CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Dari Klang... Saya Tidak Kisah Tentang COVID-19!'

12-1-2021 12:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5890| Komen: 28


Adakah benar kita akan peduli pada kepentingan orang lain, jika kesihatan dan keselamatan diri sendiri pun tidak terjaga? - Gambar hiasan



*Ini adalah artikel bersifat sindiran (sarcasm) dan isi yang dikarang hanya rekaan semata-mata...


ADA AKU KISAH?

Dengar khabar, sejak beberapa minggu lalu, kes-kes COVID-19 di sekitar Klang dan Petaling Jaya naik mendadak. Dari ratusan kes di Selangor kini sudah cecah ribuan kes.

Jadi? Apakah saya dan keluarga saya kena perapkan diri di dalam rumah sahaja? Bukan hanya saya, maksud saya semua orang, kawan-kawan, jiran, sanak-saudara, janganlah harap kami untuk duduk dalam rumah sahaja.

Saya tak kisah pun kalau frontliners kena kerja lebih masa, meninggalkan anak-anak di rumah orang kerana takut dijangkiti, terpaksa memakai sut PPE selama berjam-jam, dengar khabar ada yang rasa lemas dalam sut PPE kerana memakai lebih 12 jam semata-mata untuk berkhidmat demi mengawal penyebaran virus ini.

Saya tak kisah pun kalau pihak berkuasa seperti polis terpaksa bekerja lebih masa merisikokan diri dengan terdedah kepada virus korona; setiap hari ada sahaja kes orang meninggal dunia kerana COVID-19 dan ahli keluarga berpisah dengan pesakit sejak dikuarantin, termasuk anak kecil.

Saya tak kisah pun kalau ibu mengandung, mereka yang berpenyakit kronik, anak kecil dan orang tua mungkin antara golongan berisiko tinggi terdedah kepada pandemik ini hanya kerana saya adalah 'carrier' atau pembawa yang boleh menyebarkan virus tersebut.


Ada saya kisah?

Saya keluar rumah ikut suka hati saya, bawa anak-anak bersiar di pusat beli-belah, termasuk di kawasan zon merah. Saya biarkan anak berjalan di pasar raya ketika pergi membeli-belah tanpa memakai pelitup muka. Tak percaya, jom ikut saya ke mana-mana tempat awam, ramai yang yang se'geng' dengan saya, kami tak kisah.

Apabila Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkali-kali beri amaran dan ingatan supaya tidak keluar rumah kecuali bila benar-benar perlu sahaja, saya cepat-cepat merancang untuk bercuti ke destinasi percutian di negeri zon hijau. Saya tak kisah walaupun saya saya dari zon merah.

Kenapa perlu saya kisah, lihat sahaja jumlah kereta di atas jalan, bukan main banyak lagi! Hari-hari sesak khususnya di jalan Lebuhraya Persekutuan. Lihat sahaja pusat beli-belah di kawasan zon merah, yang dipenuhi orang ramai termasuk si kecil. Ibu bapa pula teruja kongsi gambar anak di tempat awam dalam laman sosial tanpa rasa bersalah.

Kenapa perlu saya kisah, lihat sahaja betapa hotel-hotel di kawasan destinasi pelancongan semakin mendapat tempahan, menunjukkan sesiapa sahaja boleh berjalan-jalan tanpa mengendahkan situasi kesihatan dan amaran pihak berkuasa.

Kenapa perlu saya kisah, kalau kami dibenarkan merentas negeri dan pulang ke kampung halaman, contohnya pada musim cuti Krismas yang lepas, jam teruk di lebuh raya Utara Selatan di Ipoh.

Kenapa perlu saya kisah, kalau pelajar di luar negeri pun dibenarkan masuk dan berinteraksi sesama komuniti, saya pun mahu berjalan juga!


Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Pakai pelitup muka pun ala kadar, sampaikan pelitup muka diguna semula berkali-kali atau diletak merata. Dibuang pun merata-rata.

Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Sanitasi tangan hampir tidak dilakukan kecuali ada pihak berkuasa yang memerhati. Sanitasi tangan dicampur air untuk mengurangkan beban belanja termasuk di kedai dan restoran.

Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Hanya dengan kehadiran pihak berkuasa, jarak satu meter diamal, itu pun selepas mereka meninggalkan premis, kami buat ikut suka. Kami peluk, kami salam, kami saling bersentuhan, suap-menyuap dan sebagainya.

Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Imbas My Sejahtera? Itupun kalau ada pihak berkuasa juga, kalau tidak, saya tidak hairan pun keberadaannya. Saya keluar masuk premis ikut suka, kalau imbas pun tidak, periksa suhu, apatah lagi.

Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Mencuci kaki dan tangan menggunakan sabun dan mandi selepas pulang dari luar? Tak perlu lagi kerana kami sudah hilang takut dengan Covid-19. Malah kami rasa kebal dan mustahil akan dijangkiti virus ini, jadi apa masalahnya?

Saya tak kisah!

* Nizha Periaswamy ialah penulis bebas yang pernah berkecimpung dalam dunia kewartawanan. Memilih untuk menulis dalam bentuk sindiran khususnya bagi isu semasa dan bukan penggemar politik.


Sumber : Astro Awani
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 12-1-2021 12:36 AM
Cari-Habbatus Zaudah
Quote Kurex 12-1-2021 12:49 AM
Area opis aku redzone. Selamba opismate aku tak ikut sop. Lepas tu kata "kalau nak kena, kena je. takdir. Nak mati, mati jugak". Lepas tu ejek aku sebab takut. Aku cakap memang takut sebab takut terjangkit orang lain.. dan ianya adalah dari leluhurrrrrr... Teka je la
Quote caprut 12-1-2021 01:01 AM
Kurex replied at 12-1-2021 12:49 AM
Area opis aku redzone. Selamba opismate aku tak ikut sop. Lepas tu kata "kalau nak kena, kena je. ta ...

Skrg aku nk tahu btol ke statistik kematian setiap petang tu? Semalam viral wanita umur 32 thun meninggal sebab covid jatuh bilik air. Self quaratine dkt rumah. Da lemah sangat then jatuh bilik air. Fb dia nazira hussin. Tp tk masok statistik pon. Byk da aku dgar kematian sbb covid tp tgok statistik xde pula
Quote kakikuDibibirmu 12-1-2021 01:12 AM
Quote eyansss 12-1-2021 01:25 AM
caprut replied at 12-1-2021 01:01 AM
Skrg aku nk tahu btol ke statistik kematian setiap petang tu? Semalam viral wanita umur 32 thun me ...

maybe punca kematian dia diklasifikasikan sebagai jatuh bilik air...  tu yang tak masuk statistik tu kot...
Quote kakikuDibibirmu 12-1-2021 01:27 AM
Berapa banyak bilik air dah yang dah mati sebab covid ni?
Quote honeybee1802 12-1-2021 01:29 AM
caprut replied at 12-1-2021 01:01 AM
Skrg aku nk tahu btol ke statistik kematian setiap petang tu? Semalam viral wanita umur 32 thun me ...

Tak msk ari ni..mungkin akan msk the next day...sbb cprc akan kumpul data seluruh negara tskat pkl baper ntah sehari...
Quote caprut 12-1-2021 01:31 AM
kakikuDibibirmu replied at 12-1-2021 01:27 AM
Berapa banyak bilik air dah yang dah mati sebab covid ni?

Entah la u all. Abg aku ckp kwan dia mati masa sama2 hiking. Kebumi cara covid. Tp tk masok statistik. Staff nurse klinik ibu dan anak ckp patient mati intubated covid tp x msok statistik. So, skrg ayat baru. Bukan mati sebab covid tp mati bersama covid
Quote caprut 12-1-2021 01:33 AM
honeybee1802 replied at 12-1-2021 01:29 AM
Tak msk ari ni..mungkin akan msk the next day...sbb cprc akan kumpul data seluruh negara tskat pkl ...

Byk da dkt klang tu mati tp x msok statistik. Suami pengasuh kawan kjer aku mati ckp sbb covid da bbrp mggu tp x msok pon statistik
Quote caprut 12-1-2021 01:33 AM
eyansss replied at 12-1-2021 01:25 AM
maybe punca kematian dia diklasifikasikan sebagai jatuh bilik air...  tu yang tak masuk statistik  ...

Jenuh jugak doktor forensik nk tntukan sebab kematian. Haha
Quote Kurex 12-1-2021 01:36 AM
caprut replied at 12-1-2021 01:01 AM
Skrg aku nk tahu btol ke statistik kematian setiap petang tu? Semalam viral wanita umur 32 thun me ...

Tu aku tak tau nak kata betul ke tak..
Quote nolya 12-1-2021 02:06 AM
Sebuah nukilan yg  disampaikan, kononnya dlm bentuk satu  sindiran/ sarcasm,  saya mencari satu sudut  pengertian  bagaimana  harus  menanggapinya  sesuai maksud  yg  hendak  disampaikan.  

