CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bicara Kes Bunuh Pelajar UPNM Ditangguh, Tertuduh Positif Covid-19

12-1-2021 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3705| Komen: 21

Perbicaraan kes bunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang sepatutnya bersambung hari ini hingga Jumaat ini dilapangkan berikutan empat tertuduh dalam kes itu positif COVID-19.


Timbalan Pendakwa Raya, N Joy Jothi, memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mahyudin Mohmad Som, hari ini.

Empat tertuduh berkenaan kini berada di Penjara Alor Setar, Kedah.

Joy Jothi berkata, mahkamah menetapkan tarikh baharu sambung bicara pada 4 dan 5 Februari serta 31 Mac depan.

Hadir sama ke mahkamah hari ini ialah peguam Shahiera Khalid, G Kartini dan G Premman yang mewakili kesemua tertuduh.

Mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini untuk pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan terhadap saksi pembelaan ke-19, Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Rohayu Shahar Adnan.


Pada 31 Julai 2019, Hakim Datuk Azman Abdullah memerintahkan 18 penuntut UPNM yang kini berumur 24 tahun membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.


Gambar Hiasan

Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mod Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi pada 22 Mei 2017.

Mereka bersama-sama 12 lagi individu iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan turut diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan, untuk mendapatkan pengakuan bahawa mangsa telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat UPNM di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi pada 21 Mei 2017. -CARI

Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azwanaliori 12-1-2021 04:37 PM
nk cabut nyawa org sekelip mata tp nk tentukan hukuman utk pembunuh2 ni punya la lama ye
Quote wikedsaikel 12-1-2021 04:37 PM
Sakit juga hukuman kena covid tu
Quote jalfa 12-1-2021 04:38 PM
Padan muka.selayaknya sbb jahat agt..cash cash
Quote Suchi 12-1-2021 04:46 PM
Kena covid pulak tangguh lagi ler,
Btw sokabar takde ke update tentang kes bicara tuk
1) kes saing bunuh saing rapat sendiri kat kat Marang Teganu, senyap je kes tu tak dengor cite dah

2)Kes atuk tiri nigga campak cucu tiri.
Semalam tak silap ada bicara kat mahkamah taktau apa cerita selanjutnya.
Quote Aikiko 12-1-2021 05:17 PM
Suchi replied at 12-1-2021 04:46 PM
Kena covid pulak tangguh lagi ler,
Btw sokabar takde ke update tentang kes bicara tuk
1) kes saing ...

Kes arwah Adib camner plak??
Quote kucingitam 12-1-2021 05:25 PM
kes nurse shadden...diam membisu takde update..
Quote prettyuglybabe 12-1-2021 05:37 PM
Suchi replied at 12-1-2021 04:46 PM
Kena covid pulak tangguh lagi ler,
Btw sokabar takde ke update tentang kes bicara tuk
1) kes saing ...

kes nurse serdang tu pun senyap je takde update..
Quote Suchi 12-1-2021 05:40 PM
Aikiko replied at 12-1-2021 05:17 PM
Kes arwah Adib camner plak??

Hat ni pening bertahun2 mcm susah sgt nak dakwa dan jatuhkan hukuman.
Sampai pemeli pun dah bengang.
Quote dua_chzy 12-1-2021 05:40 PM
Positif? Mudah2an mati.
Quote Suchi 12-1-2021 05:41 PM
prettyuglybabe replied at 12-1-2021 05:37 PM
kes nurse serdang tu pun senyap je takde update..


Ada pembicaraan tak ye kes tu, lepas tersebar kisah sebenar terus senyap.

Byk kes yg diam je sama ada takda liputan atau mmg terus close.
Cth kes suami kerat bini dan anak tiri kat melaka tu, aritu baca komen orang ada yg kata kes dah tutup takkanlah pulak.
Quote NazRysha 12-1-2021 05:45 PM
Suchi replied at 12-1-2021 05:41 PM
Ada pembicaraan tak ye kes tu, lepas tersebar kisah sebenar terus senyap.

Byk kes yg diam je  ...

ishh mana ada
disebabkan covid kes tu xberjalan lagi lah

Quote isseliparjepun 12-1-2021 05:58 PM
Tak caya positif covid.
Quote depresio 12-1-2021 06:22 PM
Moga kritikalla kena covid tu
Quote MarryPottet 12-1-2021 06:32 PM
Kekejaman mereka berlangsung di kl.
Bicara mahkamah di kl
Cemana pulak 4 ekor samdol durjana tu boleh terlepas ke penjara alor star labuuuuu?
Quote lavendernovella 12-1-2021 08:01 PM
Kat malaysia ni takder investigative journalism ker ? Byk2 kot kes2 yg marhaen follow tapi krik2 krik2 jer...
Quote Fazzbulous 12-1-2021 08:22 PM
Suchi replied at 12-1-2021 05:41 PM
Ada pembicaraan tak ye kes tu, lepas tersebar kisah sebenar terus senyap.

Byk kes yg diam je  ...

kes nurse tak silap i fmly mintak secra tertutup..huhuhu..
Quote AshKetchum 12-1-2021 09:56 PM
padan muka ko kan babi? susah sangat nak lekat 302 selayaknya cash kena covid setepek semoga ko cepat mampus babi2 tak guna
Quote asma87 12-1-2021 10:09 PM
Rasa pembunuh arwah Farhan lagi rela mati sbb covid banding mati hukum gantung. Atleast mati covid, dorg dapat berehat atas Katil sepital sambil dilayan nurse2.
Quote jureencute 12-1-2021 11:05 PM
Apa tugas timbalan pendaftar ni ek nape x dgr depan hakim

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.137058 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top