CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Homestay Depan Kubur, Wanita Berkebaya Bertenggek Atas Pokok -Percutian Ke Kelantan Jadi Mimpi Ngeri

14-1-2021 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4805| Komen: 17

Percutian ke Kelantan baru-baru ini sepatutnya menjadi kenangan manis buat Munirah sekeluarga apatah lagi selepas beberapa bulan tidak dapat ke mana-mana akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.


Paling teruja adalah anak-anaknya memandangkan ini adalah kali pertama mereka ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Munirah memberitahu mereka sekeluarga memilih ntuk menginap di salah sebuah homestay di Kota Bahru memandangkan adik-beradiknya yang lain turut mengikuti rombongan ke Kelantan.

Gambar Hiasan

"Masa sampai ke homestay itu, kami memang puas hati sebab rumahnya besar dan cantik. Tambahan pula ia terletak dekat dengan bandar, jadi mudah untuk bergerak ke mana-mana.

"Bagaimanapun, ketika melihat kawasan sekitar homestay itu, saya baru perasan yang rumah itu terletak bersebelahan dengan tanah perkuburan lama.

"Tembok simen yang agak tinggi turut dibina pada bahagian menghadap tanah perkuburan, mungkin pemilik rumah tidak mahu penyewa berasa takut," katanya.

Tingkap terbuka, bau wangi buat lidah kelu

Pada malam pertama menginap di homestay itu, Munirah memberitahu selepas makan malam dia mengambil keputusan untuk berehat di dalam biliknya di tingkat atas rumah manakala ahli keluarga yang lain masih berbual-bual di ruang tamu.

Munirah memberitahu dia yang pada awalnya hanya ingin berehat tidak menyedari dia tertidur sebelum terjaga selepas terasa seperti ada seseorang menyentuh hujung kakinya.

"Sentuhan itu membuatkan saya terjaga dari tidur. Saya ingat suami, tapi apabila saya bangun tiada sesiapa dalam bilik.

"Dalam keadaan mamai memikirkan siapa yang menyentuh kaki saya, tiba-tiba saya lihat ada kelibat melintas di tingkap bilik.

"Peliknya saya tidak pernah buka tingkap itu... dan lebih pelik langsir turut terselak. Jantung sya memang berdegup laju memikirkan ada sesuatu menggangu saya," katanya.


Gambar Hiasan

Munirah memberitahu dalam berasa takut, dia memberanikan diri menutup tingkap yang terbuka sebelum tercium bau yang sangat wangi.

Langkahnya juga tiba-tiba rasa lemah dan mulutnya terasa berat untuk menjerit memanggil suaminya apabila terlihat jelas kelibat seorang wanita berkebaya dan berselendang putih memandangnya sambil tersenyum.

"Renungan matanya tajam. Walaupun dia tersenyum pada saya, tetapi senyuman itu menyeramkan. Saya hanya mampu memejamkan mata dan membaca ayat al-Quran sebagai pelindung diri.

"Saya baca sepenuh hati dan Alhamdulillah kaki saya tiba-tiba boleh bergerak seperti biasa. Bila saya buka mata, kelibat itu sudah tiada," ceritanya.

'Wanita' depan kubur

Keesokan harinya, Munirah memberitahu ketika sedang berehat di ruang tamu, adik iparnya bertanya sekiranya ada yang tidak kena dengan homestay mereka.

Munirah terkejut apabila adik iparnya memberitahu dia turut melihat seorang wanita berkebaya dan memakai selendang putih ketika menutup pagar sebelum kelibat itu berjalan menuju ke tanah perkuburan.

Gambar Hiasan

"Dia pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa tetapi berasa pelik kerana dia berjalan masuk ke kawasan perkuburan pada waktu malam.

"Tapi membuatkan dia mula berasa takut apabila melihat kelibat itu tiba-tiba terbang dan bertenggek di atas pokok, sebelum adik ipar lari masuk ke dalam rumah dalam keadaan ketakutan," jelasnya.