Dgn sub  tajuk  'Ada Saya Kisah'  dpt  diciduk  gambaran betapa manusia  yg bersikap selfish/mementingkan diri  dan  merasa  iri/ cemburu  atas  ketidakpatuhan  oleh orang lain.   Kerajaan  yg  membuat aturan2 yg serba  menyekat, sebenarnya adalah  demi  kemaslahatan  kesihatan rakyat sendiri.  Tanyalah  kpd  sema  orang  adakah  mereka  suka  bila diperintah  untuk  patuhi arahan?  Jawapannya pasti  tidak.  Akan tetapi  rakyat  tak ade pilihan, suka tak suka  wajib  pakai  masker/mask.  Suka  tak  suka  kena  duduk rumah  dn  tidak  berpleseran.  Jika  perlu,  ya  silakan,  selesai  urusan, baliklah ke rumah.  Akan tetapi  tetap  shj  ada  orang2  yg degil  dn tak  endahkan  perintah  aturan.  Agak2  kalau  kita  tanya  mereka kenapa,  apakah  jawapan  molek  yg akan kita dapatkan?  

Bolehkah kita  terima  jawapan  "suka akulah,  hak  aku  tak  nak  pakai  mask.  Suka  akulah  kalau  nak  jalan2 sekelarga dgn  anak2".   Ketika  tak ade covid,  itu  memang  bukan hak ntk menyuruh  rakyat  mematuhi  arahan kerajaan, namun dlm keadaan  covid  yg  mengganas menggila dn mematikan,  ketidakpatuhan  mereka  yg  degil  menjadi  hak  ramai  membantah  lantas  diberi sanksi/saman.  Maka jgn  pula  ada  di antara rakyat  lain  merasa  iri  untuk  sama2  degil  tak  mau  ikut  arahan dn  kemudian  dgn lantang  menempik  'Ada Aku Kesah'.  Drp  sekelompok  orang2 yg tak  kesah  itulah yg  menjadikan  virus  mewabah  tak kebah2.   Dan  kalau pula  ada  dlm  keluarga sendiri yg rebah,  baru  ambil  pendekatan  "ayuh!  sama2lah  kita  ikut  perintah."
Quote annehuda 12-1-2021 04:36 AM
caprut replied at 12-1-2021 01:31 AM
Entah la u all. Abg aku ckp kwan dia mati masa sama2 hiking. Kebumi cara covid. Tp tk masok statis ...

Macam mane diorg tau tak masuk statistik sedangkan laporan hari2 mane ade letak nama pun?
Quote Rogue98 12-1-2021 06:59 AM
Menteri2 pun tak kisah...
Angka statistics tu betul ke...kadang tu sakit biasa tapi bila pergi hospital terus kena corvid.
Pastu kalau tengok jumlah angka baru positive dan angka yg sembuh beza lebih kurang 1000...ikut logic lah kalau average harian camtu patut jumlah pesakit yg di rawat shd be banyak tu jugaklah...tolak yg kuarantin kat rumah takkan lah katil hospital dah tak cukup.
Quote jiwasemangat 12-1-2021 07:19 AM
annehuda replied at 12-1-2021 04:36 AM
Macam mane diorg tau tak masuk statistik sedangkan laporan hari2 mane ade letak nama pun?

..aku pon fikir benda yg sama
Quote caprut 12-1-2021 07:27 AM
annehuda replied at 12-1-2021 04:36 AM
Macam mane diorg tau tak masuk statistik sedangkan laporan hari2 mane ade letak nama pun?

Tengok la jantina umo
Quote caprut 12-1-2021 07:32 AM
Rogue98 replied at 12-1-2021 06:59 AM
Menteri2 pun tak kisah...
Angka statistics tu betul ke...kadang tu sakit biasa tapi bila pergi hosp ...

Lebih baik mati sebab covid dari staff fikir  covid tp tk sempat nk buat apa2. Byk da kes cmni. Mksod aku staff nk pakai PPE amek masa. Staff pon berani tk berani nk kasi bantuan pernafasan. Tggu result covid smpi tk buat apa2. Tup2 keluar negatif tp tk sempat buat apa2
Quote Redmyvi 12-1-2021 07:33 AM
Memang ramai yg tak kisah pun covid nie sebab tak nampak bahaya nya.. depa imagine mcm demam selsema biasa jaa..
Quote annehuda 12-1-2021 08:02 AM
caprut replied at 12-1-2021 07:27 AM
Tengok la jantina umo

Ok jantina tu ye, tapi umur tu main agak2 je ke?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.056981 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top