CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Unik Miliki Satu Buah Pinggang, Dua Rahim, Menangis Asyik Ditanya Pasal Zuriat

14-1-2021 10:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4847| Komen: 18



Apabila sudah memasuki bahtera perkahwinan, pasti setiap pasangan suami isteri mahukan zuriat agar lengkap sesebuah keluarga. Namun, rezeki yang ditentukan Allah SWT pasti berlainan dengan setiap pasangan di muka bumi ini.

Ini terjadi kepada seorang pengguna aplikasi TikTok yang berkongsi kisah sebak mengenai dirinya apabila sering ditanya soalan mengenai cahaya mata.

Miliki dua rahim



Menerusi akaun TikTok miliknya @schapyqa, dia berkongsi kisah mengenai dirinya yang belum memiliki cahaya mata meskipun sudah memasuki tahun kedua perkahwinan.

Scha berkata, walaupun kesemua soalan itu agak perit untuk dihadam namun menjawab dengan nada gurauan untuk mengubat hati yang luka.



Wanita berusia 26 tahun itu turut berkongsi dia sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang cyst sebelum mengetahui dirinya hanya mempunyai satu buah pinggang beserta dua rahim.

“Sebelum berkahwin doktor sahkan saya ada cyst, pembedahan selamat dijalankan. Masa keputusan CT scan keluar, baru saya tahu rupanya selama ni saya hanya ada satu buah pinggang.

“Selepas pembedahan pula, doktor bagitahu saya ada rahim yang unik. Rahim saya bukan satu tapi ada dua,” tulisnya dalam video tersebut.

Perkongsian video berdurasi 51 saat itu dibanjiri komen daripada warganet yang memberi kata-kata semangat kepada wanita berkenaan selain turut berkongsi pengalaman sama.


Walaupun masih tiada rezeki untuk memiliki zuriat, pasti ada rezeki lain Allah kurniakan. InsyaAllah segala yang baik datangnya dari Allah SWT. Kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang.



Sumber: TikTok @schapyqa/ohmymedia

1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 14-1-2021 11:05 PM
Mlm ni cerita Rahimah Tanpa Rahim.

Semoga awak dikurniakan zuriat, awak ada rahim. Xde plk doktor ckp awk x blh pregnant kan?

Btw benci btul aku org yg sibuk tanya psl bila org nak ada anak. Bodo.
Quote buapakperut 14-1-2021 11:06 PM
sape yang tahu dan sape yang tanya? kalau bukan die yg bagitahu? uish rare rahim dua, bukan lagi banyak peluang tangkap berudu ke
Quote Suchi 14-1-2021 11:40 PM

