Pengalaman berbelas tahun sebagai pelakon dan hingga kini masih lagi aktif membintangi drama, diakui menjadi sandaran ilmu serta pengalaman berharga buat Intan Ladyana.
Bahkan, Intan, 39, dengan beraninya kini cekal hati menyahut cabaran mengorak langkah baharu sebagai penerbit dan juga pengarah filem. Menubuhkan syarikat produksi dikenali Prisma Pictures Sdn Bhd pada 2018 lalu, Intan bakal menerbitkan filem seram berjudul Banglo Seksyen 12 yang diinspirasi daripada novel nukilan Hasrudi Jawawi. Mengulas mengenai tanggungjawab baharunya itu, Intan berkata, sudah tiba masa dia mencuba cabang lain dalam kerjaya seni. Katanya sampai bila dia hendak terus dikenali sebagai pelakon sahaja. "Sebenarnya, sebelum ini ramai wartawan pernah tanya saya apakah impian yang mahu dicapai dalam kerjaya seni? Ketika itu, saya tak cakap apa pun kerana impian ini (jadi penerbit dan pengarah) belum dapat direalisasikan lagj. "Ditambah, saya ini seorang yang tidak gemar bercakap atau berkongsi perkara yang tidak ada. Bagaimanapun, sekarang dengan perasaan teruja saya mengaku sudah sedia duduk di kerusi pengarah pula. "Saya memang ada impian pun nak jadi penerbit dan pengarah selama ini. Cuma, tunggu masa sesuai dan juga rezeki. Alhamdulillah, sekarang adalah waktunya saya melakukan tanggungjawab ini berpandukan ilmu dan pengalaman lakonan yang dimiliki," katanya. Menurut Intan, bagi memastikan filem arahannya itu berjaya dihasilkan dengan baik, dia turut mendapat kerjasama daripada rakannya, Dharma Nasution yang bertindak sebagai pengarah bersama. Turut menjadi pelakon utama dalam filem Banglo Seksyen 12 itu, Intan berkata, dia memilih untuk terbitkan genre seram sebagai buah tangan pertama syarikat produksinya kerana pengalaman membintangi banyak karya berunsurkan cerita hantu.
|
pakwetizzaqyah replied at 11-1-2021 02:08 PM
filem 10 tips dpt laki muda ke?
hahahahha
ADVERTISEMENT