CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Dijangkiti Covid-19, Lelaki Pagar Rumah Dengan Zink

11-1-2021 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3030| Komen: 12

Lelaki tekad melindungi diri daripada jangkitan Covid-19 dengan memagar rumahnya menggunakan zink.

Harian Metro memetik TribunNews melaporkan, kejadian berlaku di Desa Ajibarang Wetan, Jawa Tengah.



Kredit foto: TribunNews

Difahamkan, Sabar Suharno, 46, diselubungi perasaan takut selepas melihat pertambahan kes setiap hari, lebih-lebih lagi apabila seorang jirannya meninggal dunia akibat virus itu.

Sabar tidak ambil kisah, sebaliknya hanya berusaha menjaga diri walaupun tindakannya dipandang sinis jiran.


Jelasnya, sejak memasang zink dua minggu lalu, pergerakannya terbatas selain mengurangkan interaksi dengan orang luar.

Justeru, dia hanya bergantung kepada perkhidmatan jualan atas talian serta penjual barangan harian yang berniaga di kampungnya untuk membeli keperluan bagi mengelak keluar rumah.

Bagaimanapun, dia memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pergerakan di luar rumah.  - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote groundfloor 11-1-2021 08:49 AM
Dia beringat...
Quote Bholatchomel 11-1-2021 08:57 AM
Mesti macam sauna rumah dia
Quote darkness 11-1-2021 09:59 AM
Beringat sebelum terkena, dah terkena dah tak guna
Quote SepupuBen10 11-1-2021 10:01 AM
Memasak zink ye..membuat pasak? Adake term memasak utk pasang pasak?
Quote rospinki 11-1-2021 10:02 AM
alasan yg bagus utk menikmati saat sebagai insan introvert dengan sepuasnya.
Quote dudaberhias 11-1-2021 10:05 AM
ok dan lagi mulia dari makhluk2 bercuti tak hengat dunia yang tak jaga sop dan pergi jalan kehulu kehilir...
Quote dodolgemok 11-1-2021 10:13 AM
Ni ke perangai org jawa yg hebat politik bak kata sorang poremer jawa andartu tersebut
Quote domestobot 11-1-2021 10:41 AM
aku ingatkan dia pagar rumah dengan zikir
Quote lattehazelnut 11-1-2021 12:20 PM
Mungkin dia ada penyakit 3 serangkai.. better safe then sorry..
Quote NekNgah 11-1-2021 02:04 PM
Itu rumah dia, biarlah.  Dia berusaha melindungi keluarga dari wabak, lepas tu tawakkal ajelah.
Quote helicornia 11-1-2021 05:42 PM
mmg betul la tu rumah dia
tp klu ada apa2 emergency susah.jiran tak nampak/tak dengar
Quote depresio 11-1-2021 11:15 PM
Bagus sangat3.. mmg patut

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.048965 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top