Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai pelakon Natasha Hudson yang dikecam kerana menggayakan gaun mendedahkan bahagian bahu. Terbaru, Rizman Ruzaini memuat naik gambar personaliti masakan YouTube, Sugu Pavithra ketika sesi fotografi tahun lalu memakai gaun sama seperti Natasha.
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai, Rizman Ruzaini berkongsikan Pavithra yang kurang selesa dengan gaun tersebut pernah meminta agar bahagian terdedah itu ditutup. “Gaun ini dipinjam untuk sesi penggambaran dan mereka turut membawa penata gaya memantau sesi fotografi itu. “Malangnya, gaun itu terlalu terdedah untuk Pavithra, yang mana Pavithra kurang selesa. Dia kemudiannya meminta agar bahunya ditutup dengan sempurna,” katanya. Rizman Ruzini berkata, permintaan Pavithra itu dipersetujui oleh penata gaya yang berada di set penggambaran dan semua pihak. Perkongsian Rizman Ruzaini itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat pereka fesyen itu serta mengagumi tindakan Pavithra. Netizen turut memberi komen pedas mengatakan orang yang bukan Islam mahu menutup bahu sedangkan yang Islam sengaja biarkan terdedah untuk cetuskan kontroversi. Terdahulu, Rizman meluahkan rasa kesal dan terkejut dengan tindakan pelakon tersebut dan menganggap ia telah mencalarkan reputasi dan imej yang dibina mereka sepanjang 15 tahun dalam industri fesyen. Sumber: RotiKaya |
dudaberhias replied at 11-1-2021 09:52 AM
omg bukan nak citer pasal pavithra atau nh... tapi rizman ya ampunnn kelempok sungguh dalam pic tu.. ...
dudaberhias replied at 11-1-2021 09:52 AM
omg bukan nak citer pasal pavithra atau nh... tapi rizman ya ampunnn kelempok sungguh dalam pic tu.. ...
TerataiMelur02 replied at 11-1-2021 10:08 AM
I perasan RR pun keluarkan minuman sachet yg kononnya boleh bagi kurus.. Sama je macam fazura, put ...
dudaberhias replied at 11-1-2021 09:52 AM
omg bukan nak citer pasal pavithra atau nh... tapi rizman ya ampunnn kelempok sungguh dalam pic tu.. ...
akumak replied at 11-1-2021 10:37 AM
Semalam lalu kat ig explore aku, elok je tasha pakai yg ada bahu. Aku nak upload format not supporte ...
ADVERTISEMENT