CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jujurnya, 2020 Adalah Satu Tahun Yang Paling Berat Dan Mencabar Untuk Saya. " - Shuib

14-1-2021 10:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6099| Komen: 29





2020 menjadi tahun yang cukup mencabar buat pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu. Bukan hanya berdepan dengan pandemik COVID-19, malah berdepan dengan dugaan lain.

Berita Shuib dan isterinya, Sita Sarah Raisuddin dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram menjadi satu topik hangat hingga mereka menjadi mangsa serangan netizen.

Lantaran isu itu, pelbagai kata nista dilemparkan kepada pelawak kelahiran Johor Bahru itu hingga kehidupan mewahnya mula dipertikaikan. Satu persatu cuba dikorek netizen termasuklah jam tangan, kereta mewah dan rangkaian cawangan kedai minuman Bubble Bee yang dimiliki turut dipersoalkan.

Terbaharu, nama Shuib sekali lagi dihimpit kontroversi apabila adegan memarut kelapa dalam program Sepahtu Live Reunion didakwa berunsur lucah hingga mengundang teguran ustaz.

Dua hari selepas isu itu menjadi kecoh, Shuib tampil membuat permohonan maaf menerusi akaun Instagram (IG), sambil menjelaskan niatnya sekadar berlawak dan menghiburkan penonton.

Namun Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 36, nyata tidak mudah melatah. Sebaliknya, bapa kepada tiga cahaya mata itu cukup tenang berdepan tohmahan.

"Jujurnya, 2020 adalah satu tahun yang paling berat dan mencabar untuk saya. Sebenarnya, ia bermula sejak Mac lagi apabila saya dikecam berhubung bantuan kepada penggiat seni terjejas akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Tiba-tiba bangkit pula isu membabitkan SPRM hingga menggegarkan industri seni tanah air. Sebenarnya, pelbagau ujian yang saya lalui daripada tahun sebelumnya, tetapi tidak sebenar ujian yang menimpa pada 2020. Ia lebih hebat, namun saya anggap dugaan ini sebagai satu cabaran dan keunikan.

Kredit : IG Shuib


"Saya anggap dugaan luar biasa yang diturunkan kepada saya pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah sengaja hendak menguji saya. Apabila saya katakan yang saya reda dengan ujian diberikan, bukan bermakna saya kebal. Perasaan koyak tetap ada, tetapi saya sentiasa berpegang kepada Allah.

"Saya yakin pasti ada ganjaran besar dijanjikan. Saya percaya selagi tidak menganiaya, sakitkan hati dan menyentuh isu perkauman dan kenegaraan, selagi itu saya tidak akan berputus asa meneruskan langkah. Mungkin ada benda yang Allah mahu saya betulkan lagi," katanya kepada BH Online.

Shuib akui, pernah timbul perasan putus asa hingga terfikir mahu berundur selepas lebih sedekad berada dalam dunia hiburan. Namun, dirinya semakin tebal dengan tohmahan apabila semakin lama dalam industri seni.

"Mungkin ramai menganggap tugas pelawak mudah, namun ia tidaklah semudah yang disangka memandangkan perlu memerah otak setiap kali sebelum muncul atas pentas.

"Perkara paling sukar bagaimana mahu memastikan penonton terhibur dengan lawak dipersembahkan. Jika tersilap langkah, jadi bahan kecaman.

"Berlawak tidak sama seperti bidang nyanyian. Penyanyi boleh menyanyikan lagu yang sama berulang kali. Sebaliknya pelawak pula perlu memastikan lawak yang dipersembahkan terkini dan tidak basi," katanya.



Shuib berkata, bukan kerja berlawak dan membuatkan orang ketawa.

"Tetapi, ia satu perasaan luar biasa yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata apabila berjaya mencuit hati penonton dan membuatkan orang tertawa.

"Dalam apa sahaja bidang yang diceburi, perlu akur ada orang suka dan sebaliknya pada kita. Pada awal pembabitan, pernah juga terbit rasa putus asa.

"Bagaimanapun, apabila semakin matang, saya tidak ambil pusing lagi cercaan dan teguran yang dilemparkan. Tidak ada pelawak yang ingin dimalukan dan memalukan diri. Bagi saya, jika lawak tidak menjadi, anggap sebagai tiada rezeki," katanya yang memerlukan panduan sebelum tampil di pentas.

