Semalam, kecoh di media sosial apabila ibu kepada Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini, dikatakan telah mendaftar ‘trademark’ perniagaan Daging Harimau Menangis yang dijualnya. Susulan itu, Noor Kartini memuat naik satu kenyataan rasmi bagi menjelaskan situasi sebenar kepada umum mengapa pihaknya perlu melakukan pendaftaran tersebut. Terbaru, pengguna Facebook, Farhan Yaacob mendakwa resipi Daging Harimau Menangis dijual Aunty Tini Kitchen merupakan resipi asal milik restorannya, SIAM di Kelantan yang diberikan kepada salah seorang ahli keluarga Noor Kartini. Dia juga mendakwa ia dikongsikan sendiri olehnya kepada pihak berkenaan selepas salah seorang ahli keluarga mereka menghubunginya. "Sejujurnya, resipi Daging Harimau Menangis yang digunakan oleh Auntie Tini Kitchen adalah resepi dari Siam Restoran (sekiranya diolah resepi, tidak lagi berkaitan)," tulisnya.
Oleh kerana mempercayai konsep kekeluargaan, Farhan memberikan resipi restoran tersebut. Bagaimanapun, dia terasa hati apabila melihat keluarga tersebut mengeluarkan klip video. "Tetapi, apabila mereka mengeluarkan klip video, saya merasakan mereka sangat over. Anda boleh tafsir apa sahaja, tetapi jagalah adab," katanya. Namun, Farhan menjelaskan bahawa hubungannya dengan keluarga itu tidak mempunyai sebarang isu dan mereka bersahabat rapat sehingga kini. Ujarnya lagi, dia tidak kisah sekiranya semua peniaga ingin menjual menu sama. Namun, mengenai Daging Harimau Menangis ini, dia mendakwa ianya hak milik sesiapa sahaja. Dalam hantaran terbarunya, Farhan menegaskan bahawa tidak iri hati apabila Auntie Tini komersialkan Daging Harimau Menangis. "Yang menjadi isu, (berdasarkan video yang tersebar), secara terangan Auntie Tini sendiri mention tidak boleh guna perkataan ‘HARIMAU MENANGIS’, jadi sekiranya myIPO luluskan, apa yang perlu kami (dan peniaga lain) lakukan adalah menukar nama. Saya bersangka baik, Auntie Tinie bergurau, tetapi sebagai public figure, perlu menyusun perkataan dengan baik," ujarnya. Sumber: OhBulan |
missinpiece: Hah bergasak la korang Iols dok tepi makan popcorn
Redmyvi replied at 14-1-2021 04:48 AM
kalau tak kesah org pkai resipi tak perlu pun bgtau umum at the first place.. diam2 jer..
BoongaKertas replied at 14-1-2021 12:57 PM
iols rasa dia terasa gak lah sbb resepi dia dah dikomersialkan. kalau iols jd dia pun iols buat st ...
BoongaKertas replied at 14-1-2021 12:57 PM
iols rasa dia terasa gak lah sbb resepi dia dah dikomersialkan. kalau iols jd dia pun iols buat st ...
ADVERTISEMENT