CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Bukan Insan Terpilih Berpoligami, Tapi Kalau Jadi Kena..." - Norman Hakim

11-1-2021 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11839| Komen: 61

Pelakon Norman Hakim, 45, merasa dirinya bukan kalangan insan terpilih untuk berpoligami meskipun dia dan isterinya, Memey Suhaiza ada berbincang mengenai perkara itu.

Norman berkata, hal berpoligami adalah sesuatu yang sangat subjektif dan jika berlaku suatu hari nanti, dia sudah menetapkan syarat-syarat untuk dirinya.



Kredit foto: IG Norman

"Saya dengan isteri (Memey) beberapa kali sembang-sembang juga bab-bab poligami ini, sekadar suka-suka. Yang penting, jangan ambil serius sangat kerana hal berkahwin ramai, ini adalah subjektif.

"Paling utama pastinya soal tanggungjawab, adil dan saksama. Dalam taddabur al-Quran sendiri banyak kali disebut. Untuk diri saya, saya sendiri sudah buat pengakuan jujur dengan isteri buat masa sekarang, saya bukan golongan insan yang terpilih.

"Kalau ada pun, saya sudah beritahu syarat-syaratnya. Yang pertama dan paling penting, dengan izin isteri. Yang kedua, tinggal sebumbung. Itu sahaja," katanya.


Bagaimanapun, Norman berkata dia cuma berkongsi suka-suka mengenai isu terbabit yang baginya bukan terlintas pun di fikiran buat masa ini.

"Tapi dari hati saya yang ikhlas, saya bukan dari golongan insan yang terpilih untuk berpoligami," katanya yang kini membintangi drama The Maid.


Kredit foto: IG Norman

Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 8, Muhammad Dikhriz Hakim, 6 dan Mikayla Delisha Hakim, 3.

Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Abby Abadi pada 2002 namun bercerai pada 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 18, Marissa Dania Hakim, 16, dan Danisha Hakim, 13.


Sumber: Harian Metro

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 11-1-2021 08:41 AM
Masih terbayang perang besar Abby-Norman-Memey dulu2
Quote barfi 11-1-2021 08:46 AM
Aku tak faham jenis lelaki yg nak kumpulkan isteri2 sebumbung ni..

Aku ni, kalau suami aku senyum kat pompuan lain depan aku pun hati aku dah berasap2..
Quote imanjannah 11-1-2021 08:50 AM
bunga2 ke tu abg norm.. hihi
Quote haryatie 11-1-2021 08:59 AM
tinggal serumahhhh
agak2 la kannn
kalau x mampu nk sediakan rumah lain
x yah la sibuk nak kahwin lagik
Quote Fafaaisa 11-1-2021 08:59 AM
Ada hati la tu...dh la nk suruh duk sebumbung..gilo
Quote MisXoXo 11-1-2021 09:02 AM
Xkannya dia buat gitu.NH dh selesa dgn hidup dia skrg.buat apa nk semak2 buat hal.hbs diragut semula bahagia yg dia build up selepas ujian dia dulu.sekadar sembang2 kosong letteww
Quote riyadhK 11-1-2021 09:02 AM
Duduk sebumbung senang nak celup bilik ke bilik.
Quote EvieWanKenobi 11-1-2021 09:10 AM
yelah tu..
Quote Getz 11-1-2021 09:12 AM
Big no sebumbung...nmpk ko tak.mampu
Quote ashcroft86 11-1-2021 09:12 AM
Terigt scene heols shirtless atas katil dalam Pasrah. Makin tua, makin hot.
Quote husna_amal 11-1-2021 09:29 AM
Makin segak abg norman ni
Quote HoneyManjer 11-1-2021 09:32 AM
aku ada member poligami tapi tinggal sebumbung...elok jek bini2...siap bini first bawa yg no2 g shopping, jenjalan, travel...

tapi member aku cakap, sementara nak kearah baik sampai camtu skali, payah la...

ikut la kan kot...walaupun di sisi agama tak bagi poligami duk sebumbung gini...

luls
Quote doubleA 11-1-2021 09:36 AM
Sebaik mana pun cemburu antara bini tetap ada. Sebab tu kalau nak bagi sorang bini, biar sorang lagi tak tahu. Apatah lagi sebumbung yg bini2 sendiri boleh tengok apa2 jadi
Quote Buritan 11-1-2021 09:36 AM
barfi replied at 11-1-2021 08:46 AM
Aku tak faham jenis lelaki yg nak kumpulkan isteri2 sebumbung ni..

Aku ni, kalau suami aku senyum ...

Kannnn.. aku pernah ckp kat laki aku.. aku nak.belajo menari tango lopes tengok cite shall we dance.. laki aku kata jommm.. aku kata aku tak nak partner dgn somi.aku.  ngamuk laki aku.. baru ckp main main.. kalo aku buat subgguh ontah.. sama je laa dgm pompuann pikirlaa jantan oii nak kawin byk.. soal hati dan perssaan.. hangpa ingat pompuan ni takdak hati.. hello babi pun jeles kalo partneer dia kena kebas
Quote Buritan 11-1-2021 09:37 AM
husna_amal replied at 11-1-2021 09:29 AM
Makin segak abg norman ni

Tanda nak tmbh cawangan ke..
Quote Buritan 11-1-2021 09:38 AM
Getz replied at 11-1-2021 09:12 AM
Big no sebumbung...nmpk ko tak.mampu

Giloo.. kucing jntn dgn kucing jntn lain pun tak msmpu sereban..
Quote Buritan 11-1-2021 09:39 AM
MisXoXo replied at 11-1-2021 09:02 AM
Xkannya dia buat gitu.NH dh selesa dgn hidup dia skrg.buat apa nk semak2 buat hal.hbs diragut semula ...

Tak jugak.. dulu dgn abby.. lawa ade.. anak ade.. ape yg tak cukup tahh..
Quote haruslah 11-1-2021 09:40 AM
Ni sbb citer yg kawen 4 tu ke
Rabu hari tu
Mcm best jer
Quote Nenasketum 11-1-2021 10:37 AM
Ini another level dari kawen mutaah geng Syiah, menghalalkan 3some, so awesome

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.066036 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top