CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'2 Minggu Ni Sangat Penting, Saya Rayu Anda Terus Duduk Rumah’ - Noor Hisham

13-1-2021 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9921| Komen: 100


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah merayu kepada semua rakyat supaya terus duduk di rumah dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, tempoh dua minggu sangat penting kepada setiap orang dan negara.

“Saya menggesa dan merayu kepada semua orang untuk tinggal di rumah dan mengelak daripada mengadakan atau menghadiri sebarang perjumpaan sosial.

“Ini termasuk melakukan aktiviti luar yang tidak penting ketika kita sedang melawan gelombang ketiga wabak ini dengan trend jangkitan Covid-19 yang meningkat,” katanya dalam catatan Facebook beliau malam tadi.


Kredit foto: FB


Kes harian positif Covid-19 negara terus mencatatkan angka membimbangkan dengan kes tertinggi hari ini sebanyak 3,309 kes.

Jumlah kes harian itu merupakan kali kedua melebihi angka 3,000 sejak pandemik Covid-19 melanda negara dengan kali pertama dicatatkan pada 7 Januari lalu sebanyak 3,027 kes sebaik sahaja tahun 2021 membuka tirai.

Kerajaan kelmarin memutuskan melaksanakan PKP untuk tempoh 14 hari sehingga 26 Januari ini melibatkan enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini turut memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif Covid-19 harian yang telah mencecah empat angka secara berterusan sejak bulan Disember lalu. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 13-1-2021 09:19 AM
kena kerje mcm mana nak duk rumah................huhuu
Quote pxlbb 13-1-2021 09:21 AM
Jalanraya penuh as usual. Utk yg nak pegi keje tu fine, but yg takde apa2 urusan atau yg WFH better stay in jela. Pause sekejap activity cycling ke jogging ke. Especially utk golongan kayangan ye jgn batak nak tunjuk kebal dan upload kat medsoc.
Quote swateng1 13-1-2021 09:25 AM
jalan hari2 jemmacam biasa even pkp.. masing2 kena masuk ofis macam biasa.. apakah????
Quote Suchi 13-1-2021 09:33 AM
Nak duk umah cemana anak rata2 dah start sekolah cam biasa, peniaga n penjaja pun semua boleh meniaga cam biasa.
Ramai orang still kerja cam biasa berapa kerat je yg WFH? Yg keje di lapangan rata2 kena kerja cam biasa.
PKP kali ni tak sama pun mcm PKP 1.0 dulu,kali ni lebih kurang PKPB je.
Lepas tu bila kes tak turun2 maka extend la lagi kan?
Quote royaldanish 13-1-2021 09:35 AM
office semua dh buka skrg ni... last year buka juga tapi ikut jadual ada kumpulan.. tak semua boleh masuk office sekali gus
Quote Tinot7 13-1-2021 09:43 AM
kesian nikeles cage. besday terpalit dgn hari kes melebihi 3k kat mesia...

Jumlah kes harian itu merupakan kali kedua melebihi angka 3,000 sejak pandemik Covid-19 melanda negara dengan kali pertama dicatatkan pada 7 Januari lalu sebanyak 3,027 kes sebaik sahaja tahun 2021 membuka tirai.
Quote buragazz 13-1-2021 09:46 AM
nisako replied at 13-1-2021 09:19 AM
kena kerje mcm mana nak duk rumah................huhuu

Kann. sama dengan ler kita...
Quote shahima0909 13-1-2021 09:52 AM
kesian ... DG dh smpai cam ni meggesa.. tp rakyat still kena pi keja .. kilang masih beroperasi..so how..takat mn la yg boleh jaga SOP ..
Quote tripleid 13-1-2021 09:59 AM
Relevan lg ke dia ni?
Quote nanies 13-1-2021 10:41 AM
camne nk duk umah tok. abah suh g keje.
Quote white_musk 13-1-2021 10:43 AM
Selagi belum tutup mata, kerja kerja kerja

PKP kali ini sangat funny
Quote fuyupoktek 13-1-2021 10:45 AM
Kalo nk strictkan 2mggi ni patur tutup smua skul la
Quote rotijohan 13-1-2021 10:48 AM
kesiann...........
Quote slyfynx 13-1-2021 10:49 AM
Ate semua skolah bukak penuh,
Cemane?
Quote uda 13-1-2021 11:00 AM
royaldanish replied at 13-1-2021 09:35 AM
office semua dh buka skrg ni... last year buka juga tapi ikut jadual ada kumpulan.. tak semua boleh  ...

Betul tu. Kena gi opis juga.
Dulu pkp semua dilarang masuk opis. Ni kena pergi juga so sama ajelah macam pkpb .
Quote royaldanish 13-1-2021 11:03 AM
uda replied at 13-1-2021 03:00 AM
Betul tu. Kena gi opis juga.
Dulu pkp semua dilarang masuk opis. Ni kena pergi juga so sama ajela ...

sekolah pun nak buka tak lama lagi
Quote VespaSilbe 13-1-2021 11:04 AM
Maaf DG... Saya pun tak boleh duduk rumah
Nak kena p beli brg nak masuk asrama
Nak kena rentas negeri lagi 19 nih
Lagi kesian kat anak2 yg kat belah pantai timur rumah dok banjir nak kena balik sekolah pulak
Quote mieymiey 13-1-2021 11:10 AM
Pagi ni iols tengok sama ja kereta berpusu-pusu macam hari biasa.
Iols pun kena kerja, boss tak kasi WFH.
Ofis sebelah-sebelah pun semua bukak.
Harapnya yang takder keperluan tu duduk rumah la yer.
Sama-sama kita memutuskan rantaian Covid-19.
Quote mrsbob87 13-1-2021 11:26 AM
maaf.. saya terpakse berkerja macam biase....

yang buat dasar pun, tolong ler bijak sebijak mungkin...
tak perlu buat roadblock dalam negeri, cukup di sempadan negeri tu..

masalah sekarang, jammed 1sekali ganda bila PKP ni...
mane nak hadap traffic light, roadblock lagi....
aduhaii serius stress!!!!!!!

kesian ler polis2,askar,rela duk standby 24 jam dekat tepi jalan tu

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.188330 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top