SEOUL – Polis Korea Selatan melancarkan operasi memburu seorang pekerja warga Malaysia selepas sejumlah wang tunai hilang secara misteri dari sebuah kasino milik firma Hong Kong di pulau peranginan Jeju, lapor portal berita South China Morning Post (SCMP) hari ini. Jeju Shinhwa World yang merupakan antara resort terbesar di Korea Selatan membuat laporan polis pada minggu lalu dengan menyatakan, wang berjumlah 14.56 bilion won (RM53.7 juta), semuanya dalam not mata wang Korea Selatan, hilang dari Landing Casino yang terletak dalam pekarangannya, demikian menurut agensi berita Yonhap.
Firma Hong Kong, Landing International Development Ltd. yang merupakan pemilik dan pengendali Jeju Shinhwa World mendedahkan kehilangan wang tunai tersebut menerusi laman webnya minggu ini. “Lembaga pengarah syarikat ingin memaklumkan kepada pemegang saham dan pelabur bahawa pada 4 Januari 2021, pengurusan Kumpulan mendapati bahawa sejumlah dana dianggarkan sebanyak 14.56 bilion won yang disimpan di Jeju, Korea Selatan, telah hilang,” demikian menurut Landing International dalam kenyataan di laman webnya. “Buat masa ini, pengurusan Kumpulan masih gagal berhubung dengan kakitangan yang bertanggungjawab menguruskan dana tersebut. Syarikat dengan segera telah melaporkan insiden itu kepada polis di Korea Selatan dan mereka sedang melakukan siasatan,” kata kenyataan sama. Seorang pegawai kanan di Balai Polis Jeju mengesahkan bahawa kes itu sedang disiasat. “Saya tidak boleh berikan butiran terperinci kerana kes ini masih disiasat,” katanya. Kakitangan itu yang merupakan seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an, masih bebas selepas mengambil cuti pada akhir Disember tahun lalu. Polis di Jeju telah mengambil rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dari kasino tersebut tetapi rakaman CCTV masa kecurian dipercayai telah dipadamkan, lapor Yonhap. Polis mengesyaki insiden itu membabitkan sejumlah pelaku kerana wang tunai yang hilang itu dianggarkan seberat 280 kilogram dan terlalu berat untuk seorang individu memindahkannya. Polis juga berkata, wang tunai itu mungkin masih berada di Jeju kerana amat sukar untuk membawa keluar sejumlah besar wang besar menerusi lapangan terbang atau pelabuhan. Landing International Development Limited ialah sebuah firma pelaburan yang mempunyai kepentingan dalam resort dan bisnes perjudian. Di Korea Selatan, projek Jeju Shinhwa World milik firma itu terdiri daripada empat hotel mewah, sebuah kondominium, taman tema dan kompleks beli-belah. Sumber – Agensi/Kosmo |
sarah82 replied at 12-1-2021 05:14 PM
Bulan 9 tahun 2020 x salah aku kecoh US tengah siasat kes perjudian melibatkan cina malaysia termasu ...
Aikiko replied at 12-1-2021 05:47 PM
Kawan baik Tun M....siapa kaka?
sarah82 replied at 12-1-2021 05:52 PM
Lupa pulak nama.. Owner 7E.. Ada buka thread.. Tapi sendu saja.. Nanti kak sarah cari
Aikiko replied at 12-1-2021 06:32 PM
Okay hasil siasatan kiko, mertua sm faliq owner terbesar n tan sri ismail embong chairman 7e
Sult ...
Aikiko replied at 12-1-2021 06:32 PM
Okay hasil siasatan kiko, mertua sm faliq owner terbesar n tan sri ismail embong chairman 7e
Sult ...
sarah82 replied at 12-1-2021 08:59 PM
Sm faliq isteri dia cina kan? Nama isteri dia antara yg naik dlm kes tu
Aikiko replied at 12-1-2021 11:03 PM
Seriusly la kaka, iols teka sajork...hmmm padanla reta xabis makan
Tapi apa boleh dikata sedangka ...
sarah82 replied at 12-1-2021 11:42 PM
Serius.. Berita tu tak panas sbb yg terlibat bukan org Melayu islam.. Hahaha.
Aikiko replied at 12-1-2021 11:46 PM
Agak2 ke dalam jua tak sm berjaya slps ketiadaan atuk?
Dengar2 bisness naza pun da xselebat mana
sarah82 replied at 12-1-2021 11:51 PM
Tak pasti.. Tapi bapa mentua dia nafikan la ada kaitan dgn company judi yg US siasat
Aikiko replied at 13-1-2021 12:00 AM
Harusla dinafikan sekeras-kerasnya
Klau tidak abisla bisness jota2
ADVERTISEMENT