CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jual Jeruk Nak Cari Rezeki Halal, Kena Saman Pula

8-1-2021 12:44 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 7891| Komen: 28|Original author: Oleh: rikuren


Sejak ramai kehilangan kerja kerana pandemik, ramai mengambil peluang berniaga secara kecil-kecilan termasuklah menjaja di kawasan lampu isyarat.

Terbaru, menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook Polis Daerah Taiping, beberapa pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Taiping mengeluarkan saman terhadap peniaga yang menjalankan perniagaan kawasan itu.


Loading FB Post...


Menurut polis, meniaga di kawasan tersebut merupakan satu tindakan yang bahaya dan boleh mendatangkan risiko terhadap pengguna jalan raya dan peniaga itu sendiri.

Seramai empat peniaga dikenakan saman Pol 257 atas kesalahan 10 A (1) Jual Barangan/Risalah/Loteri dalam satu Ops Penjaja Jalanan yang dilakukan di sekitar pentadbiran IPD Taiping. 


Kredit foto: Facebook

Khabarnya, sudah beberapa kali para peniaga di kawasan itu diberi peringatan dan nasihat supaya tidak meneruskan perniagaan mereka di lampu isyarat, sebaliknya menggunakan kanopi untuk berniaga di jalan yang lapang. 

Namun, masih ada yang berdegil dan tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa.


Kredit foto: Facebook

Walau bagaimanapun, ia mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang dilihat agak kurang bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa.






Kredit foto: Facebook 

Tidak dinafikan konsep perniagaan di persimpangan lampu isyarat mempunyai banyak kelebihan untuk peniaga dan golongan pembeli. Malah, konsep sebegini mendapat reaksi positif orang ramai yang kagum dengan usaha golongan ini kerana mencari rezeki halal tanpa menghiraukan penat lelah, hujan panas dan perasaan malu.

Sebaiknya, pihak berkuasa memberikan sedikit kelonggaran dan menyediakan satu garis panduan untuk peniaga seumpamanya bagi memberi peluang kepada mereka mencari makan di kala keadaan mendesak sekarang ini. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sheetRock 8-1-2021 02:19 PM
dulu rajin gak beli.... jeruk mangga tuh kat tepi traffic lite... cili padi semua complete...

tapi last beli baru2 nih dorang da jual.mangga dan asam... tak de menjeruk da. cili pun takder. asam pun berasing....

so.... pasnih... mmg takder la beli.... sorry.... tapi kalau beli sbb kesian tapi tak mkn pun....satu pembaziran gak....
Quote salimrock 8-1-2021 02:39 PM
sheetRock replied at 8-1-2021 02:19 PM
dulu rajin gak beli.... jeruk mangga tuh kat tepi traffic lite... cili padi semua complete...

tap ...

ya lor, aku pn tak makan sgt, beli 1 balang, pn tak abis, letak dlm peti ais lama2 jd lemau, buang juga, tak nak aku masukkan makanan basi dlm badan
Quote dudaberhias 8-1-2021 02:42 PM
siannya... tapi nak buat macam mana dah memang salah...
lain kali jual dekat tempat orang senang parking.. tapi tu pun nak kena ada lesen semua baru boleh berniaga kan?...

takpelah moga ada rezeki lain dik... aminnn
Quote Normabaru 8-1-2021 03:25 PM
patutnya bg la amaran dulu.. bkn terus saman. yang menjual pon patutnya sayang nyawa dulu. Xberbaloi kena langgar utk jual jeruk
Quote nuryakmal 8-1-2021 04:20 PM
Normabaru replied at 8-1-2021 03:25 PM
patutnya bg la amaran dulu.. bkn terus saman. yang menjual pon patutnya sayang nyawa dulu. Xberbaloi ...

Khabarnya, sudah beberapa kali para peniaga di kawasan itu diberi peringatan dan nasihat supaya tidak meneruskan perniagaan mereka di lampu isyarat, sebaliknya menggunakan kanopi untuk berniaga di jalan yang lapang.
Quote Normabaru 8-1-2021 04:27 PM
nuryakmal replied at 8-1-2021 04:20 PM
Khabarnya, sudah beberapa kali para peniaga di kawasan itu diberi peringatan dan nasihat supaya ti ...

Ye ada baca. Maksud kaka.. Posting dlm fb tu tulis part amaran.. Jangan terus keluar posting dh saman. Memang kena kecam la.. Sedangkn kt kl sgor pon merata bdk2 tu jual.. Xde kena apa. Di taiping yg kete hidup segan mati tak mahu nk lalu lalang pula kena saman kaw2
Quote Megikari 8-1-2021 04:28 PM
Aku rasa kalau takde yang report polis pun tak jahat sangat nak saman tak tentu pasal. Dah ada yg mereport, kalau tak ambil tindakan kang kena tuduh makan gaji buta pulak. Cuma pbt kena fikirkan la cara nak bantu menghalalkan aktiviti perniagaan diorang ni
Quote Artemesiaa 8-1-2021 04:33 PM
Tak salah nak meniaga tapi biarlah dikawasan yang sesuai bukan di jalanraya yang bukan hanya boleh membahayakan diri sendiri tapi pengguna jalanraya yang lain juga.
Quote nuryakmal 8-1-2021 04:37 PM
sebenarnya agak lemas jugak tgk berniaga tepi2 jalan macam ni. da macam kat area indon, pinoys
Quote mamajawie 8-1-2021 05:20 PM
nuryakmal: sebenarnya agak lemas jugak tgk berniaga tepi2 jalan macam ni. da macam kat area indon, pinoys


