CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Doktor Tak Galakkan, Tapi Nabila Nyanyi Juga Di AJL35 Sebab Peminat Rindu

8-1-2021 06:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8600| Komen: 69

Penyanyi Nabila Razali mengesahkan bakal beraksi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35, bulan depan, mendendangkan lagu Peluang Kedua.

Biarpun belum pulih sepenuhnya akibat masalah peti suara, Nabila sanggup menanggung risiko demi menunaikan hasrat selain memuaskan hati peminat.



Kredit foto: IG Nabila

"Kalau diikutkan, vokal saya masih belum pulih dan sedang dalam proses mendapatkan rawatan susulan.

"Doktor tidak menggalakkan saya menyanyi dalam keadaan begini sebenarnya.

"Namun, disebabkan peminat rindukan saya untuk kembali beraksi, saya membuat keputusan menyahut cabaran itu biarpun sedar risiko menanti," katanya kepada BH Online.

Sebagai persediaan, penyanyi Pematah Hati itu berkata, selain berehat panjang, dia mengamalkan petua yang diberi ibu.

"Sejak mengalami masalah vokal, saya sudah lama tidak mengambil tawaran acara persembahan. Saya banyak berehat dan mengamalkan minum jus lemon untuk memulihkan kotak suara.


"Selain itu, saya juga mengharapkan doa daripada semua pihak agar segera pulih dan dapat membuat persembahan pada malam itu nanti.

"Insya-Allah, ada tempoh sebulan lagi untuk ke malam kemuncak. Saya harap semuanya dipermudahkan. Jika berlaku sesuatu yang mungkin menghalang untuk saya menyanyi, kita akan fikiran jalan penyelesaiannya," kata penyanyi berusia 28 tahun ini.



Pada peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35, November lalu, Nabila atau nama sebenar, Nur Nabila Mohd Razali terpaksa menarik diri dan tempatnya digantikan komposer lagu berkenaan, Hael Husaini.


Sumber: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 8-1-2021 06:39 AM
Oklah nyanyi jer lah...
Quote songhara1226 8-1-2021 06:42 AM
Oklah tu, atleast kalau kantoi terkucil dah ada alasan, pandai kau dekkk

Sis doakan kau juara AJL thun ni dekk
Quote AshKetchum 8-1-2021 06:45 AM
masa semi takde pulak ko sanggup nak tanggung risiko? dah lepas ke final gegeh pulak ko nak menyahut cabaran la peminat rindu la bagai? elok disumbat jah kek lumut kawah bulan tu dalam peti suara ko
Quote Mawar91 8-1-2021 07:14 AM
Peminat mne yg rindu tu?
Quote asma87 8-1-2021 07:24 AM
songhara1226 replied at 8-1-2021 06:42 AM
Oklah tu, atleast kalau kantoi terkucil dah ada alasan, pandai kau dekkk

Sis doaka ...

Ha ah pandai bella bagi alasan...hehe
Quote FY08 8-1-2021 07:27 AM
Pminat yg rindu tu ada mslh pdengaran ka? Abisla ajl ni nnti
Quote lipasterbang 8-1-2021 07:41 AM
Kecoh betul la dia ni mcm la AJL ni ada lagu dia je..
Dgn segala cerita dgn gimik yg ko buat ni hrp audien & juri fokus kt lagu & suara ko je la
Blh nyanyi ke x blh ke ko buat keputusan sendiri je blh x? Byk betul alasan..
Gimik murahan
Quote buragazz 8-1-2021 08:09 AM
Dia ada masaalah apa sebenornya... Nodule ker.. kenapa dia kata selalu minum jus lemon.. aku kene nodules ENT kata tak boleh makan benda masam especially Lemon, Vitamin C yang tablet masuk dalam air tu perasa limau dan Coffee...

Dari satu sudut lain pada aku bior lah dia nyanyi mana la tau terus jahanam tekak dia takde la dia nyanyi lagi pasni kan... perghh jahat naw aku...

Quote acik_zue 8-1-2021 08:13 AM
Awal2 dia dh ada alasan klau x sangkut nnt...
Xpe teruskan dik...
Quote imanjannah 8-1-2021 08:14 AM
tak habis lagi ke cik nab oii..nyanyi je la, x yah byk drama sgt
Quote SherryZass 8-1-2021 08:15 AM
Acah2 penyanyi bernombor pulak nak bergimik bagai ya nab
Quote bulalof 8-1-2021 08:16 AM
kah kah kah kah kah....

awal2 dah buat alasan utk damage control.
Quote September14 8-1-2021 08:26 AM
Iols la tu yg rindukan nabila.... wlupun nynyi agak hauk tp suara dia x menyakitkan telinga...
Quote ais_kosong 8-1-2021 08:30 AM
Kalau melibatkan kesihatan xperlu kot bagi aku.
Kesihatan penting. Tapi acah2 mencapub terpulang
Quote Redmyvi 8-1-2021 08:43 AM
aku ok jer dgn nabila ni walau pun suara dia tak merdu mana.. good luck la utk AJL..
Quote MadameOnion 8-1-2021 09:32 AM
Mawar91 replied at 8-1-2021 07:14 AM
Peminat mne yg rindu tu?

peminat dia OKU tu..pekak
Quote helicornia 8-1-2021 09:34 AM
hahaha gelak aku baca tajuk
peminat mana yang rindu tu?
Quote mdmy 8-1-2021 09:49 AM
helicornia replied at 8-1-2021 09:34 AM
hahaha gelak aku baca tajuk
peminat mana yang rindu tu?

haish, pemenat dia yg view sampai berpuloh juta tu.
biaq pi lah dia menyanyi, worst case scenario pun vocal cord dia injured sampai tak boleh nyanyi sampai bila2, mek ni boleh claim fate mcm Julie Andrews
Quote wadiunong 8-1-2021 09:55 AM

Nab ni belakon not bad. iols rasa better sheol fokus kat belakon aje.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.065870 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top