Lupakan Dalgona Coffee, kini ada resipi baru yang harus dicuba untuk PKP 2.0 ini, iaitu Kek Batik Indulgence. Biarpun ianya tidak semudah minuman berkafein sebelum ini, namun jika anda mencuba dan berjaya membuatnya pasti seisi keluarga akan tersenyum riang. Kemewahan Kek Batik Indulgence ini terserlah dengan gabungan tiga bahagian utama iaitu kek batik, krim keju dan juga ganache nya. Pembuat kek tersohor, Muhammad Ali tidak lokek berkongsi resepi mewah ini dengan ahli FB Masak Apa Hari Ni (MAHN). Resepi Kek Batik Indulgence
Bahan kek batik - 4 biji telur - 200gm mentega - 300gm biskut merry - 3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas - 2 sudu gula - 4 sudu susu pekat - Secubit garam (pilihan)
- Loyang 7 inci Cara membuat kek batik 1) Panaskan mentega sampai cair dan masukkan semua bahan kecuali biskut, gaul sampai pekat. 2) Tutup api, biarkan dalam 2-3 minit, baru masukkan biskut. 3) Gaulkan dan mampatkan dalam bekas. Letak dalam peti sejuk antara 30- 40 minit. Bahan Cream cheese/ indulgence - 120gm whipping cream - 40gm gula kastor - Setengah sudu kecil esen vanilla - 250g cream cheese - Gelatin (terpulang, kalau nak bubuh gelatin 10gm + 40ml air panas) Cara membuatnya 1) Masukkan bahan-bahan diatas kecuali whiping cream & gelatin 2) Pukul sampai rata dan masukkan whiping cream dan gelatin 3) Tuang ke atas kek batik tadi. 4) Masukkan ke dalam peti sejuk selama sejam. Bahan untuk Ganache - 100gm whiping cream - 100gm dark chocolate - 1 sudu kecil mentega Cara membuatnya 1) Double boil semua bahan di atas. 2) Biarkan suam kemudian tuang ke atas cream cheese tadi. Tinggalkan semalaman dan boleh dimakan. Tip - Tujuan gelatin untuk potongan kek yang lebih cantik dan strukturnya lebih kukuh. Tetapi terpulang kepada cita rasa. Jadi, macam mana? Rasa nak mencuba dalam tempoh PKP sepanjang 14 hari ini? Semoga berjaya - CARI |
LadyCarefree: Mana dalgonanya?
Megikari replied at 13-1-2021 10:52 AM
Time pkp sebelum ni cukup susah nak cari cream cheese. Ni bakalan berulang lagi la ni
Asdira replied at 13-1-2021 03:25 PM
Klu rajin nak buat sendiri..
klu malas, order kat jiran sebelah pintu..sebekas rm26 {:laugh
ADVERTISEMENT