GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kemungkinan tempoh enam bulan dalam tahun ini akan menjadi lebih sukar sebelum vaksin berjaya menukar situasi pandemik COVID-19. Peneraju teknikal WHO untuk COVID-19, Maria Van Kerkhove berkata, di kebanyakan negara, keadaannya sangat membimbangkan dan akan bertambah buruk. "Beberapa negara melihat penularan ini sangat kuat, terutama di Eropah dan Amerika Utara, dengan jumlah yang sangat menakutkan berkaitan jangkitan kes positif, kemasukan ke hospital dan kemasukan ke unit rawatan rapi. "Pergaulan sosial isi rumah dalam tempoh sambutan Krismas dan Tahun Baharu baru-baru ini, mengakibatkan peningkatan jumlah kes pada minggu pertama bulan ini.
"Kita akan melihat dalam beberapa minggu akan datang (peningkatan kes) di kebanyakan negara, kita akan melihat keadaan bertambah buruk sebelum menjadi lebih baik," katanya ketika siaran langsung di saluran media sosial WHO. Pengarah kecemasan WHO, Michael Ryan pula berkata, penghasilan vaksin memberi sedikit kelegaan, tetapi orang ramai tidak boleh menarik nafas lega dan tidak berwaspada terhadap penyakit ini. "Kita mengharungi virus ini selama setahun dan pertempuran ini sangat panjang. "Tetapi kita masih ada tiga hingga enam bulan lagi tempoh yang sukar dan berharap mampu melakukannya. "Vaksin akan ada tetapi ia belum lagi tiba di kebanyakan negara di seluruh dunia," katanya. Ryan berkata, tiada petunjuk bahawa vaksin yang sedang dibangunkan serta dikembangkan tidak akan berfungsi terhadap virus COVID-19 varian baharu. "Tetapi jika ada perubahan dalam hal itu, secara relatifnya mudah untuk mengubah vaksin bagi memerangi virus berkenaan. "Apabila virus bermutasi, ia boleh menjadi lebih mudah menular tetapi jarang menjadi lebih parah, kerana itu tidak sesuai dengan kepentingan mereka," katanya. Sumber - AFP/BeritaHarian |
sarah82 replied at 8-1-2021 02:43 AM
WHO tak bagi amaran pun kami dah tau.. Sebab tahun lepas ada artikel dah citer ttg kemungkinan2 yg k ...
Mopiko replied at 8-1-2021 02:51 AM
semuanya macam nak suruh vaksin. apa ada dengan vaksin eh
wnwa05 replied at 8-1-2021 02:41 AM
hebat who bagi amaran.macam tau2 je what next
sarah82 replied at 8-1-2021 02:53 AM
X tau la.. Tapi mmg ada artikel yg bgtau ttg org yg adalah alahan pada ubat dan makanan x boleh va ...
Adrif replied at 8-1-2021 03:03 AM
berdasarkan pelbagai model.
antara paling simple, macam dominos theory, culture shock syndrome th ...
Mopiko replied at 8-1-2021 03:27 AM
tapi ikutkan yang tersebar tu semua kena vaksin
sarah82 replied at 8-1-2021 03:32 AM
Erk.. Mmg ada reaksi negatif utk yg ada alahan.. Takkan nak amik.
Mopiko replied at 8-1-2021 03:29 AM
mati itu pasti sama ada nak atau tidak. tapi yg aku tak faham skg kalau betul lah teori konspira ...
Adrif replied at 8-1-2021 03:03 AM
berdasarkan pelbagai model.
antara paling simple, macam dominos theory, culture shock syndrome th ...
Mopiko: semuanya macam nak suruh vaksin. apa ada dengan vaksin eh
Belibis replied at 8-1-2021 09:45 AM
Dr amalina dah cakap.percaya sains,jangan percaya teori konspirasi..hadap jer laaa.bukan 6 bulan,a ...
bakingsoda replied at 8-1-2021 05:11 AM
bagus tak payah raya ramai2 lagi, babi2 yg galak nak beraya normal tahun ni la yg jugak galak berjim ...
ADVERTISEMENT