CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Semoga 'Kegagahan' Isteri Kekal Ke Jannah" - Shuk Berterima Kasih Isteri Setia

11-1-2021 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5849| Komen: 27

Hampir goyah dek kontroversi konon wujud 'orang ketiga', penyampai stesen radio Hot FM, Shuk Sahar bersyukur rumah tangga dibina dengan isteri tersayang, terus utuh.


Kredit foto: IG Shuk


Pada 20 Disember lalu, Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah meraikan ulang tahun kelima perkahwinan yang mengurniakan mereka dua cahaya mata.

Atas nikmat diberi, Shuk berterima kasih kepada isterinya yang setia bersama.

"Terima kasih isteri kerana hingga hari ini masih bersama. Dialah yang terus setia menguruskan makan pakai saya dan anak.

"Gelaran isteri bukan biasa untuk digalas wanita. Kalau orang kata lelaki selalu nampak gagah, tidak semestinya boleh dibandingkan dengan wanita bergelar isteri.

"Semoga 'kegagahan' isteri saya kekal ke Jannah. Kalaulah 'kegagahan' isteri dapat dilihat secara fizikal, barangkali isteri saya sudah tampak seperti ahli bina badan.


"Terima kasih kerana membahagiakan saya dan anak. Maaf atas kekurangan saya selama ini," katanya kepada BH Online.



Dalam perkembangan lain, Shuk atau nama sebenar, Mohammad Shukri Mohamed Sahar terus mendapat kepercayaan penerbit mengacarakan program popular.

"Tahun ini, masuk musim keempat saya mengacarakan program muzik misteri, I Can See Your Voice Malaysia.

"Alhamdulillah, rezeki masih berpihak kepada saya dan Sean Lee. Uji bakat pun sudah bermula.

"Saya berterima kasih kepada penerbit Mas Ayu yang memberi kepercayaan saya mengemudi pertandingan itu dari musim pertama lagi," katanya.

Mengendalikan Geng Pagi Hot FM bersama Fizie dan Shuib, Shuk terus memberi perhatian utama kepada tugas di stesen radio.




"Semuanya menyeronokkan dan istilah 'overshadow' (bersaing) antara kami tidak pernah wujud," katanya yang bersaing dalam program realiti, Muzikal Lawak Superstar melalui kumpulan Mashuk berganding dengan Mark Adam dan Achey.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sweetgirl 11-1-2021 11:25 AM
dah dapat wife baik mcm tu sila la bersyukur yer en shuk... jgn la sakitkan hati dia lg dgn sifat gatal kamu itu
Quote KelisaOren 11-1-2021 11:29 AM
Dah buat hal puji bini melambung, lepas tu buat hal balik pujuk lagi dan lagi, akhirnya bini pun pasrah menyerah....kalau ko betul2 sayang n hargai bini takde la sanggup hancurkan hati dia wahai jantan durjana
Quote azwanaliori 11-1-2021 11:48 AM
jijik sgt perangai die yg suke sondol betina lain tp bini die pulak yg dia harapkan gagah dan setia

Quote lattehazelnut 11-1-2021 12:15 PM
Sblm kawin lg kan perangai dia mcm tu..
I rasa mungkin bini jenis xkisah janji kawin n hidup mewah gitu..
Quote jalfa 11-1-2021 12:22 PM
Apa bini kesah..janji duit masyukkk.....apalah sgt syuk tu...hemsem pon idok....kacak jauh sekali
Quote BoongaKertas 11-1-2021 12:27 PM
entahlah, iols nak puji wife dia tabah pun iols rasa kesian sbb setabah mana wanita tu, gugur gak airmata dia (itu pasti). semoga yg baik2 jer utk kamu wahai isteri syuk.
Quote Campanula 11-1-2021 12:31 PM
elok je lagi keluar dengan perempuan gila tu....baru minggu lepas aku nampak..aku husnozon je la..maybe korang jadi bestfriend skrg..atau officemate..atau platonik friend..
Quote azwanaliori 11-1-2021 12:34 PM
Campanula: elok je lagi keluar dengan perempuan gila tu....baru minggu lepas aku nampak..aku husnozon je la..maybe korang jadi bestfriend skrg..atau officemate.. ...


seriuslaaaa  x gune punye jantan
Quote Fafaaisa 11-1-2021 12:40 PM
Bila teringat kontroversi dia tu, terasa agak geli yach
Quote msel 11-1-2021 12:44 PM
Kau pun kenalah setia jugak. Sampai bila nk hidup dalam maksiat (kalau betul tak insaf2 lagi). Takkan la sebab harta sanggup bertahan walaupun sah2 suami ber ehem dgn perempuan lain.. {:yameteh
Quote bambimbom 11-1-2021 12:58 PM
minggu lepas drama kampung pisang bersiri2.. episod org minyak.. syuk yg jd org minyak tu... sesuai sgt dgn karakter tu..pandai mamat khalid amek dia... mmg gatal abes...
Quote depresio 11-1-2021 01:09 PM
Whatever it is aku salute jantan yg curang tapi masih setia ngan isteri yg no 1.
Dia syg bini cuma ujian hidup dia la nafsu kuda

So aku nak bgtahula isteri no 1 jangn risau kalu laki curg tapi masih setia. Masih balik rumah cuba smebunyi2 buat semua tu..Tu tanda dia sgt sy dgn anda . Masih hargai anda cuma yelah dugaan lelaki. Perempuan
Pompuan lain yg dia layan tu takkan sama dgn anda lansung..
anda ada tempat yg istimewa di hati dia sbg suami..

Tapi kalu asyik tak blik nafkah tak bg layan pon ala kadar
Minta cerai jelah
Jangan tunggu lagi
Quote Nenasketum 11-1-2021 01:13 PM
Campanula replied at 11-1-2021 12:31 PM
elok je lagi keluar dengan perempuan gila tu....baru minggu lepas aku nampak..aku husnozon je la..ma ...

Laaaa iyer ke? Bff gamoknyer hahaha. Lelaki tak berapa nak helok untuk ponti mental
Quote Campanula 11-1-2021 02:13 PM
azwanaliori replied at 11-1-2021 12:34 PM
seriuslaaaa  x gune punye jantan

status diorang nye hubungan aku x tau la apa...tapi diorang makan berdua la..
Quote Pamelaloba 11-1-2021 02:16 PM
Shuk ni nampak masam kuat berpeluh
Quote Campanula 11-1-2021 02:17 PM
Nenasketum replied at 11-1-2021 01:13 PM
Laaaa iyer ke? Bff gamoknyer hahaha. Lelaki tak berapa nak helok untuk ponti mental

tu la bila nampak tu..terkejut jap, ingat dah insaf..tp apa yg aku nampak secara kasar la..duk makan kan x buat menda pelik..maybe cam ko cakap la..BFF..hahahaha..
Quote Megikari 11-1-2021 02:53 PM
Hmmm.. Ye la tu. Bini hang memang setia n tabah. Hang je yg sebaliknya. So kesimpulannya, u dont deserve her.
Quote carlalily 11-1-2021 02:58 PM
Terbalik ye sekarang. Pompuan pulak kena jadi kuat tabah blabla. Yang lelaki jadi kaum yang lemah dah ke?
Quote Zeatyisaac 11-1-2021 08:02 PM
Syuk ni memang menepati kata2 pujangga: Dahlah rupa hauk, perangai pun hauk. Syuk telah membuktikannya.

Semoga Syuk berubah dan menepati pepatah: Biar hauk rupa jangan hauk perangai.  

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.112760 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top