Buat si pemakai cermin mata, masalah ‘power’ pada mata yang semakin meningkat membuatkan kita sering sahaja menukar cermin baharu. Namun, masalah itu mungkin dapat diselesaikan apabila sebuah syarikat dari Amerika Syarikat, Voy, memperkenalkan cermin mata masa depan di mana ‘power’ nya boleh dilaraskan mengikut pada kesesuaian si pemakai. Dikenali sebagai Voy Tunable Glasses, tahap fokus cermin boleh dilaraskan antara -5D sehingga +2D. Laras pada bingkai ini membolehkan pengguna menggunakan cermin mata yang sama berulang kali, meskipun tahap kerabunan mata semakin meningkat. Ia juga boleh bertukar si pemakai yang mempunyai ‘power’ berbeza.
Teknologi inovatif ini pada mulanya dicipta untuk mereka yang mempunyai masalah presbiopia, iaitu kehilangan keupayaan pada fokus mata secara beransur-ansur seiring dengan usia. Orang yang mempunyai presbiopia sering menggunakan beberapa pasang cermin mata untuk aktiviti harian, seperti membaca, menggunakan komputer, memandu atau bermain sukan. Cermin mata yang baru sahaja ditayangkan di CES2021 baru-baru ini akan dijual kepada umum tidak lama lagi. Sumber: Era.je |
Scheherazade replied at 14-1-2021 12:07 PM
Ni degree spec tu camana eh? Dia utk kategori yg common, biasa2 je ke or boleh cater yg degree tingg ...
SecretLuv replied at 14-1-2021 12:46 PM
Bahaya tak kalau guna spek ni. Ada effect apa2 ke kemudian hari?
SecretLuv: Bahaya tak kalau guna spek ni. Ada effect apa2 ke kemudian hari?
jazaa100: aku rasa ada je sbb spec ni klu tak kena betul power, blh pening kepala...kli adjust sendiri, kita bukan pandai sgt pun nk imbangkn kiri dgn kanan...
gigahertz replied at 19-1-2021 07:59 PM
Kalau u pakai cermin mata try pakai cermin mata tu terbalik cermin luar kat dalam cermin dalam kat ...
gigahertz replied at 19-1-2021 07:58 PM
Sebenarnya mata rabun ni ada kaitan dengan diabetis dan kencing manis. Dia mcm u sakit kepala past ...
ADVERTISEMENT