CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemuda Tampan "Tersepit" Digoda Isteri Orang, Siap Kena Sihir Pengasih

11-1-2021 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3313| Komen: 12

HAFIZ dikatakan terkena sihir pengasih selepas sering teringatkan isteri orang di pejabatnya. – gambar hiasan



MENGIMBAU peristiwa dua tahun lalu membuatkan Hafiz (bukan nama sebenar) terasa sangat perit dan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Pemuda berusia 29 tahun itu tidak menyangka keputusannya untuk menerima tawaran bekerja di sebuah syarikat swasta di selatan tanah air telah meninggalkan pengalaman pahit yang sukar dilupakan.

Tempat kerja itu boleh dikatakan cukup sempurna pada peringkat awal kerana rakan-rakan sekerjanya sangat peramah dan majikan juga baik apatah lagi gaji diterima agak lumayan.

Tanpa disedari, rupa-rupanya ada sepasang ‘mata’ yang tertarik dengan ketampanan pemuda tersebut.


Namun, yang tidak ‘manis’ wanita tersebut merupakan isteri orang dan ibu kepada dua orang cahaya mata.

“Saya sungguh tidak menyangka wanita tersebut yang merupakan pengurus di situ cuba bermain cinta dan ingin berlaku curang di belakang suaminya.

“Seringkali wanita itu cuba mendekati saya dengan memberikan pelbagai alasan seperti meminta saya membetulkan komputer dan membaiki lampu yang jauh sekali lari daripada skop tugas di situ,” katanya memulakan bicara.

Saban hari, tingkah laku wanita tersebut yang lima tahun lebih tua daripadanya semakin ‘ligat’ dan mencuba pelbagai helah untuk mendekati lelaki berasal dari Pantai Timur itu.

Jelas Hafiz, dia berasa sangat tidak selesa dengan suasana yang agak menjengkelkan itu tetapi apakan daya dia terpaksa akur walaupun hatinya menolak keras.

“Saya berasa pelik dan tertanya-tanya kenapa dia cuba berbuat demikian sedangkan rumah tangganya kelihatan bahagia, dikurniakan suaminya baik dan dua orang anak yang sangat comel.

“Walaupun berasa tidak selesa dengan tingkah-laku wanita tersebut tetapi saya tetap meneruskan pekerjaan seperti biasa kerana memikirkan tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga,” tutur anak sulung daripada enam beradik itu lagi.

SELEPAS berubat, Hafiz nekad berhenti kerja kerana tidak mahu perkara buruk berlaku ke atas dirinya. – Gambar hiasan

Apa yang membuatkan Hafiz berasa tidak tenang apabila rakan sekerjanya turut berkongsi kisah dengan mendakwa, wanita tersebut pernah menjalin hubungan sulit dengan salah seorang pekerja di situ.

Mengucap panjang Hafiz apabila mendengarkan perkara tersebut dan bertekad dia tidak akan sesekali berbuat perkara terkutuk itu apatah lagi dengan isteri orang.

Bagaimanapun, perasaan itu tidak lama selepas dia tiba-tiba sering teringatkan wanita berkenaan dan perasaan rindu menjelma dalam diri, sedangkan sebelum ini jauh sekali hendak memikirkannya.

Perubahan diri pemuda itu juga disedari rakan serumah yang juga abang sepupunya yang mengesyaki dia sudah terkena sihir.

Hafiz dinasihatkan agar kurang berjumpa dengan wanita tersebut bagi mengelak sebarang perkara buruk berlaku.

Hafiz yang bagaikan kemaruk cinta tidak menghiraukan nasihat sepupunya itu.

“Risau akan keadaan saya, abang sepupu telah menghubungi kawannya yang ‘pandai’ mengubati penyakit terkena sihir.

“Hasil daripada pengamatan kawannya, saya dikatakan terkena sihir pengasih,” tutur pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan itu.

Walaupun perkara itu diberitahu oleh abang sepupu tetapi Hafiz tidak percaya dan menolak keras perkara tersebut.

Tidak mahu membiarkan Hafiz terus hanyut dalam cinta palsu itu, abang sepupunya membawa pemuda itu untuk membuat rawatan.

“Syukur alhamdulillah, selepas rawatan itu badan dan fikiran terasa beransur pulih serta mampu berfikir dengan waras.

“Saya mengambil cuti rehat selama seminggu untuk menenangkan fikiran,” ujarnya.

Dalam berat hati, Hafiz telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi mengelakkan sesuatu lebih buruk pada masa akan datang.




Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 11-1-2021 01:00 PM
Bukan dah ada ke benang psl ni?reputsss curi jah benang poremer bukak?tak berkualiti nyaa reputs..sekadar curi dan ceduk jah?xde integriti lgsg..sekor bukak benang ceduk ig,socmed..xde primary n raw sources lgsg..booooo yaaa~{:nose
Quote otai_g 11-1-2021 01:21 PM
Ada jgk buaya yg menolak bangkai yer
Quote groundfloor 11-1-2021 01:25 PM
otai_g replied at 11-1-2021 01:21 PM
Ada jgk buaya yg menolak bangkai yer

Tolak dosa bang...
Quote rastaf 11-1-2021 01:27 PM
otai_g replied at 11-1-2021 01:21 PM
Ada jgk buaya yg menolak bangkai yer


tak taste kot. kertu dan kepam mungkin



Quote otai_g 11-1-2021 01:28 PM
rastaf replied at 11-1-2021 01:27 PM
tak taste kot. kertu dan kepam mungkin

Ha pendapat ni blh diterima.
Quote HuoJingJue 11-1-2021 03:06 PM
takpe, akauntan senang dapat kerja baru
Quote eyansss 11-1-2021 04:04 PM
salmon-suki replied at 11-1-2021 01:00 PM
Bukan dah ada ke benang psl ni?reputsss curi jah benang poremer bukak?tak berkualiti nyaa reputs..se ...

waddayaespek dengan reputs cari ni...  hahaha...  kemahiran diorang menghijack thread forumer or buat thread sama dengan forumer pastu tak pasal2 thread forumer kena merge dengan thread sampah reput cari...

Quote jasmeen 11-1-2021 06:02 PM
rastaf replied at 11-1-2021 01:27 PM
tak taste kot. kertu dan kepam mungkin

kalau cantik wangi macamana?
Quote buragazz 12-1-2021 08:21 AM
otai_g replied at 11-1-2021 01:21 PM
Ada jgk buaya yg menolak bangkai yer

Ntah2 buaya lemari...
Quote otai_g 12-1-2021 12:33 PM
buragazz replied at 12-1-2021 08:21 AM
Ntah2 buaya lemari...

Ke buaya gay. Haha..
Quote nanies 12-1-2021 03:28 PM
hurm... citer benar ke ni...
Quote ReginaGeorge 12-3-2021 02:47 AM
Wanita itu baru nak fefeeling hot. Bagilah peluang {:hero dia pon nak merasa balik perasaan zaman anak dara {:thief

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.132902 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top