CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Pakaian Penjara Secara Haram Di eBay

12-1-2021 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1623| Komen: 0

Beberapa pakaian dihasilkan untuk kegunaan banduan di United Kingdom (UK) dilaporkan dijual secara haram di eBay.

Lapor Mirror, sepasang seluar, jumper dan jaket merupakan antara pakaian penjara yang dijual di platform e-dagang global itu.



Kredit foto: Mirror/MEN MEDIA

Biasanya, pakaian penjara akan diserahkan ke kedai untuk digunakan semula selepas seseorang banduan dibebaskan.    

Namun, ada juga pihak pengurusan penjara membenarkan penghuninya keluar dalam pakaian penjara jika mereka tidak mempunyai baju lain.

Menurut HM Prison Service, penjualan pakaian penjara untuk kegunaan banduan adalah salah di sisi undang-undang.

Bagaimanapun, carian dilakukan akhbar Examiner Live berjaya mengesan beberapa barangan kononnya dihasilkan atau dipakai di penjara Yorkshire, diletakkan untuk dijual.  


Jumper

Sepasang seluar panjang

Jaket
Kredit foto: Mirror/MEN MEDIA

Malah, seorang individu mendakwa pakaian tersebut diseludup keluar dari penjara ‘Monster Mansion’, yang menempatkan banduan paling berbahaya di England dan Wales.

Beberapa pakaian tersebut, sama ada disenaraikan di bawah memorabilia penjara atau bahagian pakaian utama, dianggap sebagai koleksi dan boleh mencecah harga yang tinggi.


Sumber: Utusan

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.044712 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top