Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menyarankan kerajaan melaksanakan semula moratorium dan diskaun penggunaan tenaga elektrik kepada penggiat seni yang menerima kesan impak pandemik COVID-19 sejak gelombang pertama.
Akur dengan Perintah Kawalan (PKP) selama 14 hari di enam negeri mulai jam 12.01 tengah malam ini dan perintah darurat hingga 1 Ogos depan atau tarikh yang lebih awal, Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, berkata penggiat seni yang terkesan dengan penularan COVID-19, makin terbeban dengan situasi semasa. "Walaupun akur dengan pelaksanaan PKP bagi mengekang penularan COVID-19, namun, berita itu sebenarnya menambahkan lagi bebanan penggiat seni yang hidup susah berikutan pandemik ini sejak gelombang pertama lagi. "Ada penggiat seni yang baru hendak bernafas dengan berniaga kecil-kecilan, diuji dengan pelaksanaan PKP kali kedua ini.
"Saya harap kerajaan dapat menimbang mengembalikan semula moratorium dan diskaun untuk penggunaan elektrik seperti yang pernah diberi," katanya kepada BH Online. Zed berkata, persatuan tidak mahu berlaku kes di mana rumah milik penggiat seni dilelong atau kenderaan ditarik akibat kesusahan membayar balik pinjaman. "Namun, jika kerajaan berhasrat melaksanakan moratorium, diharap dapat memberi penjelasan terperinci. Pernah berlaku keadaan di mana bank menjadikan pemberian moratorium sebagai alasan untuk menyekat pinjaman yang hendak dibuat pada masa akan datang. "Bank menganggap kami masih berhutang dan maklumat ini dimasukkan dalam senarai agensi pelaporan kredit (APK), CTOS Data System Sdn Bhd (CTOS) atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
|
TerataiMelur02 replied at 12-1-2021 05:59 PM
Aik.. Bukan ramai ke bercuti sakan lepas pkpb d benarkan rentas negeri? Bercuti bukan dok chalet yan ...
ADVERTISEMENT