CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mia Sara Sentap Disuruh Buka Tudung - "Macam Minta Orang Tak Pakai Baju"

10-1-2021 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12472| Komen: 48

Mula mengenakan hijab sejak usia 11 tahun lagi, pelakon Mia Sara Nasuha akui tersinggung apabila ada pihak menawarkan watak kepadanya, namun memberi syarat supaya dia membuka tudung.



Mia berkata, dia tidak menyangka masih ramai tidak tahu bahawa dia sudah berhijab beberapa tahun lalu dan dia terpaksa menolak tawaran tersebut dengan cara baik.

“Ya, memang tawaran berlakon saya dah berkurang. Memandangkan saya sudah lama dalam industri, mungkin ramai yang tahu saya sudah bertudung. Jadi, hormatilah pendirian saya.

“Baru-baru ini, ada tawarkan saya watak tetapi minta saya buka tudung. Dia bukan muslim tetapi rakyat Malaysia, saya rasa tersinggung pihak terbabit bertanyakan soalan itu pada saya.

“Seolah-olah minta orang tak pakai baju kalau nak diambil berlakon. Banyak situasi macam itu berlaku sejak saya bertudung lagi. Sebab itu saya banyak tolak tawaran dan sebab itu tak revealing macam sebelum ini,” katanya.


Kata Mia lagi, dia hilang keyakinan diri apabila sering diasak dengan tawaran sedemikin jika mahu kembali aktif dalam dunia seni.


Kredit foto: IG Mia

“Bila kurang berlakon, ramai ingat saya sudah berhenti dan fokus belajar. Tapi, sejak tahun lepas saya sudah berlakon semula.

“Sebab itulah saya cuba mendapatkan semula kehidupan lama saya. Kadang-kadang boleh hilang keyakinan saya apabila ada yang bertanyakan soalan sedemikian,” katanya.


Sumber: RotiKaya


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tokchik 10-1-2021 02:42 PM
Masa kecil comel ja berlakon
Lagi pun waktu kurang Pelakon kanak2.

Bila menginjak dewasa
Terpinggir dah dia ni

Berapa kerat aja pelakun kanak2 yg menyerlah Selepas Akhil baligh
Quote Suchi 10-1-2021 03:04 PM
Skrg dia berlakon cite SMK kat ceria tu kan, satu2 nya drama yg iols kira ikut SOP hahah sebab pelakon semua pakai face shield dan mask.
Quote EvieWanKenobi 10-1-2021 03:38 PM
dah lain mukanya bila dah besau..
Quote bluebutter 10-1-2021 03:39 PM
tokchik: Masa kecil comel ja berlakonLagi pun waktu kurang Pelakon kanak2.Bila menginjak dewasaTerpinggir dah dia niBerapa kerat aja pelakun kanak2 yg menyerla ...

Dia tk lawa pakai tudung if dalam bidang ni. Entertainment. If nk kekal bertudung sila kerja bahagian office. Situ okay. Entertainer like her agak kurang sesuai bungkus kepala. Sorry my opinion agak harsh.
Quote adelea 10-1-2021 03:40 PM
bukan senang nak istiqomah ...
semoga berjaya dunia akhirat mia
Quote MakcikLaksa 10-1-2021 03:48 PM
Budak kecik (remaja?) kalau wtak bertudung mmg sush nk dpt job. Selalunya budak2, wtak anak2, semua yg free hair. Kalau wtak brtdung ni selalunya wanita dewasa, watak2 opis, wtak2 bff heroin, heroin ke, ada la yg pakai tdung.

Tggu ko lebih dewasa la baru brlakon dik
Quote remotechiever 10-1-2021 03:50 PM
bluebutter replied at 10-1-2021 03:39 PM
Dia tk lawa pakai tudung if dalam bidang ni. Entertainment. If nk kekal bertudung sila kerja bahag ...

Haha this one is very true. Mana ada and jarang orang entertainer ambil sakai2 jadi public figure (contoh). Tapi kalau pandai all out everything even kau pakai tudung boleh go on.
Quote ninja9 10-1-2021 04:00 PM
Dunia hiburan ada perkara yang tak semua memenuhi keinginan kita. Tak perlulah tersinggung sbb dah memang mcm tu. Barangkali ditawarkan sbb wataknya dah begitu, tolak shjlah dan move on. Cari kerja lain klu dah tak ada pendapatan dlm bidang ni
Quote Jorja 10-1-2021 04:06 PM
Comelnya budak ni
Quote newyork 10-1-2021 04:08 PM
Baguslah dia ni, ada pendirian ,
Quote tikusmontok 10-1-2021 04:16 PM
Demi sesuap nasik jgn dedah bahu ngan betis ya dik
Quote Skuau 10-1-2021 04:21 PM
Edited by Skuau at 10-1-2021 04:22 PM

Semua ni bergantung kpd..'APA CITER NK KITA CITERKAN'....dh Msia ni 'CITERNYA(Drama & movie)CAMTU JER'.....payah la....
Quote orkidorkido 10-1-2021 04:22 PM
Semoga istiqamah dik. Fokus study, aim higher in life. Lakonan tu layan macam hobi & passion saja. Barulah tak terdesak untuk ikut karenah industri hiburan ni. Lagipun adik ni masih di bawah saraan ibubapa, no rush to make money on your own.
Quote CiliPadiSedap 10-1-2021 04:24 PM
suri hati mr cariforum drama terbaru akasia tv3 jam 12 malam 30 febuari 2021
Quote irsa 10-1-2021 04:32 PM
Masa kecik2 dulu comel budak nie. Dah besar pon sheols skrg, nmpk lain sikit.. betulkan niat, fokus pd study tu dulu mia oiiii....
Quote hanahani 10-1-2021 05:08 PM
Suchi replied at 10-1-2021 03:04 PM
Skrg dia berlakon cite SMK kat ceria tu kan, satu2 nya drama yg iols kira ikut SOP hahah sebab pelak ...

Iols suka cerita SMK tuu, tak stress pon bila tgk. Enjoy je hahaha
Quote lattehazelnut 10-1-2021 05:46 PM
Ada je pelakon free hair n hijab..
Kalau xnak hijab, carik je la yang free hair simple..
Ada je market utk dua2.. bukan zaman jahillian lg..
Quote hasniey 10-1-2021 06:27 PM
Buat bisnes je la dikk..jd instafamous pon masyuk gak
Xyah hadap req2 manusia xpaham bahasa mcmtu
Quote dudaberhias 10-1-2021 06:32 PM
alaaa jangan la buka tudung...
banyak lagi rezeki cara lain...
tapi ye la kalau terpaksa buka ianya pilihan dia...

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.086523 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top