CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pengantin Gugup Lafaz 'Taqaballahu Minna Wa Minkum' Semasa Akad Nikah

8-1-2021 06:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2616| Komen: 5

JAKARTA – Sebuah video akad nikah membabitkan satu pasangan dari Indonesia tular di media sosial apabila pengantin lelaki berasa gugup dan tersalah sebut lafaz akad dalam bahasa Arab.

Rakaman video yang dimuat naik ke akaun TikTok @sjgirlz.1709 itu telah ditonton hampir 800,000 kali sejak hujung minggu lalu, demikian menurut lapor protal Suara.com semalam.



Kredit foto: TikTok

Klip video itu menunjukkan seorang pengantin lelaki yang kelihatan bersiap sedia untuk melafazkan akad dalam bahasa Arab mengikut jurunikahnya.

Sunggupun begitu, lelaki itu mula gugup sehingga mengeluarkan kata-kata dalam bahasa Arab yang lazimnya digunakan semasa mengakhiri doa pada bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"‘Taqaballahu minna wa minkum’ yang membawa maksud semoga Allah menerima puasa dan amal kami beserta puasa dan amal kalian,” demikian lafaz pengantin lelaki itu di hadapan jurunikah.




Jawapan pengantin lelaki itu menyebabkan ramai netizen meninggalkan komen usikan dan tidak kurang juga mempersoalkan lafaz akad yang boleh dibuat dalam bahasa Indonesia.

“Kenapa perlu menggunakan bahasa Arab jika tidak begitu fasih. Kasihan pengantin sudah dimalukan,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Niat di hati mahu kelihatan hebat tetapi akhirnya dalam fikiran teringat Hari Raya,” komen seorang lagi. 


Sumber: Kosmo! Kosmo!


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ninjanunu 8-1-2021 11:26 AM
Org yg rakam dan share tu, xde rasa bersalah ke malukan org? Once on the internet, forever on the internet.
Quote swateng1 8-1-2021 12:19 PM
Ninjanunu replied at 8-1-2021 11:26 AM
Org yg rakam dan share tu, xde rasa bersalah ke malukan org? Once on the internet, forever on the in ...

demi secebis like katanyaaaaaaa
Quote Boomibulat 8-1-2021 12:24 PM
Tolong la jgn memalukan org keserata dunia mcm ni..Patutnya x payah pakai mic pun..bukan nak kasi semua org dengar pun..tok kadi dgn saksi dengar dh cukup..mmg ada org jenis menggelabah time2 mcm ni..
Quote EvieWanKenobi 8-1-2021 01:35 PM
kesiannya..
Quote Artemesiaa 8-1-2021 04:36 PM
Tak perlulah guna bahasa yang dia tak fasih memudahkan urusan lebih baik lagi

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.102099 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top