CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nampak Macam Baby Bump, Marsha Milan Hamil?

11-1-2021 01:39 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 5147| Komen: 10|Original author: Oleh: Saiful

Marsha Milan Londoh disangka mengandung gara-gara memakai baju yang menggelembung di bahagian perut.

Kata penyanyi ini dia hanya kekenyangan selepas menikmati nasi dua pinggan.


Tak mahu peminat terus keliru, Marsha memuat naik dua gambar, satu kelihatan macam ada 'baby bump', satu lagi menunjukkan perutnya yang kempis.

Foto: IG

"Alhamdulillah, kenyang dua pinggan nasi tapau. Da... da tidak payah ditanya mengandung ke tak, jawapannya tidak. Swipe right untuk bukti..." tulisnya di Instagram.

Bagaimanapun di ruangan komen, peminat sentiasa mendoakan Marsha akan dikurniakan zuriat suatu hari nanti.



Pengurus Marsha, Azlan Zanuddin berkata, "Marsha belum mengandung. Lagipun, Marsha sibuk dengan dengan penggambaran dan komitmen kerja. Bagaimanapun, doakan semoga Marsha dikurniakan rezeki menimang cahaya mata."

Marsha dan suaminya Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail dah berkahwin sejak tahun 2015.

"Pada awal perkahwinan, saya agak tertekan apabila sering kali diajukan soalan yang sama. Saya berasakan seolah-olah ada yang sengaja mahu menyindir. Bagaimanapun, kini, saya semakin lali dan hanya berfikiran positif." -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 11-1-2021 01:44 PM
Dia dah jawab tak mengandung pe. Alahai
Quote MsKathryn 11-1-2021 01:46 PM
Nmpk mcm mengandung gambar yg tgh duduk tu...
Quote nura19 11-1-2021 01:59 PM
Semoga ade rezeki utk die...suka tgk penampilan sopan sejak die dh kawin...
Quote zuliana29 11-1-2021 02:03 PM
yes.. yg ttcian ni perut mudah nmpk moncet mcm preggy..
semoga ada rezeki preggy nanti..
Quote sehirkedi 11-1-2021 02:09 PM
Marsha ni pandai bawa diri lepas berkahwin. Nampak sentiasa cantik dan wangi
Quote Adeakukesah11 11-1-2021 02:09 PM
Dia dah jawap tk pregnant. Next!!!!
Quote orkidorkido 11-1-2021 03:25 PM
She really wanting it. Semoga dimurahkan rezeki & dapat cahayamata
Quote RooneyMara 11-1-2021 03:35 PM
zuliana29: yes.. yg ttcian ni perut mudah nmpk moncet mcm preggy.. semoga ada rezeki preggy nanti..

Yes betul. I faham sgt. Bukan apa, sbb taknak workout after ovulation period, sbb takut pregnant. Tp bila makan n tak workout, makan nya naik la perut tu. Especially kalau dah masuk 30s, cepat sgt muncittt
Quote Shayang 11-1-2021 03:44 PM
Semoga ada rejeki marsha utk menimang cahaya mata, insyaAllah.
Quote makcun14 11-1-2021 08:58 PM
Laki she ols pun boolat. So together gether kekdahnya.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.052568 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top