Setelah meraih pelbagai kejayaan dan penghargaan sepanjang tahun lalu, penyanyi Haqiem Rusli berkata dia akan terus menghasilkan karya muzik yang lebih berkualiti selain dapat memberikan manfaat buat pendengar.
Menurut Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 23, dia merancang untuk memberikan keseimbangan dalam ciptaan lagu yang tidak hanya tertumpu kepada kisah berkaitan cinta dan air mata. "Saya tidak nafikan di Malaysia kalau nak dapat jumlah tontonan tinggi, kena buat lagu cinta atau lagu putus cinta. "Saya akan cipta juga lagu-lagu sebegitu tapi akan cuba seimbangkan dengan lagu-lagu lain yang lebih menerapkan unsur positif dan dakwah.
"Macam sebelum ini, saya dah pernah buat lagu Jatuh Bangun dan Adlina Marie... semua yang bawa mesej baik dan positif. "Saya cuba nak ke arah itu, sekurang-kurangnya dalam lagu ciptaan saya itu nanti akan ada saham untuk saya bawa ke sana (akhirat) kelak," katanya kepada mStar. Mengulas mengenai kebangkitannya sepanjang tahun lalu apabila berjaya membawa pulang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33) dan Top Top MeleTOP Lelaki menerusi Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), Haqiem hanya mampu memanjatkan kesyukuran atas penghargaan tersebut.
|
husna_amal: Budak haqiem ni dah sama level bts. Tak boleh dikecam nanti ada peminat fanatik muncul.
ADVERTISEMENT