Tau xpe..da srupa kat indon, india sne jual cmni..at first rasa simpati tpi la ni tah la.
Quote azimodin 8-1-2021 09:18 PM
Edited by azimodin at 8-1-2021 09:21 PM

Ye kita faham ramai orang terdesak nak meniaga. Tapi cari la kawasan yg orang senang nak park, yg boleh pandulalu. Kat area rumah iouls ni banyak makanan pandulalu depan bangunan shoplot. Sambil beli belah kat speedmart, boleh beli burger/takoyaki/ayam singgit bagai. Kat area rumah parents berlambak pulak gang jeruk ni. Masa hujan pon lalu lalang. Motor menyelit sana sini, kan bahaya untuk semua pihak. Bayangkan sorang kena langgar dengan penunggang motor pastu melambunh digilis pulak dengan kereta. Siapa yg patut dipersalahkan?
Quote vender 8-1-2021 09:34 PM
Bg aku mmg tak patut niaga tepi jalan mcm tu. kat seremban penuh penjual jeruk letih naik rimas aku.
haritu nyaris aku tgk penjual jeruk ni nak kena langgar dgn motor. Motor kan suka menyelit celah kereta, and penjual jeruk ni pun sama.

Jgn dah ade yg mati nanti mula lah salahkan kereta- Kalau kena kat driver perempuan bawak myvi pulak lagi naya kena kecam satu malaya.

Org lain berniaga juga, susah juga . Berniaga goreng pisang, boba tea, air mangga semua buka khemah elok2. Ade je berniaga kat bonet kereta, pun org boleh berhenti beli. Apesal yg jual jeruk ni elok pulak org simpati beria konon susah sgt sampai halalkan dia menjual merata mcm ni?
Kalau rakyat masih bersimpati mcm ni nanti tahun depan mula lah penjual goreng pisang, nangka madu, air tin berlonggok semua kat tepi lampu isyarat baru padan muka masing2. Bila depa dah ramai nanti, time lampu hijau kereta tak boleh bergerak sebab org depan belum habis bayar cempedak goreng yg dia beli. {:laugh

Ini soal keselamatan. Susah mcm mana pun keselamatan tu nombor satu. Org tu mati kena langgar siapa nak bertanggungjawab? Dahla susah, pastu pencari rezeki dlm keluarga mati pula.
Serius aku tak faham dgn rakyat malaysia yg kasihan membabi buta tanpa fikir kesan jangka panjang nihhhh
Quote Youareyou788 9-1-2021 05:51 AM
Nk niaga tak salah, tapi bertempat lah. Dah berapa kali nampak budak jual asam hampir nak kene langgar dengan moto yang mencilok celah2 keta kat traffic light
Quote redfox 9-1-2021 09:34 PM
50/50. Susah nak cakap kalau info hanya dari satu pihak. Kesian juga, musim covid nak cari rezeki {:childlike. Kita tak tahu apa yg dorang lalui
Quote mawar_mustika 10-1-2021 09:44 AM
for those yg tak tau, b4 diorg ni disaman surat warning dh byk kali dikeluarkan...polis & majlis perbandaran bukan bodoh2 nk p saman...dieorg pun ade peri kemanusiaan jugak...dh lh berniaga xde lesen...insurans utk perkerja lg lh xde langsung...klu kene langgar mati katak...polis xkan saman diorang kalau xde report...bila ade report diorg kene jlnkn tanggung jawab p saman diorg ni...kan ade plak yg kate polis & majlis perbandaran tak buat keje...sama jugak yg duk bukak gerai payung tepi jln...diorg bkn saje2 nk p saman...tp bile ade yg p report diorg kenelh buat keje...& b4 saman diorg akan bg tempoh surat warning...i know because my dad adalh org yg bertanggung jawab dlm hal2 camni...pening die kate...kadang2 ble diorg nk p trun saman my dad p bg warning personal tau sbb kesian tau diorg cr mkn musim camni tp diorg xmkn saman so xleh nk buat apelh...i igt lg ms pkpp mmg ramai menjaja tepi jln sbb diberhentikn...i bg tau my dad, die ckp tau dh terima byk report tp diorg bg peluang utk sementara ni xkan saman selagi tak menghalang & membahayakn org utk sementara ni..
Quote PEPPERMAN 10-1-2021 11:36 PM
konsep berniaga terus ke batang hidung pelanggan ni benda dah bertahun2 wujud, cuma mungkin dah kurang meluas. Kat seremban tu ada sorang brader yang jual pewangi kereta kot (sebab aku tak penah nak layan sangat), dengan suara kelakarnya, pagi2 di medan selera penghulu cantik, petang2 di stadium.

tapi kaedah perniagaan terus ke tingkap kereta ni adalah luar biasa di malaysia. Dalam FB aritu ramai kecam penguatkuasa, bila org up alasan keselamatan, ada plak sorang yang rajin reply "dah berapa orang budak jual mangga kena langgar?"
Quote Jemahjemah 13-1-2021 01:08 AM
Org yg income xberapa tu jgk dikejar smpi lubang cacing. Terok. Yg poket tebal byk cable tu xde sp berani usik. Kesian jd rakyat marhaen ni
Quote Ain_h 26-1-2021 02:26 AM
Semoga dipermudahkan urusan
Quote ally9970 27-1-2021 02:29 PM
Pendapat aku, yg meniaga kat traffic light ni bukan sebab terdesak tp lebih kepada taktik meniaga..
Mula2 dulu aku pun beli jugak, bukan sbb nak makan sgt tp lebih sebab kesian atau sbb nak support...
Rasanya ramai jugak yg mcm aku, beli sbb nak support jer...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.156578 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top