CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Maaf, Tak Sangka Kenyataan Saya Mendatangkan Kerugian Pada Naz Carpentry"

12-1-2021 09:43 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 15888| Komen: 48|Original author: Oleh: LilRose

Seorang guru tadika disaman Naz Carpentry selepas mengeluarkan kenyataan fitnah di laman media sosial Instagram milik Awal Ashaari dan Facebooknya terhadap syarikat hiasan dalaman itu.


Kredit foto: IG

Naz Carpentry bagaimanapun menggugurkan saman fitnah siber terhadap Mahfuzah Muhamad Muharrimi selepas dia membuat permohonan maaf menerusi Instagram TV.

"Saya mengakui bahawa tindakan saya itu telah menjatuhkan reputasi dan perniagaan Naz Carpentry dan ramai terpengaruh dengan kata-kata saya sehingga ramai pihak mempercayai Naz carpentry tidak bertanggungjawab dan tidak menyediakan servis yang bagus kepada pelanggan mereka.

"Saya tidak menyangkakan kenyataan saya telah mendatangkan kerugian pada syarikat Naz Carpentry," ujarnya yang menyesali perbuatannya itu.




Murai melaporkan, Naz Carpentry menghantar surat menuntut Mahfuzah memohon maaf dan membayar RM1,000,000 pada November 23, 2020.

Mahfuzah pada November 9, 2020 membuat kenyataan melalui posting dan komen di IGnya dengan mendakwa kononnya menjadi salah seorang mangsa Naz Carpentry.

"Guru tadika tersebut juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan fitnah terhadap Naz Carpentry melalui penerbitan di Facebook pada June 23, 2020," lapor Murai.

Sementara itu, difahamkan saman fitnah siber syarikat berkenaan terhadap Awal masih berlangsung. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 12-1-2021 09:53 AM
acik cikgu tadika cakap apa?
Quote missHaidiD 12-1-2021 09:55 AM
Padan muka.  Tgk muka pun tau kaki pitenah.  Kasi malu fmly je.  Harap bertaubat la
Quote kucingitam 12-1-2021 10:00 AM
sibuk nau nak mebawang..tak pasal terfitnah
Quote maitang 12-1-2021 10:11 AM
eh... epeke teruk nau perangai. mmg patut mendapat la sesedap rasa menaip padahal bukan cerita sendiri. tulis novel je la
Quote MisXoXo 12-1-2021 10:18 AM
Naz Carpentary guna Peguam sama dgn Anju.Awal guna peguam yg sama pelakon Didie Alias ambil kes saman penerbit dulu.mari tgk kes ni.menarik utk dikaji
Quote September14 12-1-2021 10:23 AM
Zmn skg jgn membawang sgt petik nama tu nama ni x pepasal kena saman nanti
Quote nanies 12-1-2021 10:24 AM
len kali takyah komen banyak2 kat page artis
Quote jalfa 12-1-2021 10:27 AM
Cutlast cikgu tadika mampu hire naz catpentry....
Quote haruslah 12-1-2021 10:30 AM
Sbb tu jgn amik cerita dr 3rd party
Kwn aku punya sedara....mak sedara punya anak punya kawan...cousin punya mak punya tok aku....
Dan....jgn merayap komen kat socmed
Quote coco 12-1-2021 10:36 AM
dengan awal Naz carpentry saman jugak ke ?
Quote Redmyvi 12-1-2021 10:38 AM
apa yg cikgu tu fitnah naz carpentry ??
Quote grouper 12-1-2021 10:40 AM
Nak membawang tapi pakai profil sendiri. Bodoh. Buat le akaun lain mcm multinick dlm forum ni..
Quote depresio 12-1-2021 10:51 AM
Cikgu tadika?
Subang kat hidung?
Quote doubleA 12-1-2021 11:25 AM
Amboi komen macam dia mangsa, rupanya kawan beli almari, dah setel pun, kisah 11 tahun lalu pun memang terang2 fitnah. Mujur la boleh tarik balik dakwaan dengan maaf, kalau tak, kering kena saman. Lain kali jangan sibuk membawang
Quote ayorsuam 12-1-2021 11:25 AM
Dahlah bukan hal kamu pun...suatu kegigihan sis...
Quote bluebutter 12-1-2021 11:25 AM
Habis tu dlm cari pun ramai yg buat kutukan. Kena saman gak ke nt. Ip address kan boleh trace. Takut lak laaa now. Serem.
Quote prettyuglybabe 12-1-2021 11:26 AM
i lebih berminat kes mereka dgn retis tu..
Quote tobobon 12-1-2021 11:55 AM
tulah kalau nak membawang pastikan diri tu golongan helang..kalau setakat pipit..mencicit minta maaf
Quote vee_zara 12-1-2021 11:56 AM
Cikgu2 ni dah tak de kerja sgt ke asyik nak membawang kat public je..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.048175 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top