berdosa bila tak tegur dan berdosa pada mata2 yang memandang akak dengan keadaan macam ni, kami semua sayang pada akak sebab tu kami semua menegur akak." Namun ada juga yang membalas dengan menyatakan tak ada guna pun nak menegur Sakinah sebab dia bukan nak layan.
Apa pun kena ingat kalau nak menegur gunalah ayat yang berhikmah dan bukan dengan memaki hamun ya. Semoga Sakinah terus berjaya dengan karier dan bahagia dengan kisah percintaanya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|