Meskipun tiada gangguan buruk terjadi kepada mereka sekeluarga, Munirah memberitahu ia pengalaman tidak boleh dilupakan kerana itulah kali pertama dia melihat kelibat menakutkan. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 14-1-2021 10:13 AM
Goosebump kaka baca.. Even br kol 10pagi

Soalan penting skrg adalah

homestay tu banjir tak skrg
Quote Redmyvi 14-1-2021 10:36 AM
Selalu aku baca kalau rumah2 dekat kubur mesti cam berhantu..

Homestay makcik aku sebelah kubur je.. kira pagar kubur tu bertemu pagar homestay..

Tapi alhamdulilah takda apa mistik pun hehe..
Quote Themilo 14-1-2021 10:38 AM
tu la gunanya Airbnb, booking. com, agoda & seangkatannya. kena baca review dulu. pastu baru la decide untuk pilih homestay mana. setakat iklan FB & mudah.my, meols hanya senyum sinis jahhh..
Quote MissVixen 14-1-2021 10:51 AM
Selalu baca reviews di airbnb pun kadang2 ada juga mat saleh, chinese kena sakat. Setan dan jin ni memang suka tengok manusia takut.
Quote EvieWanKenobi 14-1-2021 11:04 AM
seramnya..
Quote sweetchic82 14-1-2021 11:17 AM
where is the homestay nak baca reviews.

Quote nanies 14-1-2021 11:56 AM
btau la nama homestay.. nak tahu jugakkkk
Quote Meiizu 14-1-2021 01:48 PM
kat kg aku...tempat tanah kubur yg menempatkan tokwan & ayah ....jarak kubur dgn tanah tumah orang 2meter je . ada 3-4 rumah memanjang ke dalam

depan masjid , tepi kubur, tepi lagi rumah orang

adakah mereka juga diganggu?
Quote mdhelmi 14-1-2021 02:19 PM
betul ke ni ke cerita goreng je ni
mcm semua benda nk baju putih selendang putih
padahal kwn kata selalunya benda tu selalu baju dia koyak rabak comot rambut panjang x terurus susuk tubuh kadang2 ada yg senget ada yg terlebih panjang ada yg panjang sebelah
Quote Mina2215 14-1-2021 04:25 PM
Boleh share nama homestay tu? Mana la tau rakyat lai. nak buat trip paranormal nanti pas abis PKP
Quote Adrif 14-1-2021 04:46 PM
macam salah bod ja
Quote Artemesiaa 14-1-2021 06:38 PM
Lain kali periksa map juga dulu sebelum buat tempahan jangan pandang sebab murah ke hapa.
Quote SalenaGomez 14-1-2021 10:43 PM
Themilo: tu la gunanya Airbnb, booking. com, agoda & seangkatannya. kena baca review dulu. pastu baru la decide untuk pilih homestay mana. setakat iklan FB  ...


Lagi satu, SG akan tgk google map...dr situ boleh nampak surrounding homestay
Quote anony-mous 15-1-2021 03:34 AM
Redmyvi replied at 14-1-2021 10:36 AM
Selalu aku baca kalau rumah2 dekat kubur mesti cam berhantu..

Homestay makcik aku sebelah kubur  ...

Sama la. Syukur xpernah kena. Stay dkt rumah sepupu selang 1 rumah tu tanah kubur. Dah la smpai nak dekat midnight. Ada ank kecik. Syukur elok je tdo nyenyak
Quote helicornia 11-3-2021 01:42 PM
kek kolo klawang ada satu homestay mcm ni. kek depan eh kubo cino.agak eh kalau jumpo yang lompat lompat la
Quote helicornia 11-3-2021 01:44 PM
dulu masa pi lombok terkena macam ni gak. bukak tingkap bilik tengok kubur.dah le sampai situ dh malam.nasib takde apa2
Quote cikpah27 12-3-2021 12:04 PM
Meiizu replied at 14-1-2021 01:48 PM
kat kg aku...tempat tanah kubur yg menempatkan tokwan & ayah ....jarak kubur dgn tanah tumah orang 2 ...

Tak jugak.. Rumah aku dekat dengan kubur jugak.. Rumah jiran aku merangkap bff mak aku tepi kubur je.. Okay je takda apa2 pun.. Tengok tempat jugak kot.. Mungkin ada sesetengah tempat ada orang bela or lepaskan hantu takpun memang laluan dia..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.075162 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top