CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Banyak Benda Seram Dalam Rumah, Ustaz Datang Scan Rupa-Rupanya 2 Ekor Patung Besar Jadi Punca!

13-1-2021 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3849| Komen: 8

Kisah seram yang berlaku di dalam rumah membabitkan anak patung pernah beberapa kali dikongsikan oleh mereka yang berpengalaman melaluinya, di media sosial.

Terbaharu, kejadian yang serupa turut dialami oleh sebuah keluarga, sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan Islam.

Menerusi satu posting yang dikongsikan di laman Facebook Viral Media Johor, ustaz berkenaan menceritakan kisah ketika dia diminta untuk 'memulihkan' sebuah kediaman selepas berlaku kejadian aneh di rumah mereka.


Gambar Hiasan

"Pada mulanya tuan rumah suruh pagar rumah saja. Sebab katanya anak dia selalu nampak benda bukan-bukan dalam rumah, dan rasa seram bila masuk bilik dia.


"Jadi, kita pun mulakan dengan bacaan Yassin mubin di dalam rumah tersebut.

"Setelah selesai bacaan, sesi scan sorang-sorang anaknya pula. Diringkaskan cerita, anaknya yang bongsu apabila diruqyah, rasa sedih dan menangis. Kemudian, saya mengajak dia pusing dalam kawasan rumah takut-takut ada benda yang tak sepatutnya ada dalam rumah," kongsinya.

Ketika membuat 'pemeriksaan' di bilik-bilik di rumah tersebut, kanak-kanak tersebut menunjukkan reaksi yang berlainan apabila memasuki kamar ibu bapanya.

"Bila masuk ke bilik ayahnya, terus dia meremang dan rasa macam diperhatikan pada satu sudut. Saya pun percikkan air Yassin tetapi masih lagi rasa ada yang memerhatikan.

"Bila diperiksa seteliti mungkin, akhirnya saya menemui patung Pooh yang sebesar saya. Aduhhh, macam kembar dah rasanya. Jadi, saya suruh dia pegang patung tersebut, tetapi dia menolak. Takut katanya, rasa macam patung tersebut sedang perati," tulisnya.

Ketika membuat pemeriksaan ke seluruh kawasan dalam kediaman, bukan hanya 'seekor' patung sahaja yang ditemui, malah ustaz tersebut menjumpai satu lagi anak patung yang bersaiz besar.

"Dan yang terakhir ada patung harimau. Saya sarankan untuk cacatkan patung tersebut dan buang. Sebab depa (mereka) duduk atas flat, susah untuk buat aktiviti pemusnahan patung tersebut.

"Saya sebutkan pada pesakit, jangan simpan patung yang cukup sifat sebagai hiasan. Simptom yang ada pesakit juga menunjukkan ada gangguan jin asyik. Kerap mimpi disetubuhi dan teringin masuk ke alam bunian katanya.

"Rasa tersebut membuak-buak setiap hari, pada masa yang sama takut bila masuk bilik ayah dia," ujarnya.


Gambar Hiasan

Dalam pada itu, ustaz tersebut juga memberikan beberapa pesanan kepada pemilik kediaman yang lain untuk mengelakkan sebarang gangguan, selain tidak digalakkan menyimpan patung yang cukup sifat di dalam rumah.

"Jaga aurat ketika tidur, jangan terlalu terdedah. Sebab ada yang geram bila tengok kita seksi ketika tidur dan jangan pasang lagu-lagu yang melalaikan di dalam rumah," katanya.

Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga 6,800 shares di Facebook. -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 13-1-2021 08:58 AM
aduhai aku ada patung asimo pastu patung sotong CIMB dengan patung buaya Pelancungan Melaka yang pakai tanjak tu... anak buah aku klu datang dia suka main menatang tu so aku simpan jadikan perhiasan kat atas side table.. kene buang la ek tapi atas patung tu ada rak aku letak surah Yasin..
Quote otai_g 13-1-2021 09:10 AM
buragazz replied at 13-1-2021 08:58 AM
aduhai aku ada patung asimo pastu patung sotong CIMB dengan patung buaya Pelancungan Melaka yang pak ...

Patung2 mn blh buat perhiasan. Buat main bdk2 blh la.
Quote buragazz 13-1-2021 09:26 AM
otai_g replied at 13-1-2021 09:10 AM
Patung2 mn blh buat perhiasan. Buat main bdk2 blh la.

Time budak main tu memang bersepah la tapi bila diaorang balik aku susun atas meja.. maknanya kene masuk bakul ke caner ekk..

Quote nanies 13-1-2021 09:54 AM
kalo patung barbie, tp anak hakak ari2 buat main takpe kan... cuma pernah sekali dia ckp dia nampak patung tu kelip mata. tp pastu elok je dia main ngan barbie tu
Quote zuuu 13-1-2021 11:31 AM
Aq cuma ada patung doreamon je,tu pon besar teddy bear Mr bean,nk kena buang jugak ke???
Quote Cumikucingku 13-1-2021 11:49 AM
Bole ade patung... tp buat lasak la... lenyek2... guling2... buat baring ke sandar ke mcm guna bantal...

Jgn buat mcm pameran je..

Tp pendapat aku la syaitan ke jin ke klu nak dok kat sesuatu tempat tu xde patung pun dia boleh duduk... jadi klu bole jgn biarkan bilik xde peghuni... rajin2 la masuk kat semua tempat... stor pun klu bole hari2 la masuk... alih2 brg ke sapu habuk ke...
Quote cmf_PariS 13-1-2021 01:08 PM
rumah gue penuh dgn toy anak.. besepah satu bilik.. tp sbb pd aku dia main.. bukan perhiasan.. lantkkan aje.. tggu dia jemu aku sedekahkan ajela.. sapa nk soft toy bgtau.. beratus kt rumah aku ha.. aihhhhh
Quote rayray28 13-1-2021 03:08 PM
patung pooh tu cukup ke sifatnya..cukup sifat mksud ada kami tangan kepala ke cane

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.063353 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top