Selain itu, katanya, dia akan berbincang dengan teman-teman terlebih dahulu supaya persembahan lebih lancar,

setiap kali membuat persembahan secara berkumpulan.

Sementara itu, berkongsi perancangannya untuk 2021, Shuib berkata, dia akan memperlahankan aktiviti seninya.

"Saya akan memberikan lebih banyak fokus kepada dunia perniagaan selama tiga tahun bermula tahun ini. Saya mempunyai misi dan visi dalam perniagaan, jadi mungkin saya akan memperlahankan sedikit aktiviti seni.

"Saya akan tetap muncul dalam program televisyen (TV) sekiranya diperlukan, tetapi fokus utama adalah perniagaan.

"Insya-Allah, jika diizinkan menimang cahaya mata, saya ingin menambah anak. Selain itu, saya dan isteri ingin fokus membesarkan tiga cahaya mata, terutamanya dalam soal pembelajaran. Doakan perjalanan saya dan keluarga di permudahkan," katanya.



Sumber : BHOnline

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 14-1-2021 10:27 PM
Ape2 la Mira oi
Quote Nenasketum 14-1-2021 10:33 PM
Aku tak baca, alergik kat village idiot perasan namatey macam dia sorang jerk Tuhan sudi duga. Kim salam kat Chucky ek.
Quote sharlenetexas 14-1-2021 10:38 PM
Mira oh mira.

Quote BicaraHatiku 14-1-2021 10:48 PM
Shahmira muncul lagiiii.
Quote alieyrina 14-1-2021 10:48 PM
Menguap pada skala 8 .. baru perenggan pertama
Quote fahdramli 14-1-2021 10:57 PM
Mana tak terbeban,,, pangkat dato tak dapat lagi....
Quote reddots 14-1-2021 11:03 PM
Abis2 pun kisah bini asik ulang citer masa hidup susah x de budget nak sanding mewah..
Quote EvieWanKenobi 14-1-2021 11:08 PM
dah kantoi baru nak sembang..
Quote buapakperut 14-1-2021 11:09 PM
hshs gelinya kontrol macho camtu samiramira eheh
Quote immaryjane 14-1-2021 11:12 PM
Hok aloh tak puas lagi ke time on air pun cite, bini aku, mak mentua aku, mak aku, anak aku.
Ingat orang kisah pasal mereka tu? Nk jugak selit cite pasal diri sendiri.
Bosan gle radio sekarang
Quote Meiizu 14-1-2021 11:29 PM
Sooibbb ni kalau salah percaturan lagi..mau balik susah hidup dia
Quote azwanaliori 14-1-2021 11:51 PM
bini dah kurus ke belum asik melantak bobabi eh bubblebee xtakut diabetes ke

Quote Perawankota 15-1-2021 03:35 AM
Mencabar pada ko, tapi ko still LG hidup selesa kan... Idok la smpi kena halau Dr umah ke, anak2 x cukup makan ke, kan!
Quote anony-mous 15-1-2021 04:11 AM
Aku perati org2 kaya mcm ni mcm dah gelap je hati depa. Sbb lgsg xsentap kalau org tegur. Hati dah mati sbb cintakan dunia sgt2
Quote tagas 15-1-2021 10:48 AM
so still show off merata kat socmed ke lg ke

laki bini berok nih
Quote LadyCarefree 15-1-2021 10:49 AM
Statement taik apa ni?
Quote missHaidiD 15-1-2021 10:50 AM
Who cares?
Quote azhardanil 15-1-2021 11:42 AM
Netizen punya cercaan.. Fuhh.. Menakutkan bila dibaca.
Quote Buritan 15-1-2021 12:27 PM
immaryjane replied at 14-1-2021 11:12 PM
Hok aloh tak puas lagi ke time on air pun cite, bini aku, mak mentua aku, mak aku, anak aku.
Ingat  ...

Hari tuu pernah dia cite.. dia masuk anak dia main golf.. dan aku rasa laa syuk jwb ala ala nyampakhyaaa aku.. koh koh.. ujung ijung duit scsm.. aku kalo duit scam.. beli yestana toni pernandez terus..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.120542 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top