Adakah dedua rahim tu berfungsi dengan baik?Haid dia cemana? Adakah kalau dedua boleh guna haid dtg serentak? Atau berbeza?
Cth satu period dulu pastu minggu depan sebelah plak?
Macam mana kalau dedua rahim tu terisi?
Maknanya dia akan ada ank kembar berlainan rahim ke?
Atau satu rahim dah tgh mengandung pastu tiba rahim yg satu lg lekat plak dan ngandung juga.
So satu baby lahir dulu hat satu lagi lewat skit.
Emm mcm scary nk bygkannya.
Quote azwanaliori 15-1-2021 12:15 AM
klu x cerita org xla bertanya
Quote azwanaliori 15-1-2021 12:15 AM
klu x cerita org xla bertanya
Quote KIM.K 15-1-2021 12:35 AM
Dr kata apa pasal tak lekat? Abdomen crowded ke jadi saluran lebih sempit
Quote Jorja 15-1-2021 12:50 AM
Kalau yg berkali kali sengaja nak malukan u pasal anak sis doa aja smoga kena balik kt dia atau anak perempuan atau menantu perempuan dia.. smoga dia rasa sedih gak bila org tanya2 bila nak dpt cucu.. tapi kalau sis tak sanggup nak doa gitu hmmm sis just mohon agar anak2 dia yg dia bangga2kn tu akan myusahkan dia sampai ke tua {:smile sarang tebuan jgn dijolok.. doa org teraniaya makbul kanss.. Org mcm tu mmg kurangajar sis I pun kena dah lama tunggu baru dapat anak seorang pun org mcm tu masih tak puas hati tanya bila nak tambah pula
Quote Perawankota 15-1-2021 03:24 AM
Dua2 Rahim berfungsi ke? Harap BERSABAR, baru 2thn kan kahwin.. Ada kawan2 aku, Lepas 10thn kawen br dapat anak.. Sabar dan byk berdoa
Quote adikfatin 15-1-2021 07:17 AM
Alak ni mesti datang period keluar darah banyak gilaaaaaaaa
Quote yum3 15-1-2021 08:55 AM
aku pun paling benci & begang bila org dok tanya tiap2 tahun bila nak beranak lagi. Asal p raya rmh pakcik aku , dia tanya bila nak tambah. dari umur aku 30an sampai ke 40an tahun dia dok  tanya.  Aku dah ada 2 anak. Memang nak pun tapi Allah tak izinkan nak buat camana kan.  Entah raya ke brapa aku tak tahan aku letak status wasap aku kaw2 perli. Memang kurang hajar nak mampus  status tu. Aku rasa anak dia baca kot. Sejak2 tu dia x perli aku . Siap minta maaf kata bgurau. Kepala  vavi kao bgurau dgn org yg nak anak tapi tde rezeki. Kini Allhamduillah anak sulung dia dah bzaman kawin takde anak.. kuang2...kuang... berkat ko  'bergurau'. Ko rasa lah pedihkan
Quote eyansss 16-1-2021 01:36 PM
yum3 replied at 15-1-2021 08:55 AM
aku pun paling benci & begang bila org dok tanya tiap2 tahun bila nak beranak lagi. Asal p raya rmh  ...

teringat sorang pakcik ni suka hina aku...  sekali anak sulung n kedua susah betul nak lekat anak...  yang ketiga langsung takde anak...  aku simpati mostly dengan yang ketiga sebab i feel her...  cuma aku nak padankan muka bapak dia sebab suka menghina orang...

Quote anony-mous 17-1-2021 04:03 AM
Klau mcm tu boleh buang salah 1 x rahim tu? Adakah pregnancy chances lg tggi kalau ber rahim 2?
Quote downiey 17-1-2021 09:35 AM
jodoh, zuriat n ajal maut kan rahsia Allah..
Quote d_anne04 1-2-2021 12:32 PM
bertabah la dik
sepatutnya ko kena bersukur..
ada suami..


ada org x kawen pun lagi
ada org xde duit nak makan
ada org tempat tidur/rumah pun xde

btw akak 7 tahun kawen baru dpt zuriat
Quote farhani87 9-2-2021 08:45 PM
Mcm dlm cerita greys anatomy pulak. Ada sorang perempuan tu ada 2 rahim. Dia pregnant dalam kedua2 rahim dia.
Quote LadyCarefree 10-2-2021 02:53 AM
chinta89 replied at 14-1-2021 10:05 PM
Mlm ni cerita Rahimah Tanpa Rahim.

Semoga awak dikurniakan zuriat, awak ada rahim. Xde plk doktor ...

Ya betul. Nyampah. Sebab iols mmg pilihan xnak anak.
Quote LadyCarefree 10-2-2021 02:55 AM
Suchi replied at 14-1-2021 10:40 PM
Adakah dedua rahim tu berfungsi dengan baik?Haid dia cemana? Adakah kalau dedua boleh guna haid dt ...

https://www.cnn.com/2019/03/28/health/woman-delivers-twins-26-days-after-first-delivery-intl/index.html
Quote Amandaminaj96 10-3-2021 02:47 PM
I think esok lusa klu kenalan yg kahwin xyah ler nak wish suruh cpt2 dpt baby..some people want to stay childless but in this case i doakan semoga ada rezeki nak timang anak...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.117766 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top